DAMSYIK: Sebuah bom kereta menggegarkan bandar Damsyik hari ini sehari selepas hampir 60 orang terbunuh di seluruh Syria. Sementara itu, Duta Keamanan Antarabangsa, Kofi Annan berkata, tahap keganasan di negara bergolak itu sudah tidak boleh diterima.

Seramai tiga orang awam cedera apabila letupan berlaku di daerah Marjeh dan pemberontak dilaporkan bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan, lapor televisyen negeri Syria, hari ini.
"Satu kumpulan pengganas bersenjata meletupkan bom kereta berhampiran kompleks Yelbugha di Marjeh, mencederakan tiga orang awam dan menyebabkan kerosakan teruk kepada bangunan berdekatan," katanya. - AFP