Lebih manis detik itu menyusul tepat ketika dia tampil memberi persembahan terbaik dalam kerjaya untuk layak ke final acara 3 meter papan anjal individu, kelmarin dengan penyudahan tempat ke-10 daripada barisan terbaik dunia.
Dalam final di Pusat Akuatik, penerjun berusia 29 tahun dari Cheras, Kuala Lumpur itu mencatat 437.45 mata - pencapaian yang mencipta sejarah melihat penerjun pertama layak ke final di pentas terbesar dunia ini.
Ilya Zakhrov dari Russia yang merakamkan 559.90 untuk menang pingat emas dengan penerjun China - Kai Qin (541.75) dan dan Chong He (524.15) masing-masing menang perak dan gangsa.
Ini adalah penyertaan kedua dalam Olimpik selepas 2000 di Sydney selepas gagal layak ke edisi 2004 (Athens) dan Beijing (2008).
Dia tidak menolak hakikat betapa hebat perasaannya ketika ini dan akan mengenang London di atas pencapaian terpuji ini menandingi jagoan dunia lain.
"Saya harap ramai lagi penerjun muda kita akan lahir dan berjaya selepas ini dan saya akan membantu mereka jika diperlukan," katanya.
