KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Pelabuhan Klang, Selangor hari ini dicatatkan tidak sihat sejak awal pagi tadi dengan ukuran IPU pada 116, jam 7 pagi tadi.

Laman web rasmi Jabatan Alam Sekitar (JAS), menunjukkan bacaan IPU lebih rendah di kawasan sama pada jam 11 pagi dengan ukuran IPU pada 105.
Semalam, Pelabuhan Klang turut mencatatkan ukuran IPU tidak sihat pada 118, jam 11 pagi sebelum ia meningkatkan kepada 122 pada jam 5 pagi.