Shahrizat (dua dari kiri) bersama Rosnah (tiga dari kanan) selepas merasmikan program Gagasan Aspirasi Wanita Muda di Institut Latihan DBKL, Cheras, semalam. - Foto Yong Chee Choong
Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata ia bagi merangka pelan pembangunan khusus untuk wanita muda.
Suara golongan terbabit akan dikumpul dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak," Shahrizat Abdul Jalil, Pengerusi Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga Kebangsaan
Serah kepada PM
“Menerusi program itu, suara golongan terbabit akan dikumpul dan diserahkan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak,” katanya selepas merasmikan program Gagasan Aspirasi Wanita Muda di sini, semalam.
Hadir sama Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin merangkap Pengerusi Yayasan Jiwa Malaysia.
Sementara itu, Rosnah berkata, wanita muda harus menggunakan peluang itu untuk menyampaikan hasrat dan idea sekali gus mengangkat martabat golongan itu ke tahap lebih tinggi.
“Kita akan memastikan program itu memberi manfaat kepada generasi muda yang bukan hanya ahli, tetapi semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan kaum,” katanya.