Dalam kejadian 4.40 petang kelmarin, suspek berusia 29 tahun cuba melarikan diri kerana terkejut selepas terserempak dengan pemilik rumah.
Katanya, suspek cuba melarikan diri menggunakan jalan sama selepas menyedari pemilik rumah berkenaan pulang tetapi terjatuh.
“Suspek jatuh di atas bumbung kereta PERODUA Alza dan cedera parah di kepala dan badan.
“Suspek dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 10.54 malam akibat kecederaan,” katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, di sini, semalam.
Mohan berkata, polis juga menemui satu beg berisi pelbagai alat untuk pecah rumah bersama suspek.
Katanya, pemeriksaan polis turut menemui barang yang dipercayai dicuri se
