Luahan lelaki tukar jantina
Ashraf tetap mahu terus perjuangan
KUALA TERENGGANU: Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz, 25, yang gagal menukar nama dan status jantina dalam MyKad kepada Aleesha Farhana selepas ditolak Mahkamah Tinggi di sini kelmarin, mengakui tertekan dengan pandangan negatif masyarakat terhadapnya, tetapi tidak akan patah semangat untuk terus memperjuangkan hasratnya itu.
Sambil menyatakan mahu membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah itu, dalam sebak, Mohd Ashraf yang lebih mesra dipanggil Aleesha berkata, jika masyarakat tidak dapat menerima keadaannya berdasarkan pelbagai kutukan dan hinaan yang diterima termasuk menerusi laman sosial Facebook, beliau rela dibunuh jika itu penyelesaian terbaik.
“Suka atau tidak, perjuangan perlu diteruskan sehingga semua wadah perundangan tiada lagi. Ramai mahu saya berdiam diri daripada masalah ini, tetapi saya mahu kehidupan yang aman,” katanya dalam satu pertemuan di sini, semalam sambil ditemani ibu bapanya.
Mohd Ashraf membuat permohonan menukar jantina di Mahkamah Tinggi pada 25 Mei lalu bagi memudahkannya diterima masuk ke universiti tempatan untuk menyambung pelajaran, selain kesukarannya menjalani kehidupan sebagai seorang wanita dengan status lelakinya.
Menceritakan punca permohonannya ditolak, beliau mengakui tidak mendapat bantuan perundangan yang kukuh ketika mengemukakan permohonan, malah ketika peguam Horley Isaacs menawarkan diri membantu, pendengaran kes itu sudah sampai penghujungnya.
Berkongsi kesedihan ditanggung anaknya itu, ibu Mohd Ashraf yang mahu dikenali sebagai Mak Yah, 50, berkata masyarakat mudah melemparkan cacian kepada keluarganya tanpa memahami perasaan mereka.
Mak Yah dari Kampung Telaga Daing di sini, berkata sejak kes anaknya dilaporkan media, beliau dan suami, Abdul Aziz, 60, mendapat kritikan dan cemuhan masyarakat yang melabelkan mereka ibu bapa tidak bertanggungjawab.
“Hinaan itu sangat pedih, seolah-olah kami membelakangkan Allah dengan menyokong keputusan Mohd Ashraf membuat pembedahan menukar jantina,” katanya sambil mengesat air mata dengan kain tudungnya.
Mak Yah berkata, walaupun ciri kewanitaan Mohd Ashraf dikesan sejak bayi, mereka tetap terkejut apabila mengetahui anak lelaki sulungnya itu membuat pembedahan menukar jantina di Hatyai, Thailand pada 2009.
“Ketika pembedahan itu, kami menunaikan haji di Makkah. Dia tidak pernah memberitahu ujian perubatan dan penilaian paras hormon yang dibuatnya di Pusat Perubatan Pantai, Kuala Lumpur dua tahun sebelum itu.
“Disebabkan marah dan sedih dengan perbuatannya itu, kami menghalaunya dari rumah dan membakar semua baju perempuan, tetapi kami tahu dia yang bertukar menjadi perempuan selalu pulang ke rumah dan hanya tidur dalam kereta,” katanya.
Sementara itu, Abdul Aziz yang juga bekas anggota tentera berkata, beliau selalu menekankan aspek disiplin kepada anaknya, tetapi buntu mencari jawapan masalah dihadapi Mohd Ashraf.
“Akhirnya, kami sekeluarga menerima hakikat dialami Mohd Ashraf dan tidak lagi hidup dalam penafian, tetapi kami disisihkan masyarakat.
“Mungkin masalah itu tidak serumit sekarang jika dari awal kami mendapatkan pandangan pakar berhubung keadaan Mohd Ashraf.
“Jika cara didikan dikatakan punca dia begini, kenapa dua anak angkat kami dan dua adik kandungnya tidak sedemikian,” katanya.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
Malang
Bagi pendapat saya kes Asraf ini adalah satu lagi petunjuk Allah kepada kita tentang umat akhri zaman. Kena ambil iktibar bukan kita menyokong mahupun menghina semua ketentuan itu. Bagi Asraf penghinaan didunia ini adalah satu balasan Allah untuk anda didunia kerana telah merubah sesuatu yg azali. Sabar dan kembali ke pangkal jalan cara lebih baik. Walaupun ramai kata Asraf melakukan apa yg dirasa dan tidak menyusahkan org lain tapi bila isu ini dah jadi besar maka ia bukan sahaja menyusahkan org lain tapi juga telah mencemarkan agama Islam itu sendiri di mata masyarakat yg bukan beragama Islam. Yang penting walau apa pun kita rasa dan naluri kita itu adalah dorongan daripada suara syaitan kerana seseorang yg betul2 kuat iman tidak akan teruji keimanan daripa dugaan paling besar dalam hidupnya. Yang azali tetap azali dan manusia tidak mampu mengubah undang2 dalam Islam. Allahhuakbar...
mhasmadi
Rujuk kepada Quran dan hadis yang sahih. rujuk kpd ulama2 yang arif. jika mohd asraf telah membuat kesilapan.. itu kesilapan dia dgn ALLAH. Dia mengaku tidak mendapat/mencari nasihat yang cukup sebelum dia melakukan pertukaran itu. Dan diaa lakukan semasa ibubapanya di Mekah dan ibubapanya sendiri pun tidak dirujuk oleh Mohd Asraf. Dia melakukan kesilapan krn tidak kuat didikan agama dan tidak menerima ketentuan Allah . Merubah kejadian ALLAH hatta mewarnakan rambut pun dah dikira haram ..inikan pula menukar jantina?..apa pun jgn kita kutuk dia dan keluarga dia. kerajaan perlu mengkaji susur galur dan track /rekod kehidupan beliau dari sejak kecil lagi...dan ingat dia tidak bersalah dengan kita..itu urusan dia dan ALLAH...jaga diri kita dan keluarga kita.. wallahualam
yam
manusia boleh menyusahkan manusia yg lain, tapi Allah tu ada dan jika benar dan ikhlas, dia akan menolong kepada orang atau pihak yg tidak berniat jahat.
theja
berat mata yg memandang, berat lagi bahu yg memikul....jgn di jatuhkan hukuman pada benda yg nampak depan mata, ALLAH MAHA MENGETAHUI dan janganlah di salahkan asuhan ibu bapa. Bukan semua pekung di dada patut di buka. Moga yang terbaik kepada Aleesha.
Puteri Dhamia
Kes ini sebagai contoh. Ulama kena bincang dan Jab Agama kena tetapkan procedure. Jadi tidaklah gol ini salah pilih jalan. Apa2 pun kena rujuk pd yg pakar.
azlina
sepatutnya bukan salah emak bapak dia tapi naluri wanita mengatasi lelaki...tapi dia tersilap langkah dgn membuat pbedahan..spatutnya mjalani hidup sprti biasa..kcuali ada 2 jantina msa lahir kita blhe memilih...smoga semua ini mjadi iktibar kpd masykt kita..renung-renungkan
leekey
"Sekiranya penduduk ditempat, satu kawasan, dibumi. beriman dan bertakwa, maka kuturunkan keberkatan keatas mereka dari langit dan juga dari bumi. dan sekiranya mereka menginkari perintahku maka aku akan berikan balasan yang setimpal dgn perbuatannya" mari kite pakat pikir den ambek iktibar
alongevo
kepada bakal ibu dan bapa jika anak yg di lahir adalah khunsa jgn terburu letak jantina nya. Kes ashraf wajar di jadikan iktibar. Minta majlis fatwa dan badan perundangan menggariskan undang2 yg boleh di ambil untuk kes khunsa ini. Soal mak nyah, pondan ni semua memang dah jauh menyimpang. sekadar pandangan.
saya
ada jugak menyokong. bersimpati dengan nasib (kerana dikutuk, dihina) itu boleh tetapi jgnlah disokong penukaran jantina ini. untuk mendapat hormon wanita bukan susah, telan pil cegah hamil, anda boleh mendapat hormon wanita melebih lelaki. jadi itu bukanlah alasan dilahirkan dalam tubuh yang salah. saya juga lembut tetapi apa yg penting diri kita. jgn sudah lembut, dilembutkan lagi diri kita. itu yang salah. apabila dh lembut, kita terima seadanya. usah diubah apa2. usah ditelan pil hormon. usah berperwatakan seperti wanita. kelak, orang akan terima kita sebagai lelaki walaupun lembut. org tidak akan menghina.
kes ashraf ini bukan dilahirkan khunsa, jd beliau tidak berhak memilih. dr kata-kata ibu dan bapak beliau, mereka bukan menyokong tetapi lebih kpd 'nasi dh jadi bubur'. baik buruk itu anak mereka. mereka terpaksa menerima. jika diabaikan, mrk tahu anak itu akan lebih sesat. :)
nanba senpai
menolak hukum ALLAH,,membelakangkan ALLAH,,so korg nilai sndri la,,klu dia rasa nk kena bunuh,,bunuh jela klu dah dia xnk beruabh kepada jantina asalnya,,xpon kita rujuk pada tuk guru kita,,,
js
masyrakat mudah membuat andaian berdasarkan mata kasar semata mata.jika kita mengambil kira pendekatan sains berkenaan hormon,orang ini tidak bersalah apatah lg family beliau..
Adam dan Hawa
nak salah siapa? kalo undang-undang syariah diperhebatkan dengan pelaksanaan hudud sewajibnya tidaklah perkara ini boleh sampai ke tahap yang demikian. kaji2lah
ell
berfikir sebelom bertindak adalan perkara yg paling penting sekali...
Hana
Memang dari segi saintifik,tubuh badan lelaki mampu menghasilkan hormon wanita iaitu melalui conversion hormon testosterone kepada oestrogen, mungkin berlakunye mutasi kepada bahagian tertentu yang menyebabkan proses ini menjadi di luar kawalan yang akhirnye menyebabkan paras hormon wanita oestrogen menjadi tiggi seterusnye mendatangkan kesan kepada tubuh dan mental asyraf.maaf sekiranya tersalah kerana ilmu ini baru sahaja saya pelajari dan masih belum dipelajari dengan lebih mendalam. justeru, perkara yang sewajarnye dilakukan oleh asyraf adalah rujuk kepada pakar kesihatan yang mungkin dapat memberi jawapan kepada masalah yang dihadapi asyraf.jika asyraf sanggup menghabiskan wang untuk menjalankan pembedahan menukar jantina,mengapa tidak wang itu dihabiskan dengan berjumpa pakar? Allah swt tidak sewenang2 nye menurunkan ujian kepada hambanya melainkan untuk menyuruh hambanya berfikir mencari penyelesaian di bawah redhaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk umatnya.Wallahualam
Hana
Memang dari segi saintifik,tubuh badan lelaki mampu menghasilkan hormon wanita iaitu melalui conversion hormon testosterone kepada oestrogen, mungkin berlakunye mutasi kepada bahagian tertentu yang menyebabkan proses ini menjadi di luar kawalan yang akhirnye menyebabkan paras hormon wanita oestrogen menjadi tiggi seterusnye mendatangkan kesan kepada tubuh dan mental asyraf.maaf sekiranya tersalah kerana ilmu ini baru sahaja saya pelajari dan masih belum dipelajari dengan lebih mendalam. justeru, perkara yang sewajarnye dilakukan oleh asyraf adalah rujuk kepada pakar kesihatan yang mungkin dapat memberi jawapan kepada masalah yang dihadapi asyraf.jika asyraf sanggup menghabiskan wang untuk menjalankan pembedahan menukar jantina,mengapa tidak wang itu dihabiskan dengan berjumpa pakar? Allah swt tidak sewenang2 nye menurunkan ujian kepada hambanya melainkan untuk menyuruh hambanya berfikir mencari penyelesaian di bawah redhaNya. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk umatnya.Wallahualam
Selvi Nadarajan
kalau dilahirkan sebagi lelaki terima sahaja lah..kenap nak tukar jantina n nama all...tuhan yang wujudkan kita tuhan tahu nak jadikan kita apa..tapi ada sesetengah pulak sibuk nak tukar2..cuba seorang lelaki berkawan dengan seorang yang sebegini tak lama lagi dia pun akan tukar n jadi mcm orang tu..mcm tu jugak dengan perempuan suba bergaul dengan tomboi lama2 terikut juga..semua hati bukan kehendak tuhan ,kalau saya ada anak macam tu kalau boleh saya cuba nak tukarkan kalau dia degil tak nak tukar sorry saya terus campak anak macam tu,buat malukan keluarga je.cuba ingat u tak pe nak jadi perempuan n u akan gembira dengan apa yang u dapat tapi cuba tengok belakang berapa oarang akan malu pasal u.
safwan
naluri atau perasaan sesuatu yg kita blh pupuk.jika kita dilahirkn lelaki tp brnaluri wanita,kita kena pupuk naluri kita supaya lbh jantan krn itu yg bertepatan dgn kehendak Agama.terima ketentuan ALLAH krn beriman dgn takdir adalh syarat sah iman...
Lokman
maaf, mungkin saya akan menyentuh banyak pihak apabila memberikan pendapat ini.
pandangan saya - bersyukur dengan apa yang Allah berikan..tak perlu nak ubah..umpama menegakkan benang yang basah. walaupun dah tukar jantina, bolehkan seseorang itu mengandung? bolehkan datang haid.. kalo permohonan asraf diluluskan maka akan ramai lagi golongan seperti ini mahukan perkara yang sama. jgn pandai bercakap pasal hal agama tetapi sebenarnya tidak. Hukum dalam al-quran sememangnya tidak boleh diubah diatas sebab-sebab dan hikmah yang manusia tidak akan terfikir kenapa. apabila terjadinya sesuatu perkara seperti ini, barulah kita sedar dan perlu merujuk semula kepada agama Islam. Jgn memutarkan belitkan hukum agama dan bermain-main dengan perkataan. Mmg yang berhak menghukum hanyalah Allah..tp bila bab-bab macamni pandai pulak masing-masing nak rujuk agama. Hal-hal lain tidak pula.
Sekali lagi saya minta maaf kepada semua pihak. Haram tetap haram..Dan saya bukan bertujuan menghina saudara asraf tetapi sekadar memberi pandangan agar orang lain dapat memahami mengapa Islam meletakkan hukum sedemikian. Jgn terlalu mengikut Barat. Tidak salah kalo kita ikut cara Barat yang digunakan untuk kebaikkan tetapi kalo lebih banyak keburukan, apa gunanya kita ikut.
HazYin
ape2 pun saya minta jangan menbenarkan dia menukar namanya:) kerana bila sorang dah buat .. ramai lagi akan mengikut jejaknya:)okies ..
HazYin
wahai manusia jangan kalian mencaci kedua ibu bapa mereka!!! ibu bapa mereka sudah menberi didikan yang terbaik buat asfraf segalanya terletak pada diri dia sendiri .... dia yang tentukan ke mana arah nya!!!:) x baik melemparkan kata2 kesat kepada keluarganya:) andai satu masa anda ada anak sebegini?jadi fikirlah .. allah maha adil atas segala perbuatan manusia:)
Hamba Allah
Kepada semua umat Islam yang menjadikan Quran dan Hadith sebagai pegangan hidup. Kalau ubah hidung lagikan berdosa, apalagi ubah jantina. Macammana nak beribadat contohnya salat berjemaah nak bersama perempuan tak boleh kerana Allah menjadikannya lelaki.
aira
ni petanda orang2 yang tak tahu bersyukur atas apa yang telah Allah kurniakan untuk dia, Allah lebih mengetahui apa yang kita tak tahu...apa yang kita anggap buruk, sebenarnya indah untuk kita... renung2kan.. semoga keluarga insan tak bersyukur ni sabar dengan ujian Allah ni...semoga allah memberikan hidayah kepada mohd ashraf dan kembalilah kepada allah, dunia ini pinjaman cuma, mati itu yang pasti, mati adalah permulaan kehidupan...
nazmi
walaupun saya tdk arif memberi komen dlm hal spt ini. Tp dlm kes asraf yg semakin mendapat liputan media tempatan mybbkn saya tertarik memberi sedikit komen. pada pandangan saya, jika permohonan saudara ini diluluskan ia akan mengundang kesan yg lebih buruk lg. kita sedia maklum, golongan2 seumpama saudara ini yg lebih kpd hormon wanita banyak diluar sana & mungkin jg ada yg berhasrat ingin membuat permohonan pertukaran nama namun tdk berani spt saudara. sekiranya pihak berkuasa memberi kelulusan memang ada lagi gologan seumpama saudara yg akn mengemukakan permohonan spt ini. Saudara terpaksalah terima hakikat Negara kita ni Negara Islam yg sudah pastikan tdk akn meluluskan permohonan spt ini yg tdk termaktub dlm perundangan Islam. Saya syorkan kpd saudara cuba cari perunding2 motivasi yg mungkin dpt membantu saudara menengani hal ini.
aliza
bnyk kes spt ini,tp tindakan anda ttp slh kerana menukar jntina.mgkin asraf tdk selesa dgn prwtakn spt wnita tp name lelaki.rujuk pd alim ulamak.jgn ikutkn rase nt bdn binasa.
abddul
terimalah seadanta ketentuan Allah kepada kita sebagai hambaNya harus meneriama seadanya ketentuan Allah adalah yang terbaik dan terindah maka janganlah sesekali mengubah ciptaanNya ....Allah maha adail kepada hambaNya...
SAHABAT
sekiranya sesorang itu mempunyai 2 alat sulit tidak semestinya 1 daripada alat itu akan berkembang semasa lahir tetapi ianya akan memakan masa sehingga lah sesorang itu membesar kerana itulah yg terjadi pada seorang sahabat saya yang kini sudah pon memilih untuk menjadi seorang lelaki kerana pertumbuhan alat sulit yang lagi 1 itu memakan masa yg agak lama. sahabat saya itu mendapat kepastian akan pertumbuhan alat sulit yg lagi satu dlm usinya mencecah 20an.Jadi kita tidak sewajarnya utk menhukum sesorang itu..Sedangkan kita sendiri tidak sempurna..itu adalah urusan dye bersama ALLAH bukan bersama kita...kita tidak layak menghina sesorang itu kerana jika kita menghina ciptaan ALLAH umpama kita menghina juga apa yg ALLAH berikan...
Nursyafiqah Moktar
Turn to ALLAH, He's never far away, Put your trust on him, raise hand and pray.. O0000 Ya ALLAH, Please guide him n pray to you day and night.. May ALLAH bless u...
carol veronica Lai
menukar jantina bukanlah jalan penyelesaian ashraf dan mempertahankan hak kamu sebagai seorg perempuan yg sebenarnya bukan hak kamu itu adalah salah. kamu dilahirkan sebagai seorang lelaki dan kena terima seadanya itu sebab Tuhan tahu apa yang terbaik untuk umatnya di dunia yg penuh dugaan. walaubagaimanapun, keputusan ditangan kamu sendiri dan kamu sendiri tahu mana yang baik dan mana yang buruk mengikut kepercayaan agama masing2.
AN
Saya agak kesian dengan saudara ashraf. sebenarnya, dia begitu pun bukan kehendak dia. ada yang memang dilahirkan begitu di mana hormon wanita lebih dari hormon lelaki dalam badan dia. kenapa kita tidak cuba berdiri di tempat dia dan memahami situasi dia? kenapalah nak mencaci keluarga dia bila mereka pun tak boleh mengawal keadaan saudara ashraf?
WVM 808 Forte 1.6 SX
Dan pihak Jbtn Agama pula, jangan hanya tahu mencaci, menyalahkan sesiapa, memulaukan atau menyisihkan saudara Ashraf, dia cuma perlu bimbingan dan dorongan dari pihak yang lebih cerdik pandai dalam soal AGAMA ISLAM. Bantu lah saudara seIslam dengan didikan agama, nasihat dan tunjuk ajar. Agar agama2 yang lain tidak memandang rendah AGAMA SUCI ini. Sekian.
soalan2
saudara ashraf, bukan soal masyarakt terima atau tidak. itu tak penting. yg pentingnya adakah tuhan terima? di masa anda meninggal dunia nanti, urusan mcm mana? adakah dgn cara lelaki atau cara perempuan? tahukah anda, sekali anda tukar jantina, tiada jalan pulang dah. segalanya soalan yg anda nak tanya pada ustaz bila anda insaf dan bertaubat nanti, takkan boleh dijawab kerana ustaz sendiri tak tahu. hanya tuhan saja yg tahu. ustaz hanya boleh bg pendapat saja. sebab ada ustaz kata, kalau nak insaf, jantina mmg dh tak boleh ubah dah. mcm mana tu?
mas
Ya Allah..Kau berikan lah hidayah dan pentunjuk pada mereka yang tidak dapat melihat KekuasaanMu..KebijaksanaanMu Ya Allah..Yang Maha Mencipta.
abuhakiam
Yang TERLEBIH BAIK ialah mendapat jawapan daripada pihak MUFTI. Jika dah dihukumkan HARAM maka haramlah dia.
*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•۞
۞*•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞
Salam. Saya mengajak saudara/i ber“facebook” sambil BERDAKWAH menyampaikan kalimah TAUHID iaitu kalimah NAFI & ISBAT. Dapat kiranya diuar-uarkan sebagai IBADAH dan bekalan untuk kehidupan di alam BARZAH.
Jika terdapat kesalahan, harap diperbetulkan SEGERA dan dimaklumkan kepada penulis. Layari :
http://www.siapaallah.blogspot.com
ruby atika
Ada ibu bapa diduga dengan mempunyai anak OKU. Ada juga yg diduga mempunyai anak yg celaru identiti. Celaru itu tidak salah. Tapi membuat pembedahan membuang jantina tetap salah
abd hadi mazlan
sendiri cari pasal...
SITI FATIMAH
Jgn slhkn ibu bapa tp slhkn anak die ibu bapa dh bagi didikan yg sempurna tp anak yg carik jln yg x betul.
salynata
wallahua'lam..hanya tuhan sahaja yang pantas ttg hukum dan sebabnya mengapa terjadi semua ini..sebagai manusia yg hidup bermasyarakat..kita tidak perlu ada rasa kurang ajar sesama sendiri..biarlah apa yang dilakukan, dia hanya mengikut naluri hatinya..saya yakin dia juga ada mohon petunjuk dari allah..sepatutnya masyarakat jugak tidak sewenang2 mencaci dan menyisih mereka..beri dorongan yang terbaik buat mereka..
PaKCU
masyarakat amnya kerajaan khasnya mesti faham mengapa mohd Ashraf buat begitu. Itu pilihan yang dia boleh buat.Kita kena faham situasinya. Mana ada lelaki sanggup dibuang jantinanya? Harap Mohd Ashraf bersabar dan Allah Maha Esa amat tahu mengapa anda dijadikan demikian rupa. Sabarlah.Saya percaya mereka yang mengutuk dan menghina anda kerana mereka tidak faham keadaan anda. Seandainya sifat2 ini ada kepada keluarga mereka ,barulah mereka sedar dan faham.
eye
Taubat nasuha la bang...
Reza Al Penawari
Lelaki berjiwa wanita...
Adakah dengan menyuntik hormon lelaki boleh juga mengubah naluri wanita kepada lelaki. Apa pandangan anda dalam hal ini ?
ronggeng
kalau lelaki tu tetap lelaki kenapa nak kusutkan lagi kejadian alam
lenny
jangan peduli org cakap, mulut org mna boleh tutup....yang penting kita buat untuk kebaikan bukan menyusahkan org....
meriah buluh
Pada pandangan saya apa pun keputusan perlu mananggung impaknya.. dari segi perubatan telah dilaksanakan tapi dari hukum syarak bagai mana pula.. jantina talah ditentukan semasa kelahiran kecuali mempunyai 2 alat kelamin semasa kelahiran... tetapi adakah M. Ashraf memiliki kedua-duanya? jika ia dibuat secara pembedahan ini tidak menunjukan dia seorang wanita jika hanya memiliki perwatakan wanita..
gory
Ya, memang dia mungkin ada naluri keperempuanan, tapi itu bukan alasan untuk menukar ciptaan Tuhan. Kami rakyat Malaysia sentiasa mendoakan pintu hati Ashraf terbuka semula. :)
hamba Allah
tak perlu menukar jantina, kembali ke pangkal jalan Allah sentiasa membuka pintu taubat pada hambanya yang mau berubah dan bertaubat
Zai Sri
Allahuakbar...Allah maha besar. Bersabarlah. memang benar berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Kita insan yang tak tahu dan tak faham lebih baik berdiam diri dari mencaci kerana kita juga yang berdosa. Berdoalah semoga ada jalan penyelesaian. InsyaAllah....
rose aida
asraf & keluarga tidak patut dhina atau dsisihkan kerana kita sendiri belum pasti lagi sempurna.Allah maha mengetahui...kita hina asraf & keluarga tup2 besok lusa kena batang hidung sendiri mcm mana???? & itulah dkatakan padan muka kerana menghina org sesuka hati.
salehah.harun@yahoo..com
Saya berharap keluarga Cik Aleesha bersabarlah jangan putus asa. Saya doa moga apa yang dihajat kan oleh Aleesha dipermudahkan. Memang manusia tabiat mengutuk...nak membina haram.....tahu salahkan orang saja. Saya faham perasaan hati keluarga Aleesha. Selalulah berpandu AlQuraan dan Hadith....Selalu lah buka Al Quraan Tafsir berceritalah dan bercakap lah dgn ALLAH...Aminnnnn...Boleh tak hubungan saya 019-2789395..kita kongsi bersama masalah cik Aleesha
MALAYSIA
kalau dah tahu hormon kearah perempuan, kenapa tak buat dengan mengikut undang-undang islam,kenapa pergi kesempadan thailand tanpa pengetahuan keluarga,balik kepada tuhan,tuhan maha mengethui
salehah.harun@yahoo..com
Saya berharap keluarga Cik Aleesha bersabarlah jangan putus asa. Saya doa moga apa yang dihajat kan oleh Aleesha dipermudahkan. Memang manusia tabiat mengutuk...nak membina haram.....tahu salahkan orang saja. Saya faham perasaan hati keluarga Aleesha. Selalulah berpandu AlQuraan dan Hadith....Selalu lah buka Al Quraan Tafsir berceritalah dan bercakap lah dgn ALLAH...Aminnnnn...
lelucon
berserah dan mengadu pada Allah. Itu yang terbaik. Bertaubat. Kalau orang nak cerca, sabar sajalah. Itu mungkin dugaan dunia.
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
zartman
bersabar la En Abdul Aziz dan mak Yah....
khairul
dunia nak kiamat...aduh2...
Nurhafiz Nurdin
Salam.
Pendapat saya, pihak perundangan Malaysia sangat wajar untuk mempastikan setiap rakyat mendapat haknya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, memberikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Jangan kita sesekali membuat kesimpulan keanak-anakan di dalam hal sedemikian rupa kerana mereka yang dikatakan 'lembut' ini sebenarnya manusia biasa juga seperti kita dan warganegara yang lainnya.
Terima kasih.
ikhwan hamid
assalammualaikum...ini bkn msaalah kutuk ker apa,ni masalah anda adlah org islam..jadi umat islam perlu tahu batas-batas nya di dalam kehidupan...
Allah berfirman yang bermaksud: “Dan demi sesungguhnya aku akan sesatkan mereka dan ku perdayakan mereka dengan angan-angannya serta ku suruh mereka memotong telinga ternak (untuk berhala) dan ku suruh mereka supaya mengubah makhluk Allah. Dan barang siapa mengambil syaitan menjadi wali, selain Allah sesungguhnya dia telah rugi dengan kerugian yang nyata”. (Surah an-Nisaa’ ayat 119).
honda
semoga Allah bg petunjuk kepada mereka dalam menyelesaikan kekusutan ini..simpati.
siti haryaty ahmad
setiap mslh ada jln pnyelesaiannya... kna brusaha lbh mncri pndangan, pndpt, ide dr pihak2 trtntu utk mnyelesaikan prkara status jntina ni.. ibrat nsi dh jd bbur d trus msak x mgkin jd nsi ttp jd bbur mcm 2 jgk bla dh tukar jntina x mgkin dpt di blik asal smula....
ris
saya doakan penyudahan yg terbaik kepada ashraf dan keluarga....semoga masyaraka tidak mudah nak pandang serong atau membuat tuduhan membabi buta....ini dugaan Allah kepada mereka..dugaan kita belum tentu lagi...
Liamsiman
Sepatutnya tidak perlu membuat pembedahan jantina biarlah kejadian asali yang telah dikurniakan Oleh Allah S.W.T apa nak diubah itu kehendaknya kita yg merancang dia menentukan segala kejadian didunia dan akhirat, sebagai seorang muslim kita patut percaya qadak dan qadar.Harap keluarga Mohd. Ashraf dapat menerima apa yg telah terjadi.
kamal
x payah tukar nama lah....ok juak 2...slumber jak bha...besalah 2 hal dunia
aadam
dalam hal sedemikian saya berpandangan agar mohd ashraf dapatkan pandangan dari pihak keagamaan secara sehalus-halusnya
jie
ini adalah dugaan Allah pada keluarga ini. memang payah nak terima sebab matlamat tidak pernah menghalalkan cara. tapi siapa yang mahu jadi begini. begitu juga mereka. mata yg melihat tidak sama dengan bahu yang memikul beratnya ujian yang digalas ini. semoga mereka terus tabah dan akan diberi petunjuk dan hidayah Allah. hanya Allah sahaja yang tahu segalanya.
Tiada Nama
Hmm...ibu bapanya tidak bersalah... Cuma bimbingan masyarakat yang tiada. Sewajibnya peranan agama yang penting. TV perlu perhebatkan tazkirah2 yang membincangkan soal2 tunjang dalam Islam... Supaya masyarakat tahu asas sebenar agama. TV jangan sibuk dengan hiburan dan fitnah semata2... Banyak ulama' disisihkan daripada TV... Inilah puncanya...
farah
Dunia dah semakin smpi ke penghujung..tanda-tanda kiamat semakin hampir yg diceritakan dalam Al-Quran telah semakin jelas..
razib
Masalah jiwa perlu pendekatan berbebeza. Penyisihan dan cacian hanya memburukkan keadaan dan menambahkan dosa sendiri mengakibatkan amalan kita tidak diterima Allah. Tiada kebaikan kedua belah pihak.Mendekati, memahami dan menasihati secara berhemah adalah pendekatan terbaik merungkai pemasalahan ini. Kita jangan hipokrit menganggap kita terbaik dan sempurna. Tiada siapa yang sempurna. Allah sentiasa menerima taubat hambanya selagi hambanya mahu berbuat demikian.Bimbinglah ia dan tanya diri kita apa yang kita buat untuk merubah keadaan menjadi baik atau apakah kita buat menjadikan keadaan lebih buruk.Fikirkanlah. Saya hanya seorang hamba Allah.
nOni
kepada mak yah n en.abdul aziz, bsbar la... kuatkan smgat n teruskn harungi dugaan hidup ini. tuhan sntiase mlindungi hambanya yang sabar.. insyallah...
adil
ULAMAK PERLU MENDALAMI PERKARA INI. KERAJAAN PERLU MENDENGAR PANDANGAN MEREKA. FAKTOR-FAKTOR YANG KITA TIDAK NAMPAK, IBU BAPA DAN YANG EMPUNYA DIRI HANYA MENGETAHUI, JIKA PERLU AMBIL KIRA.
Senarai Komen
kes ashraf ini bukan dilahirkan khunsa, jd beliau tidak berhak memilih. dr kata-kata ibu dan bapak beliau, mereka bukan menyokong tetapi lebih kpd 'nasi dh jadi bubur'. baik buruk itu anak mereka. mereka terpaksa menerima. jika diabaikan, mrk tahu anak itu akan lebih sesat. :)
pandangan saya - bersyukur dengan apa yang Allah berikan..tak perlu nak ubah..umpama menegakkan benang yang basah. walaupun dah tukar jantina, bolehkan seseorang itu mengandung? bolehkan datang haid.. kalo permohonan asraf diluluskan maka akan ramai lagi golongan seperti ini mahukan perkara yang sama. jgn pandai bercakap pasal hal agama tetapi sebenarnya tidak. Hukum dalam al-quran sememangnya tidak boleh diubah diatas sebab-sebab dan hikmah yang manusia tidak akan terfikir kenapa. apabila terjadinya sesuatu perkara seperti ini, barulah kita sedar dan perlu merujuk semula kepada agama Islam. Jgn memutarkan belitkan hukum agama dan bermain-main dengan perkataan. Mmg yang berhak menghukum hanyalah Allah..tp bila bab-bab macamni pandai pulak masing-masing nak rujuk agama. Hal-hal lain tidak pula.
Sekali lagi saya minta maaf kepada semua pihak. Haram tetap haram..Dan saya bukan bertujuan menghina saudara asraf tetapi sekadar memberi pandangan agar orang lain dapat memahami mengapa Islam meletakkan hukum sedemikian. Jgn terlalu mengikut Barat. Tidak salah kalo kita ikut cara Barat yang digunakan untuk kebaikkan tetapi kalo lebih banyak keburukan, apa gunanya kita ikut.
*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•۞
۞*•بِسْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ •*۞
۞*•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞ *•.¸.•*۞
Salam. Saya mengajak saudara/i ber“facebook” sambil BERDAKWAH menyampaikan kalimah TAUHID iaitu kalimah NAFI & ISBAT. Dapat kiranya diuar-uarkan sebagai IBADAH dan bekalan untuk kehidupan di alam BARZAH.
Jika terdapat kesalahan, harap diperbetulkan SEGERA dan dimaklumkan kepada penulis. Layari :
http://www.siapaallah.blogspot.com
Adakah dengan menyuntik hormon lelaki boleh juga mengubah naluri wanita kepada lelaki. Apa pandangan anda dalam hal ini ?
Pendapat saya, pihak perundangan Malaysia sangat wajar untuk mempastikan setiap rakyat mendapat haknya yang tersendiri. Dalam erti kata lain, memberikan kepada mereka yang berhak menerimanya. Jangan kita sesekali membuat kesimpulan keanak-anakan di dalam hal sedemikian rupa kerana mereka yang dikatakan 'lembut' ini sebenarnya manusia biasa juga seperti kita dan warganegara yang lainnya.
Terima kasih.