Pameran kali ke-14 anjuran Jobstreet.com dengan kerjasama AIC Exhibitions Sdn Bhd itu disertai lebih 100 majikan serta 50 kolej dan universiti ternama dari dalam dan luar negara.
“Maklum balas yang diterima daripada sektor korporat amat memberangsangkan dan ia memberi petanda aliran pengambilan pekerja yang semakin meningkat,” katanya selepas pelancaran program itu di Kuala Lumpur, semalam.
Banyak pekerjaan untuk diisi
Beliau berkata, walaupun majikan di negara ini menjangkakan pasaran pekerjaan yang lemah pada suku ketiga tahun ini, masih terdapat banyak pekerjaan untuk diisi.
“Sektor pemasaran dan pembangunan perniagaan, komputer dan teknologi maklumat, kejuruteraan serta perakaunan adalah antara 10 sektor tertinggi dalam industri yang memerlukan ramai pekerja.
“Dengan lebih 20,000 pekerjaan yang boleh didapati dalam laman web kami setiap hari, kami melihat pasaran pekerjaan masih memberangsangkan,” katanya.
Katanya, pencari kerja perlu memanfaatkan peluang menghadiri pameran berkenaan untuk bertemu muka dengan majikan serta meyakinkan mereka.
“Tiada bayaran dikenakan kepada pengunjung dan ia berlangsung mulai jam 10 pagi hingga 7 malam,” katanya.
