Ini berikutan jangkaan kenaikan besar pembayaran gaji yang perlu ditanggung majikan disebabkan pelaksanaan dasar gaji minimum yang diumumkan kerajaan.
Untuk mengurangkan beban majikan, MEF mencadangkan bayaran levi ditanggung majikan dipertanggungjawabkan kepada pekerja asing.
Levi yang dibayar oleh majikan sejak April 2009 mencecah sehingga RM2.5 bilion setiap tahun, katanya.
Kerajaan sebelum ini menetapkan perintah gaji minimum 2012 berkuat kuasa 1 Januari lalu dan kadarnya akan dikaji semula setiap dua tahun.
Keputusan untuk menguatkuasakan pelaksanaan gaji minimum itu adalah mandatori dan kerajaan menetapkan gaji minimum pekerja swasta RM900 di Semenanjung dan RM800 di Sabah dan Sarawak.
Shamsuddin berkata, majikan perlu menanggung pelbagai lagi kos tambahan termasuk kemudahan tempat tinggal, pengangkutan dan kemudahan percuma seperti elektrik dan air yang memberi kelebihan kepada pekerja asing.
Justeru, MEF mengharapkan kerajaan mempertimbangkan cadangan itu atau majikan di negara ini akan berdepan dengan masalah lebih rumit, katanya.
