Malindo Air sudah memperoleh Sijil Pengendali Udara (AOC) daripada Jabatan Penerbangan Sivil (DCA) untuk melaksanakan operasi perkhidmatan udara secara komersial.

Malindo Air berkata, kelulusan berkenaan menandakan satu pencapaian penting kepada syarikat penerbangan tambang rendah baru itu.
“Pencapaian pengawal seliaan ini adalah penting daripada perspektif dasar dan prosedur operasi kerana sesebuah syarikat penerbangan wajib mendapatkannya sebelum memulakan operasi perkhidmatan,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.


Katanya, Malindo Air dijangka memulakan operasi pada Mac ini dan ia menawarkan tempat duduk kelas ekonomi dan juga perniagaan.

“Pesawat yang dilengkapi kerusi penumpang kulit itu meningkatkan lagi keselesaan penumpang dengan spesifikasi tempat duduk lebih lebar.

“Turut dimuatkan di dalam pesawat ke-mudahan seperti televisyen peribadi bagi sistem hiburan dalam pesawat, perkhidmatan sajian penuh bagi kelas perniagaan dan snek ringan bagi kelas ekonomi,” katanya di Sepang, semalam.