PASIR GUDANG: Mayat mangsa lemas ketika ketika memancing di sebuah rumah rakit di Tanjung Langsat pada Sabtu lalu, Abdul Talib Hadhari, 42, ditemui berhampiran Singapura kira-kira jam 11.30 pagi tadi.

Mayat Allahyarham ditemui kira-kira 600 batu nautika dari lokasi kejadian oleh sekumpulan nelayan selepas dihanyutkan arus deras.
Bagaimanapun, usaha mengesan anaknya, Muhammad Taufik Abdul Talib, 8, yang turut dikhuatiri lemas masih dijalankan oleh pasukan pencari dan penyelamat dengan menggunakan tiga bot.

Difahamkan mayat Abdul Talib akan dibawa ke jeti Tanjung Langsat terlebih dulu untuk proses pengecaman, sebelum dibawa ke hospital untuk bedah siasat.