login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:22
16:44
19:30
20:43
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 31 Julai 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Modal insan prasyarat transformasi


2010/03/13

  NAJIB  meluangkan masa bersantai  bersama  pelajar    di Teres Eko Niaga UKM, semalam.
NAJIB meluangkan masa bersantai bersama pelajar di Teres Eko Niaga UKM, semalam.
Keintelektualan, nilai murni tiang seri pembentukan Model Ekonomi Baru: PM

BANGI: Pembangunan modal insan adalah satu daripada tiang seri dalam pembentukan Model Ekonomi Baru (MEB) untuk negara yang akan dilancarkan hujung bulan ini, kata Datuk Seri Najib Razak, semalam.
Dalam konteks ini, Perdana Menteri berkata, jika kualiti modal insan, modal intelek dan keupayaan minda di kalangan warga universiti seperti ahli akademik, pensyarah, mahupun pelajar tidak dapat dipertingkatkan, maka akan terencatlah hasrat kerajaan mentransformasikan Malaysia sebagai negara berteraskan pengetahuan dan inovasi.
"Bila kita sebut negara maju dan berpendapatan tinggi, maka elemen yang boleh menyokong objektif itu tidak lain dan tidak bukan ialah kemampuan kita dari segi modal intelektual dan juga kemahiran," katanya berucap di hadapan lebih 200 ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar di foyer Bangunan Canselori Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Lawatan beliau ke UKM semalam adalah sebahagian daripada siri lawatannya untuk berinteraksi secara tidak formal dengan warga universiti. Sebelum ini beliau mengadakan lawatan sama ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Najib berkata, pembangunan modal insan dari segi keintelektualan dan kemahiran dan juga nilai murni termasuk etika kerja ini adalah prasyarat dalam usaha kerajaan melakukan transformasi besar terhadap negara ini.

Katanya, dalam misi mencapai hasrat ini, kedudukan sistem pendidikan bermula dari peringkat bawah iaitu prasekolah sehingga peringkat universiti akan diberi perhatian kerajaan.
"Kita telahpun mula dengan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA), kita perluaskan lagi pendidikan pra sekolah ...kita ada program Permata dan sebagainya untuk bangunkan peringkat akar umbi atau peringkat seawal mungkin dan seterusnya sampai ke peringkat menara gading," katanya.

Dalam ucapannya, Najib turut menyentuh mengenai pengumumannya pada Selasa lalu mengenai peningkatan skim lebih baik untuk profesor di universiti tempatan yang bertujuan membuka peluang kepada mereka meningkatkan kedudukan setimpal dengan pengetahuan mereka.

"Saya harap dengan ini kita dapat ‘membuka potensi‘ di kalangan warga universiti terutama pada peringkat warga akademik yang ada kemampuan besar menyumbang kepada pembangunan modal intelektual," katanya.

Perdana Menteri berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan akan memperincikan pengumuman itu dalam mesyuarat Kabinet minggu depan.

"Dengan ini, kita akan mewujudkan sistem yang boleh memberi suntikan dan motivasi untuk pensyarah terus mendalami ilmu serta mempertingkat kemampuan mereka setanding universiti terkemuka di negara lain," katanya. – Bernama
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

zaiton
saya amat berasa bangga dan kagum dengan keperihatinan YAB DS Najib meluangkan masa untuk bersama pelajar universiti.Penuntut unviersiti merupakan pemimpin pelapis bagi masa depan negara.Mereka perlu dididik supaya menjadi pelajar yang cemerlang, berdaya maju dan mempunyai asas agama yang kukuh.Pembangunan insan yang dalam MEB sebagaimana idea PM memang tepat pada masanya demi bangsa, agama dan negara.
Nur Haziqah
Gembira dpt bertemu PM, harapnya PEMBIAYAAN UNTUK PENGAJIAN IJAZAH LANJUTAN DI BAWAH PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI KEDUA disambung dan diteruskan dlm peruntukkan Model Ekonomi Baru (MEB), dan pembiayaan ini tidak dihadkan kepada maksima 10,000 calon Sarjana
dan 500 calon Ph.D shj krn skrg ramai stdnt prasiswazah berminat menyambung pengajian ke peringkat sarjana & phD, ia juga selaras dgn hasrat kerajaan yg ingin menjadikan Malaysia sbg negara beroreintasikan ekonomi ilmu.
sy student
PM meh msuk UM meh..!
Zain Azmi Bin Abdul Aziz
Integriti, Diplomasi & Personaliti adalah pedoman utama untuk melahirkan Modal Insan yang benar2 Genuine & Origin di Dunia & Akhirat .., Insya Allah ..,
Mokhlis Abdul Rahim
InsyaAllah dan saya yakin, kiranya sistem pendidikan negara mengikut cara dan acuan lslam dari peringkat prasekolah sehinggalah ke peringkat yang tertinggi, nescaya negara dapat melahirkan modal insan yang berkualiti di dunia lebih2 lagi di akhirat. Islam itu lengkap selengkap2nya lagi sempurna. Fikir2kanlah sebelum negara menghadapi krisis modal insan.
)(^&*$#^&
bila pm nk dtg UniMAP? UniMAP mcm dianaktirikan jer???????
mahasiswi ukm
Teruja & gembira krn dpt bertemu PM yg sudi meluangkan masa bersama kami di ukm..Harapnya Permohonan Pembiayaan Bajet Mini 2009 yg telah ditutup pada Disember 2009 disambung semula untuk tahun 2010/2011 bg memberi peluang lbh ramai prasiswazah menyambung pengajian ke peringkat sarjana nnt
j@z
PM!!! meh la dtg UPM kampus bintulu nie..hehe

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker