Mutakhir
Muhyiddin lancar Umno Juara Rakyat peringkat Kelantan bulan depan
2010/03/13
KOTA BHARU: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, akan melancarkan program Umno Juara Rakyat peringkat negeri pada 3 April depan yang dijangka dihadiri lebih 30,000 rakyat, kata Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan, Datuk Dr Awang Adek Hussin.
Awang Adek berkata, majlis pelancaran program itu di Sekolah Menengah Kebangsaan Hamzah (1) di Machang akan dilakukan pada jam 10 pagi.
"Sebelum itu ,Timbalan Perdana Menteri akan mengadakan pertemuan dengan ahli dan pemimpin Barisan Nasional Kelantan sebaik tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra pada jam 8.30 pagi," katanya selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa sambutan di pejabat Umno Negeri di sini, hari ini.
Beliau berkata, pada sebelah petangnya, Timbalan Perdana Menteri akan ke Bachok bagi menghadiri majlis yang dianjurkan Jabatan Pelajaran Kelantan namun program serta lokasi akan ditentukan kemudian. - Bernama