login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:22
16:44
19:30
20:43
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 31 Julai 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Najib luang masa bersantai bersama warga UKM


2010/03/13

BANGI: Datuk Seri Najib Razak semalam meluangkan masa beramah mesra dalam satu lawatan secara tidak formal ke Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini.

Perdana Menteri, yang tiba di foyer Bangunan Canselori universiti itu pada jam 12.40 tengah hari, meluangkan masa hampir 45 minit beramah mesra dengan hampir 200 ahli akademik, pegawai tadbir, kakitangan dan pelajar.
Dalam ucapan ringkasnya Najib berkata: "Sebenarnya kedatangan saya hari ini (semalam) berlainan seperti biasa (kerana) ia bukan lawatan rasmi atau formal tetapi lebih bersifat mesra warga universiti.
"Lawatan ini supaya saya berpeluang berinteraksi dengan ahli akademik dan pelajar kerana saya tahu ahli akademik dan pelajar jarang dapat peluang berinteraksi di luar kampus."

Najib berkata, beliau juga tidak mahu ada meja khas, kerusi khas, permaidani merah sebaliknya ingin bersantai dengan pelajar sambil menikmati hidangan tengah hari di tempat biasa pelajar menjamu selera.

Perdana Menteri kemudian menunaikan solat Jumaat di Masjid UKM, disusuli dengan sesi bertemu dan beramah mesra bersama pelajar di Teres Eko Niaga UKM.

Najib sebelum itu turut mengunjungi beberapa gerai yang ada di situ dan membeli hidangan tengah hari beliau iaitu nasi ayam serta air minuman campuran jambu batu dan strawberi.
Beliau kemudian menikmati hidangan yang dibelinya itu sambil bersembang dengan pelajar selama hampir sejam.

Mustakim Murad, pelajar dari Fakulti Sains Sosial Kemanusiaan, berkata beliau berasa amat terharu dan teruja dengan kehadiran Perdana Menteri.

"Dalam kesibukan menjalankan tugas, beliau boleh meluangkan masa dengan kami. Secara tidak langsung ia menunjukkan Perdana Menteri menyokong kami dan ini membuatkan kami akan menyokong beliau," katanya.

Pelajar Fakulti Sains dan Teknologi, Siti Hajar Ishak, berpendapat lawatan seumpama itu membuatkan pelajar berasa amat bangga kerana pendekatan mendekati pelajar itu sesuatu yang amat bijak kerana golongan muda inilah yang akan mewarisi negara pada masa depan. – Bernama

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker