Ketua Eksekutif, Rajeev Suri, berkata ia adalah sebahagian daripada langkah syarikat itu melupuskan beberapa barisan produknya dan memberi tumpuan kepada perniagaan jalur lebar mudah alih.
Kemelesetan ekonomi terutama di Eropah menyebabkan syarikat telekomunikasi mengehadkan perbelanjaan.
Perbelanjaan keseluruhan pengendali telekomunikasi dijangka tidak berubah tahun ini walaupun Nokis Siemens melihat beberapa lantunan dalam pelaburan pelanggan di Amerika Syarikat pada separuh kedua, kata Suri.
Bagi meningkatkan keuntungan, Nokia Siemens menjual unit bukan teras dan membuang kira-kira satu perempat daripada pekerjanya.
Kami sudah melaksanakan enam pelupusan secara keseluruhannya, kata Suri. REUTERS
