login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:22
16:44
19:30
20:43
SMS waktu solat
... kawasan lain
Sabtu , 31 Julai 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Pelajar miskin, mangsa bencana layak terima wang Ihsan


2010/03/14

BACHOK: Mesyuarat pertama jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan memutuskan bahawa kumpulan pelajar miskin dan mereka yang ditimpa bencana akan turut dipertimbangkan untuk mendapatkan bantuan daripada dana wang itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ihsan Kelantan, Senator Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata di bawah kategori pelajar miskin, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang menghadapi masalah melanjutkan pengajian di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) disebabkan faktor kemiskinan.
"Turut mendapat faedah ialah pelajar yang benar-benar miskin di sekolah-sekolah rendah dan menengah," katanya selepas menyerahkan sumbangan akhbar Kolej Islam Sains dan Teknologi (KIST) kepada penerima di sini, hari ini.
Pada majlis itu, KIST memperuntukkan RM20,000 untuk mengagihkan empat naskhah akhbar Berita Harian dan The New Straits Times setiap hari kepada sekolah-sekolah menengah yang terpilih di Kelantan selama setahun.

Dr Awang Adek yang juga Timbalan Menteri Kewangan, berkata pihaknya akan bekerjasama dengan Jabatan Pelajaran Kelantan untuk mendapatkan senarai pelajar yang benar-benar layak tanpa mengira fahaman politik dan agama.

Katanya, bagi mereka yang ditimpa bencana pula seperti banjir, rumah rosak dilanda ribut, dan hangus dijilat api, mereka layak dipertimbangkan untuk mendapat bantuan daripada dana berkenaan.

Beliau berkata, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dijangka akan menyampaikan bantuan kepada kumpulan pertama yang layak nanti dalam rangka lawatannya ke Kelantan pada 3 April ini.
Dr Awang Adek berkata, antara mereka yang hadir pada mesyuarat pertama yang diadakan Khamis lalu di Kementerian Kewangan itu ialah dua pegawai dari kerajaan negeri yang bertindak sebagai pemerhati. - Bernama
Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen


Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker