IPOH: Pelakon veteran, Mahmud Jalani,70, atau dikenali Pak Mood meninggal dunia selepas membuat persembahan pembukaan teater Bangsawan Wan Anum, di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Keseniaan Negeri (JKKN), di sini, malam tadi.

Bangsawan teater itu dipercayai terkena serangan jantung dan rebah di atas pentas sehingga penonton menyangkakan ia sebahagian daripada gimik awal persembahan.
Malah, sebelum itu, pelakon berkenaan sempat melawak mengatakan lampu di atas pentas terlalu terang sebelum dia rebah tidak sedarkan diri.


Arwah dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, di sini, untuk rawatan tetapi disahkan meninggal dunia dalam perjalanan kira-kira jam 9 malam.