Bimbang rakyat sokong BN
Kita mempunyai maklumat mengenai perkara terbabit, mereka sedang merancang sesuatu, buat porak-peranda pada hari pilihan raya.
Sekarang pun mereka sudah tuduh SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) macam-macam. Mereka sebenarnya sudah gementar, katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Sepetang Bersama Timbalan Perdana Menteri di pekarangan Masjid As-Salam Bukit Sentosa, di sini, petang semalam.
Berdasarkan petanda kebangkitan rakyat yang semakin yakin kepada BN, Muhyiddin yang juga Timbalan Pengerusi BN, berkata rakyat semakin bijak menilai keupayaan kerajaan menunaikan janji, jauh berbeza dengan pembangkang yang hanya tahu menabur janji.
Bahkan, katanya, manifesto pembangkang yang diumumkan pada 25 Februari lalu juga tidak realistik dan tidak menjelaskan sumber kewangan untuk membiayai semua janji dibuat pakatan itu kepada rakyat.
Rakyat boleh bandingkan dengan manifesto BN yang akan diumumkan nanti.
Jangan mudah terpedaya dengan janji kononnya semua rakyat akan menerima gaji minimum RM4,000 sebulan dalam tempoh empat tahun jika pembangkang memerintah, katanya.
Gagal tunai janji
Beliau turut memberikan contoh bagaimana kerajaan Selangor, Kedah dan Kelantan yang ditadbir pakatan PKR, DAP dan PAS gagal menunaikan banyak janji kepada rakyat.
Cukup-cukuplah pakatan pembangkang berjanji perkara yang tak mampu ditunaikan. Jangan ingat rakyat bodoh, tidak berpelajaran dan tidak tahu pasal janji, katanya.



