Kuantan: Sembilan UMNO bahagian ada pertandingan jawatan Ketua Bahagian manakala lima lagi menang tanpa bertanding selepas tempoh pendaftaran pencalonan tamat jam 5 petang tadi.

Ketua UMNO yang bertanding ialah di bahagian Cameron Highlands, Raub, Jerantut, Indera Mahkota, Kuantan, Kuala Krau, Paya Besar dan Bera.
Lima Ketua UMNO yang menang tanpa bertanding ialah di bahagian Pekan, Temerloh, Bentong, Rompin dan Lipis.