KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang penganggur kerana membunuh dua beranak warga Thailand di Kampung Sireh, di sini, tiga tahun lalu.

Tertuduh, Mazdi Muhammad, 34, dikenakan hukuman itu selepas Hakim Azman Abdulah berpuas hati apabila pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah di akhir kes pembelaan.