LOS ANGELES: Pengasas Majalah Playboy, Hugh Hefner menyambut tahun baru dengan berkahwin untuk kali ketiga dan kali ini gadis pilihannya 60 tahun lebih muda daripadanya.
Hefner yang berusia 86 berkahwin dengan Crystal Harris yang berusia 26 tahun di kediaman peribadinya di Playboy Mansion dalam satu majlis pada ambang tahun baru 2013, semalam.
Harris adalah wanita “Playmate of the Month” pada 2009 dilaporkan memutuskan hubungannya sebelum ini untuk berkahwin dengan Hefner yang mulanya dirancang pada 2011.
Hefner sebelum ini sudah dua kali berkahwin sebelum membujang pada 1959 dan 1989. - AP
KUALA LUMPUR: Kementerian Kerja Raya (JKR) memerlukan peruntukan kira-kira RM10 juta untuk menaik taraf 16 kilometer laluan motosikal seliaan JKR di sepanjang Lebuhraya Persekutuan.
KUALA LUMPUR: Tiga kawasan di Johor -- Pasir Gudang, Larkin dan Kota Tinggi -- serta Kemaman di Terengganu mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat hari ini.
KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup kukuh pada akhir sesi tengah hari ini, disokong oleh kenaikan yang kebanyakannya dialami saham kewangan, diterajui saham CIMB dan Maybank, kata peniaga.
KUALA TERENGGANU: Baru sahaja dilantik dua hari lepas namun kesabaran dan kewibawaan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu, Mohd Zubir Embong diuji wakil rakyat pembangkang pada sidang dewan hari ini dengan cara membelakangkan arahan beliau.
KUALA LUMPUR: Datuk Mokhzani Mahathir menegaskan tiada sebarang konflik kepentingan dalam pengambilalihan pegangan Yinson Holdings Bhd oleh Kencana Capital Sdn Bhd.
PASIR MAS: Jenazah tiga beradik yang lemas ketika mandi di Sungai Golok, Rantau Panjang semalam, selamat dikebumi dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rahmat, di sini, hari ini.
KUALA LUMPUR: Menteri dari negara jiran Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand akan bertemu di sini untuk mencari jalan penyelesaian isu jerebu yang melanda, kata Datuk Seri Najib Razak.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian ribut, di Jalan Macalister, Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Insinerator berteknologi tinggi dengan kapasiti membakar 1,000 tan sampah bakal dibina di kawasan pinggiran ibu negara tahun depan untuk menampung keperluan pelupusan sisa pepejal.
SERI KEMBANGAN: Kementerian Pendidikan bercadang memperkenalkan cuti sabatikal untuk pengetua, guru besar dan guru mengikuti program pembelajaran di luar negara, kata Menteri Pendidikan Kedua, Datuk Seri Idris Jusoh.
GEORGETOWN: Polis menahan lima lelaki yang disyaki terbabit dalam pergaduhan dan membakar sebuah kereta serta dua motosikal di Ladang Changkat, Nibong Tebal di sini, Ahad lalu.
KOTA KINABALU: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah belum membuat keputusan berhubung kedudukan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Klias, Datuk Seri Lajim Ukin sebagai ketua pembangkang.
PUTRAJAYA: Pihak polis akan membantu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan jabatan agama Islam negeri dari segi penguatkuasaan dalam mengekang penyebaran ajaran Syiah di negara ini.
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein mencadangkan satu skuad khas membabitkan Jabatan Keselamatan Jalan Keselamatan Jalanraya (JKJR), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan RELA dibentuk bagi menangani jenayah dan vandalisme di laluan motosikal.
GEORGETOWN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telok Air Tawar, Datuk Jahara Abdul Hamid dilantik menjadi ketua pembangkang bagi mewakili Barisan Nasional (BN) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.
KUALA LUMPUR: Harga-harga saham di Bursa Malaysia naik sedikit tengah hari ini dengan disokong oleh peningkatan di kaunter-kaunter berwajaran tinggi terpilih, kata peniaga.
KUALA LUMPUR: Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein menggesa pihak yang terbabit dengan pembangunan jalan raya dapat menjalinkan bekerjasama bagi menyediakan sistem pengangkutan darat lebih berkualiti.
JOHOR BAHRU: Seorang jurutera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, atas dua tuduhan membunuh dan menyebabkan keguguran isterinya, awal Jun lalu.
KOTA KINABALU: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib, mengesahkan tiada bukti kehadiran pengganas seperti didakwa seorang remaja perempuan yang mendakwa diculik sekumpulan lelaki di Kampung Tanagian, FELDA Sahabat, semalam.
SANDAKAN: Seramai 17 majikan di sekitar daerah ini dikesan tidak mendaftarkan pekerja mereka dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) dalam tempoh lima bulan pertama, tahun ini.
PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan penubuhan Jawatankuasa Dasar Fiskal bagi memastikan pengurusan fiskal negara yang lebih baik.
WASHINGTON: Pentagon akan membelanjakan AS$572 juta bagi membeli 30 helikopter buatan Russia untuk kegunaan pasukan tenteranya yang berkhidmat di Afghanistan.
KUALA LUMPUR: Kualiti udara di seluruh negara mencatatkan sedikit penurunan sehingga jam 7 pagi ini dengan empat kawasan merekodkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat berbanding hanya tiga semalam.
MAIDUGURI: Suspek puak ekstrimis Islam dilaporkan menyerang sebuah sekolah menengah dan pusat pemeriksaan tentera di timur laut Nigeria, semalam menyebabkan sekurang-kurangnya 11 maut termasuk tujuh pelajar.
ENNISKILLEN (United Kingdom): Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama akan mengumumkan kepada ketua negara G8 hari ini bahawa Washington menawarkan AS$300 juta pakej bantuan baru kepada pelarian Syria di dalam atau di luar negara berkenaan.
BELO HORIZONTE (Brazil): Nnamdi Oduamadi mencipta hatrik ketika Nigeria membelasah Tahiti 6-1 pada perlawanan pertama Kumpulan B Piala Konfederasi di Belo Horizonte, awal pagi tadi.
PRAGUE: Perdana Menteri Republik Czech, Petr Necas hari ini meletak jawatan berikutan skandal rasuah dan hubungan beliau dengan pembantunya yang didakwa menyebabkan negara itu dilanda kemelesetan ekonomi Eropah sekali gus mencetuskan krisis politik baru.
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial.
Senarai Komen