Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohamad Ali Hasan, berkata pengusaha harus mengikut peraturan ditetapkan SPAD dan tidak menaikkan harga sewenang-wenangnya tanpa persetujuan suruhanjaya itu.
Beliau mengulas laporan media baru-baru ini mengenai dakwaan ibu bapa bahawa ada segelintir pengusaha bas sekolah khususnya di Lembah Klang menaikkan tambang bas tahun ini. Ibu bapa mendakwa, walaupun tiada pengumuman rasmi daripada kerajaan atau SPAD, pengusaha secara senyap menaikkan tambang antara RM5 hingga RM10.
BERNAMA

Senarai Komen