gambar sebelum  gambar berikut
Foto

Jenazah dua wira negara, Inspektor Zulkifli Mamat dan Sarjan Sabaruddin Daud tiba di Lapangan Terbang TUDM, Subang, semalam. - Foto Sairien Nafis

Foto

Najib bersama isteri, Datin Seri Rosmah Mansor menyambut ketibaan jenazah dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di Subang, semalam. - Foto Mohd Yusni Ariffin

Penceroboh kibar bendera putih sebelum tembak

Subang: Kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina mengibarkan bendera putih (tanda menyerah diri) untuk memerangkap anggota polis komando VAT 69 sebelum melepaskan tembakan terhadap mereka, di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kelmarin.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata beliau diberitahu oleh salah seorang anggota VAT 69 yang terbabit dalam pertempuran dengan penceroboh yang mendakwa mereka tentera Kesultanan Sulu itu.
Mereka sudah lakukan jenayah yang cukup berat dan tiada apa lagi yang hendak dirundingkan kecuali serah diri dalam masa terdekat atau terima apa-apa tindakan yang akan diambil," Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri

Gerak geri diperhati Selepas mengibarkan bendera putih, penceroboh memerhatikan gerak geri komando yang mendekati kubu mereka sebelum melepaskan tembakan.

Berikutan itu, dua anggota komando polis, Inspektor Zulkifli Mamat, 29, dan Koperal Sabarudin Daud, 46, terkorban manakala tiga lagi anggota keselamatan negara cedera.

Polis gugur risalah amaran

Pertempuran yang dimulakan penceroboh itu turut menyebabkan 12 anggota mereka maut.
“Jadi kita tidak menolak ia satu perangkap dan jika mereka lakukan ini, ia taktik pengecut. Tak boleh tipu kata nak serah diri kemudian lepaskan tembakan sehingga anggota kita terkorban,” kata Najib selepas memberi penghormatan negara terhadap dua anggota Komando VAT 69 yang terkorban dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh itu.

Perdana Menteri juga menegaskan, masa untuk mempertimbangkan apa juga permintaan kumpulan penceroboh bersenjata itu sudah berakhir dan mereka perlu menyerah diri tanpa syarat.

Beliau berkata, penceroboh itu hanya mempunyai dua pilihan, iaitu menyerah diri atau menerima apa juga tindakan bakal diambil pihak berkuasa dan keselamatan negara.

Semalam polis sekali lagi menggugurkan risalah amaran kepada kumpulan penceroboh itu yang lebih ringkas dan keras serta ditulis dalam bahasa Inggeris dan Suluk, menerusi helikopter.

Risalah itu ditulis dalam bahasa Inggeris, Warning. Lay down your arms. Surrender. Surrender. Surrender. (Amaran. Letak senjata. Serah diri. Serah diri. Serah diri). Kali pertama polis menggugurkan risalah amaran kepada pasukan penceroboh ialah Rabu lalu.

Perdana Menteri berkata, kerajaan bertegas dalam hal ini kerana apa yang dilakukan penceroboh itu satu jenayah amat serius, iaitu menceroboh negara dengan senjata dan membunuh anggota keselamatan negara ini.

“Mereka sudah lakukan jenayah yang cukup berat dan tiada apa lagi yang hendak dirundingkan kecuali serah diri dalam masa terdekat atau terima apa-apa tindakan yang akan diambil,” katanya.

Najib berkata, beliau sudah pun menghubungi Presiden Filipina, Benigno Aquino menerusi telefon malam kelmarin bagi memaklumkan kejadian tembak menembak itu.

“Saya sudah menelefon Presiden Aquino malam tadi (kelmarin) dan beritahu, berlaku kejadian tembak menembak pada pagi semalam (kelmarin),” katanya

Dapatkan naskhah BH Ahad hari ini untuk berita lanjut atau muat turun versi digital di http://subscription.nstp.com.my/