BOSTON: Ejen Persekutuan yang mengumpulkan bukti bagaimana letupan bom dilakukan ketika acara Maratoh Boston semalam mendapati periuk memasak tekanan tinggi yang dimuatkan dengan bahan letupan, paku dan barangan tajam lain digunakan namun masih kabur siapa dan mengapa ia diletupkan.

Ejen Biro Siasatan Persekutuan dan badan penguat kuasa terus merayu kepada orang awam agar tampil memberikan gambar, video, saksi dan apa saja perkara yang menimbulkan keraguan berkaitan kejadian berkenaan.
Presiden Barack Obama menyifatkan kejadian itu sebagai serangan pengganas namun pegawai Amerika masih tidak mendapat pengesahkan sama ada ia serangan yang terancang oleh pertubuhan pengganas, rakyat asing atau tempatan, atau ia tindakan individu sahaja.


Pegawai di lapangan mendapati, bahan letupan dimuatkan dalam periuk memasak 6 liter, - satu periuk dimasukkan berdama dengan besi tajam dan bebola keluli - satu periuk lagi diisi dengan paku.

Kedua-dua bom buatan sendiri itu dimasukkan dalam beg hitam dan ditinggalkan di atas tanah, kata seorang pegawai penyiasat yang enggan disebutkan namanya. - AP