login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Nasional
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Perompak rempuh lori samun bahan RM1 juta


2011/03/31

SEREMBAN: Sekumpulan perompak merempuh sebuah lori syarikat keselamatan yang membawa bahan semikonduktor bernilai lebih RM1 juta sebelum melarikannya di
Lorong Senawang 2/3 Kawasan Perindustrian Senawang di sini, semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Seremban, Superintendan Mohd Yusoff Awang, berkata dalam kejadian jam 11.45 pagi itu, seorang perompak memandu sebuah treler curi dan melanggar bahagian depan lori terbabit menyebabkannya berhenti di tengah jalan. “Pada masa sama, empat lagi rakannya bersenjatakan parang yang menaiki kereta datang dari belakang lori berkenaan sebelum mengarahkan tiga pengawal keselamatan menyerah diri.

“Mereka tidak bertopeng kemudian memecahkan pintu belakang lori berkenaan dan memindahkan barangan dibawa ke dalam kereta sebelum melarikan diri,” katanya.

Beliau berkata, pengawal keselamatan yang memandu lori cedera ringan akibat rempuhan dan dua lagi tidak mengalami kecederaan. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana samun berkumpulan menggunakan senjata.

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker