Penguasa bomba Kuantan, Alimaddia Bukri (kiri) bersama anggotanya membuat persediaan menghadapi Ribut Tropika Sonamu yang bakal melanda Pahang mulai semalam hingga 11 Januari ini. - Foto Halim Mat Ali
Selain dua kapal pengangkut Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan satu batalion paramedik Tentera Darat, ATM juga mempersiapkan tiga helikopter Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk berdepan bencana itu yang diramalkan minggu ini.
Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Muhammad Safian Ismail, berkata oleh kerana ancaman kali ini bukan saja banjir, kerajaan negeri meminta kerjasama semua agensi berkaitan seperti ATM yang memiliki aset yang boleh digerakkan bila-bila masa jika berlaku kecemasan.
Satu batalion paramedik Tentera Darat berpangkalan di Kluang, Johor sudah tiba dan ditempatkan di Kem Batu 10, di sini untuk memberi bantuan kecemasan awal kepada penduduk yang terjejas, katanya ketika ditemui di sini, semalam.