login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:29
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Polis terima 14 laporan kecurian di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin


2012/01/31

KUALA TERENGGANU: Polis Terengganu menerima 14 laporan berhubung kes kecurian di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin sejak bumbung stadium itu runtuh pada tahun 2008 sehingga 11 Januari lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K Manoharan, berkata setakat ini polis menahan tujuh lelaki yang dipercayai terbabit dengan kes mencuri kabel, pecah stor, memiliki barang curi dan menceroboh kawasan stadium itu.
"Mereka yang ditahan berumur antara 20 hingga 40 tahun dan kesemua mereka telah dituduh di mahkamah," katanya ketika ditemui hari ini.
Manoharan berkata, pihaknya masih mengesan beberapa individu lain yang dipercayai terbabit dalam kes pencerobohan dan kecurian di stadium terbabit.

Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang berharga RM292 juta itu mula dibina pada Mei 2006 dan siap pada 2008 bagi digunakan sebagai lokasi Sukan Malaysia.

Bagaimanapun, sebahagian sruktur utama bumbung stadium itu runtuh setahun selepas dibuka. - BERNAMA


SERTAI KAMI DI FACEBOOK
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker