BERAKSI dengan kekuatan penuh belum menjamin meraih keputusan baik menentang Selangor, apa lagi dengan pasukan yang kepincangan beberapa tonggak.
Namun, itulah yang perlu dihadapi pengendali Kelantan, B Sathianathan yang terpaksa mengenepikan pertahanan tengah, S Subramaniam dan penjaga gol, Syed Adney Syed Hussein akibat kecederaan dengan penyerang, Indra Putra Mahayuddin berada dalam keadaan 50-50 bagi perlawanan Liga Super menentang pendahulu di tempat sendiri, malam ini.
“Indra tidak 100 peratus cergas. Kami kehilangan S Subramaniam dan Syed Adney akibat kecederaan buat perlawanan ini.
“Perlawanan ini adalah penting buat kami dengan ia memberi suntikan kepada musim kami,” kata Sathia ketika dihubungi semalam.
Mengenai perlawanan malam ini, Sathia tidak mahu terlalu defensif walaupun menyedari lawan mereka sudah menjaringkan sembilan gol dalam dua perlawanan sebelum ini - 4-0 ke atas Kedah dalam Liga Super dan 5-1 ke atas Pos Malaysia dalam suku akhir Piala Malaysia.
“Selangor adalah jentera jaringan. Kami tidak akan terlalu bertahan ketika menghadapi mereka. Safee Sali menampilkan persembahan mantap dan mereka bermain sebagai satu pasukan,” kata Sathia yang gemarkan Safee ketika bergelar watak pengendali kebangsaan sebelum ini.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
seli muhammad
kelante bluh menang ke?????
findink
kemenangan memang diharapkan.. keputusan seri sudah cukup baik, kalah memang mengecewakan....
jaim amboy
kawe tau set kito buleh mene..
Semangat Sang Kijang...
markbeh
tajuk akhbar esok,gergasi menangis d kota bharu...kelate mene 5-0...
gomo kelate gomo
Anok Jati Kelate
Semoga Kelantan meunjukkan corak permainan yang terbaik mlm ni
Bee
Selangor harus menampilkan prestasi terbaik dan game yang menarik bagi menumbangkan K'tan. Hidup Red Giants....Red Giants Gomo Red Wariors
Fairuz
insyaallah dgn berkat kesungguhan semua pemain selangor pasti akan menang
azra mache
harap ada live kat tv
aznuranuar
Peluang utk pasukan Kelantan buktikan sesuatu yg istimewa buat peminat...semoga dpt kembali ke rentak cemerlang sebagaimana musim lalu.
Abuya
Pasukan kelate musim ini terlalu banyak sangat bintang pujaan tetapi permainan masih tidak konsisten mudah leka,mudah hilang tumpuan memyebabkan peminat menyaksikan perlawanan sering kali nak terlerai jantung nak tercabut nyawa pun ada...letihhh sebelum berakhir keputusan menang,seri atau kalah...apapun dengan selangor kawe harap pemain kelate boleh lakukan sesuatu utk menang,,main cantik tiada gol tak jadi aper yang pasti main ok tetapi menang walaupun 1 gol...bye...muah!!!
budak senget
gomo klate gomo...kelantan mesti menang punyer...
mzdin
coach sathia kawe harap demo... pahlawan Red Wariors maing sedakk.. jange berputus asa.. biar putih tulang jangan putih mata.. GOMO KELATE GOMO... majulah bolasepak untuk semua...
Penyokong Sejati Selangor
Penyokong Selangor The Reds Giants tetap setia menyokong Pasukan kami. Bermain lah dengan semangat 1Selangor The Reds Giants. Ramalan - The Reds Giants 3 - 0 The Red Warriors
Dinobravo
Harap kedua2 pasukan dapat mengawal emosi secara profesional. Berikan yg terbaik utk penonton. Ingat, Kami nk tengok bola bkn nk tgk tomoi.
zulkiflee
selangor mesti mau menang
anak selangor
buleh menang ke ?
pesal
Kelate GOMO Selangor..itu yang akan jadi tajuk sukan dalam akhbar tempatan esok..The Red Wariors akan menang....jom kita pakat gi stadium sultan muhammad iv....
Mohd Zuki B Shabudin
Kltn harus berwaspada dgn jentera serangan Selangor, main dgn hati2, tumpu sepenuhnya jgn leka, 'Gomo Kelate Gomo'