Satu kepala RM1 Oleh Shamshul Azree Samshir sazree@bharian.com.my 2010/08/01
SPR perhebat kempen daftar pengundi baru
KUALA LUMPUR: Pelbagai usaha dilakukan bagi menarik pengundi baru terutama generasi muda dan terbaru Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berjanji membayar RM1 bagi setiap pemilih baru yang berjaya didaftarkan.
Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar, berkata pihaknya akan membayar penolong pendaftar daripada parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pemimpin masyarakat yang dilantik agensi itu bagi memperhebatkan kempennya.
"Kita bayar RM1 kalau sah, dia (pemilih baru) belum berdaftar. Dengan cara ini, mereka juga mendapat bayaran bukan hanya kerja percuma.
"Ini langkah baru yang kita hendak perhebatkan (usaha mendaftar pemilih baru) secara lebih agresif sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13," katanya kepada Berita Minggu di sini, semalam.
Katanya, bayaran RM1 bagi setiap pengundi baru hanya dibuat selepas SPR mengesahkan mereka adalah pemilih baru yang layak mengundi tetapi belum berdaftar.
“Tetapi perlu diingatkan, kita bayar bagi setiap permohonan sahih bukan yang sudah daftar, mendaftar sekali lagi sebagai pemilih. Itu kita boleh semak, jadi ada syarat pelantikan untuk dia (penolong pendaftar) jalankan tugas,” katanya.
Bagaimanapun, beliau tidak menjelaskan mekanisme pembayaran itu.
Wan Ahmad berkata, kategori pelantikan penolong pendaftar juga perlu diperluaskan kerana wakil SPR yang dilantik dari ahli parti politik tidak mencukupi.
“Kita akan umumkan perkara itu kerana kategori itu perlu diperluaskan kepada sesiapa saja yang berhubung rapat dengan rakyat.
“Kalau malas ke pejabat pos, kaunter pendaftaran SPR di pusat awam, pejabat SPR, mungkin ada tempat diberi tauliah sebagai penolong pendaftar pemilih. Itu kita akan mula perhebatkan mulai sekarang untuk menangani isu 4.3 juta orang tidak mendaftar sebagai pemilih,” katanya.
Bagaimanapun, Wan Ahmad berkata, SPR akan menyemak latar belakang pemohon dan organisasi yang diwakili sebelum dilantik menjadi penolong pendaftar SPR bagi mengelak melantik badan yang tidak berdaftar serta pihak tidak bertanggungjawab.
Bulan lalu, SPR mengumumkan 4.3 juta pengundi yang layak mengundi belum berdaftar dengan SPR sejak Pilihan Raya Umum 2008 sehingga Mac lalu.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
lan
anak saya umur 22 tahun.sdang blajar sibuk nak daftar .masalahnya daftar ngundi tak boleh diwakilkan oleh org lain.itu yang sebab itu pengundi baru tak mau daftar.saya sebagai bapa, spr ubah peraturan dimana daftar ngundi boleh diwakilkan.Saya rasa ramai yang tak kenal penolong pendaftar.Itulah ramai yang ambil remeh hal ini. Saya cadangkan SPR buka kaunter di setiap masjid dan supermarket di setiap daerah untuk menarik org muda mendaftar.Jgn SPR buka kaunter di bandar bandar besar sahaja. Perlu diingat bahawa pengundi org kampung boleh mengubah senario politik negara.
Semun Jali
emm...banyak belanja kalau sebegini...daftar secara mesra rakyat sama ada secara online, dari rumah ke rumah, daftar bergerak guna kenderaan ataupun sambil banci sambil daftar pengundi baru atau edar borang kepada majikan, organisasi dll untuk mana-mana pekerja warganegara yang belum mendaftar tidak kira mereka di darat, laut atau di mana-mana....sekadar pandangan saja. Tq
Deniael
Orang muda tidak mahu duit. Tapi mahu pemimpin yang berkualiti dan tidak korupsi dan rasuah. Offer RM50 belum tentu ada yang mahu daftar.