Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
farhana
stuju sgt jika kaedah psikologi tdk b'kesan dan sebat mrupakn langkah yg terbaik bg mendidik..
farah
sbgai pelajar..saya pn stuju..why not kalau itu yg terbaik...
norazita
Setuju untuk dilaksanakan sebagai pengajaran kepada murid yang terbabit dan murid-murid lain. Rasa hormat kepada ibu bapa, guru, masayarakat semakin terhakis dlm kalangan murid.
ahmad Ammar
sudah sampai masanya hukum sebat disekolah dibenarkan dan hujum allah dalam negara dilaksanakan
Nurul Azlinyana
hukuman sebat sememangnya wajar dilaksanakan...kalau kita merujuk pada cara didikan pada sedikit masa dahulu,hukuman sebat @ rotan merupakan salah satu cara untuk mengajar dan mendidik pelajar supaya insan yang berguna...
dann
assalamualaikum..
dalam hal ni saya rasa ibu bapa perlu beri kerjasama. Kalau kita tengok hari ni kalau pelajar buat masalah dekat sekolah, ibubapa sanggup datang serang guru yang hukum anak mereka.Malah ada yang cakap mereka tak pernah pun hukum anak mereka. Jadi, bende tu salah sbnarnya. Jika syg anak, Ibu bapa harus menghukum anak mereka jika mereka buat salah. Ibu bapa kena beri kerjasama dngn guru demi membentuk sahsiah pelajar dan juga anak yang baik..
mukhtar
assalamualaikum,
sy sbgai guru mmg stuju sgt klau hukuman ini boleh dilaksanakn semula. plajar smakin lme smakain truk dr segi akhlak.. rs hormat kpd guru pn hampir tiada. rotan brfungsi utk MENGINGSAFKAN plajar, bukan untuk MENDERA plajar spt yang disngka.. ibubapa juga harus la bersikap terbuka. ibubapa seharusnya tidak mnyalahkn pihak skola smata-mata jika ank mereka mmbt kesalahan. mreka juga perlu mgubah minda mereka, yg mana dimanakah silapnya ank2 mereka jd bgitu. mgkin silap mreka sndri, ataupn skola, ataupn pngruh rakan2. byk lg faktor harus difikir oleh ibubapa.. skola adalah sbuah institusi yg menyalurkn ilmu kepada ank2 meraka. jd, agak memalukn la jika org da mmbri ssuatu ttapi kita memarahi org itu. fikir-fikirknlah.... gru akn lebih brsmangat, ikhlas dan tidak tertekan semasa mngajar. smua ini bleh brlaku jika mslah disiplin dpt dikawal dan akhlak palajar dpt dibentuk kembali... akhir skali.."jgn menyekat kebebasan mendidik"..
akma
saya sgt bersetuju sekiranya hukuman sebat (rotan) dikenakan di sekolah. Namun, ibu bapa perlu memberikan kerjasama yg sepenuhnya. Ini kerana kebanyakan kes yg membabitkan masalah disiplin pelajar, ibu bapa yg menghalang para pendidik utk mengambil tindakan terhapadap anak2 mereka. pelbagai saman difailkan apabila pihak pendidik mengenakan hukuman terhadap pelajar.Disebabkan faktor inilah, tahap masalah disiplin pelajar makin meruncing & mungkin akan menjadi tidak terkawal sekiranya tiada tindakan yg diambil dari sekarang.
zieza
stuju bagi membendung masalah disiplin pelajar yang semakin merosot.
rashid
alhamdulillah kalau hukuman sebegini dijalankan semula...
kalau boleh laksanakan terus hukum hudud kat malaysia ni.. baru masalah sosial dari peringkat akar umbi akan terhapus...
barulah namanya negara 'islam'
z.i.a.r
ibu bapa dan guru patut tau tentang tanggungjawab dan hukuman yang harus dijalankan keatas anak-anak mengikut kesalahan yang dilakukan.kerana itu adalah kasih sayang yang sebenar untuk anak-anak.demi masa depan mereka,agama dan bangsa
Mokhlis Abdul Rahim
Bismillahirohmanirohim, Alhamdulillah.
Di sini saya ingin mengambil kesempatan untuk menyuarakan pandangan saya tentang situasi yang kian meruncing pada sistem pendidikan negara yang menunjukkan berbagai2 tanda kelemahan dan kegagalan yang menjurus kepada produk pelajar yang bermasalah. Sistem pembelajaran negara terlalu mementingkan ilmu2 yang berunsur keduniaan dan kebendaan. Sedangankan ilmu2 yang berunsur keagamaan dan kesusilaan menjadi ilmu atau sabjek pilihan serta tak wajib lulus di dalam sesuatu peperiksaan.
Di sini saya ingin menganjurkan agar kita berbalik kepada pendidikan yang dianjurkan oleh Islam bagaimana mendidik murid2 sekolah mengikut cara2 yang digariskan oleh lslam. Saya cadangkan agar kementerian pelajaran mengadakan satu forum dengan para ulamak dan cerdik pandai lslam bagi merealisasikan perlaksanaannya. Saya percaya kerajaan pun sudah sedia maklum di masa kini sekolah2 agama, sekolah2 tahfiz dan pondok sudah mula mendapat tempat di hati orang2 Melayu. lni adalah kerana mereka dapati sekolah2 kerajaan yang berteraskan akademik dunia semata2 gagal membentuk murid2 yang "beriman, beramal soleh dan bijak".
Sekolah kerajaan hanya boleh melahirkan pelajar2 yang bijak atau sebaliknya sahaja. Soal perangai dan tingkah laku mengecewakan biar pun mereka bijak atau bodoh. Pelajar yang bodoh tapi beriman dan berbudi pekerti lebih baik daripada pelajar yang bijak tapi tiada iman serta biadap dan tak bermoral. Bayangkanlah, andai kata pelajar bijak begini yang akan menjadi pemimpin atau ketua di dalam sesebuah negara atau syarikat, sudah tentulah negara atau syarikat itu akan menjadi porak peranda seperti apa yang kerajaan kita sedang lalui sekarang ini. Nak tahu generasi akan datang dengan melihat generasi sekarang. Kalau sistem pendidikan kita gagal dan lemah, maka hasilnya kita akan lihat bila pelajar2 ini dewasa nanti.
Untuk memendekkan kata, dalam apa cara dan perkara sekali pun, marilah kita berbalik dan merujuk kepada lslam. Apa yang payah dan susah sangat melainkan apabila setan dan nafsu telah menguasai akal dan membutakan hati. Soalan saya pada yang berkenaan senang aja, kalau kita pakai kereta Proton dan tiba2 kereta yang kita pakai itu ada masalah.
Untuk mengenal pasti masalah dan menyelesaikan masalah kereta Proton kita itu, kita akan pakai buku "maintenance and manual" Proton ke atau Toyota. Sudah tentu kita akan merujuk kepada buku maintenance dan manual Proton sebab Proton yang mencipta dan membuat kereta kita dan hanya Proton saja yang tau bagaimana nak baik pulih serta apa yang terbaik untuk kereta kita. Kesimpulannya, berbaliklah pada lslam(Quran dan Hadith). Tak payahlah nak memeningkan kepala mecari jawaban2 dan penyelesaian lain. Allah yang mencipta manusia dan hanya Allah saja yang tau bagaimana nak memperbaiki manusia dan apa yang terbaik untuk manusia.
Wallahua'alam.
MOHTAR MIZAN
secara peribadi, sebenarnya sy sgt bsetuju jika hukuman rotan atau sebat dilaksanakan semula disekolah. pelaksanaannya saja yg mungkin perlu diubah. jika ada pelajar yg mlanggar disiplin pihak sekolah blh mmanggil ibu bapa ke sekolah. biarkan ibubapa sj yg mrotan anak mereka. nanti kalau guru yg bertindak utk mrotan pelajar maka alamatnya tunggulah nanti peguam berbicara
dean
Saya amat setuju hukuman merotan murid ini.Cadangan di atas memang baik tapi ia perlu dilaksanakan secara terbuka di perhimpunan sekolah sebagai pengajaran kepada murid lai bukan untuk menjatuhkan maruah pelajar itu.Zaman saya sekolah dahulu hukuman itu memang berkesan dilakukan
ADRIAN
saya sangat setuju dengan hukuman merotan murid jika terbukti mereka melakukan kesalahan. Namun begitu, ianya mestilah mengikut prosedur yg betul dimana ianya mesti dilaksanakan di tempat yg tertutup serta ada saksi seperti yang dilakukan sekarang. Kuasa merotan harus diwujudkan kembali seperti zaman dulu dimana ianya telah terbukti mampu mendisiplinkan murid pada peringkat sekolah rendah lagi. Saya berpendapat bahawa, masalah disiplin murid yg semakin teruk hari ini adalah kerana kuasa guru untuk merotan sudah dihadkan lalu menyebabkan murid semakin berani memijak kepala guru mereka sendiri.Kita boleh bandingkan kuasa guru zaman dulu dan sekarang, adalah sudah jauh berbeza. Akibat daripada perubahan yg telah dibuat berkenaan dengan kuasa guru,akibatnya kita sendiri yang tanggung..
Islam itu benar...ajarannya benar...jd laksanakan yg benar adalah wajar dan patut... Allah lbh tahu apa yg patut manusia lakukan krn DIA yg mencipta manusia.Jd ikutlah Al-Quran dan hadith dlm sgl urusan hidup...
wan norizan
sampai bila kita hendak biarkan......kembalikan hykuman merotan dikhalayak ramai....saya percaya, pelajar tidak lagi berani untuk melanggar disiplin. prinsip dalam islam bukan untuk mendera tetapi memberi keinsafan tetapi jika merotan dilakukan dalam bilik, ianya tidak menimbulkan keinsafan kepada pelajar lain