Sanak saudara anggota hadir bagi mengucapkan selamat jalan kepada sembilan pegawai dan 28 anggota yang berlepas jam 8.30 pagi untuk bertugas demi negara.
Laskar Kelas (LK) II Jupri Wagey, berkata sebaik dimaklumkan dirinya terpilih menyertai operasi berkenaan, beliau bersyukur kerana dapat bergabung tenaga dengan pasukan keselamatan lain bagi mempertahankan keselamatan negara.
Katanya, walaupun hatinya agak keberatan meninggalkan isteri, Siti Hasmah Awang, 47 dan dua anaknya, Mohd Amirul Syafiq, 17 dan Siti Nur Jannah, 14, dia rela mengetepikan semua itu memandangkan khidmatnya kini amat diperlukan negara.
Pertahan negara
Saya akan berjuang demi mempertahankan negara daripada terus dicerobohi oleh kumpulan pengganas itu.
Malah, isteri turut memberi kata-kata semangat kepada saya supaya sentiasa tabah dan berhati-hati di sepanjang menjalankan tugas ketika berada di sana (Lahad Datu), katanya.
Gilly Olivia Kieo, 26, dari Sabah berkata, beliau berbangga suaminya, LK II Kanyan Anak Antin, 25, terpilih dalam operasi membantu negara dan rasa bertuah kerana Kanyan adalah perwira negara.
Saya akan sentiasa mendoakan keselamatannya sepanjang bertugas di sana (Lahad Datu) dan berharap supaya dia pulang dengan selamat, katanya ketika ditemui di jeti berkenaan, di sini, semalam.

Senarai Komen