Serangan bom tangan di dua pejabat kerajaan di Thailand
2010/03/21
BANGKOK: Sebutir bom meletup pejabat Suruhanjaya Anti Rasuah Nasional (NACC) di Sanambinnam, di wilayah Nonthaburi, manakala sebutir lagi berhampiran pejabat Kementerian Luar Bandar di sini, semalam.
Jurucakap Pusat Operasi Pengaman Kol Sansern Kaewkamnerd hari ini, berkata penyerang dipercayai menggunakan bom tangan dalam kedua-dua serangan.
"Letupan itu menyebabkan dinding pejabat NACC berlubang dengan keluasan 30cmX30cm dalam insiden pada kira-kira jam 9.50 malam," katanya.
Sementara itu, serangan kira-kira 100 meter dari pejabat Kementerian Luar Bandar pula mengakibatkan seorang orang awam tercedera. - Bernama