LONDON: Serena Williams mengatasi Agnieszka Radwanska 6-1 5-7 6-2 untuk memenangi gelaran juara perseorangan Wimbledon kelima.

Juara pada 2002, 2003, 2009 dan 2010 itu menang mudah set pertama tetapi Radwanska bangkit untuk merampas set kedua.
Namun William menamatkan kebangkitan Radwanska pada set penentuan.