login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:16
16:22
19:20
20:29
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 03 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Sudin Ajaib boleh didakwa atas empat pertuduhan: JHEAIK


2010/03/17

KUALA KRAI: Shamsuddin Che Deraman atau lebih dikenali sebagai "Sudin Ajaib", lelaki yang didakwa mengahwini dan melarikan kanak-kanak bawah umur boleh didakwa sekurang-kurangnya atas empat pertuduhan di Mahkamah Syariah, membabitkan perkahwinan bawah umur.

Ketua Penolong Pengarah Penguatkuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK), Mohd Abdul Aziz Mohd Noor, berkata ketika ini pihaknya sedang menjejaki lelaki terbabit untuk menahannya sebelum didakwa di mahkamah atas pertuduhan itu.
Antara pertuduhan itu ialah, mengahwinkan kanak-kanak perempuan bawah umur tanpa kebenaran Pejabat Kadi, mengahwini secara paksaan, mengakadnikahkan perkahwinan; dan mengingkari perintah bermufarakah, mengikut Seksyen 8, 37, 39 dan 40 Enakmen Keluarga Islam Negeri Kelantan Bil 2/2002.
"Mengikut enakmen itu, jika sabit setiap kesalahan itu boleh didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan atau kedua-dua sekali," katanya di sini, hari ini.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, dilaporkan meminta JHEAIK menyiasat kumpulan jemaah tabligh yang diketuai Shamsudin Ajaib, yang menjanjikan balasan syurga kepada ibu bapa jika kanak-kanak perempuan mereka dikahwinkan.

Shahrizat berkata, siasatan yang terperinci itu perlu dilakukan oleh pihak berkaitan kerana janji mereka itu akan menarik hati ibu bapa yang tidak berfikir panjang seterusnya memperjudikan masa depan kanak-kanak terbabit.

Mohd Abdul Aziz berkata, pihaknya sudah mengarahkan kakitangan bahagian penguatkuasanya mengesan jejak lelaki terbabit selepas dijumpai di Batu Caves, Selayang bersama kanak-kanak yang dipercayai menghilangkan diri selepas kesnya dikesan oleh pihak berkuasa agama Islam negeri, baru-baru ini.
"Penahanan ke atas lelaki ini juga penting bagi memastikan sama ada perkahwinan yang dilangsungkan dengan kanak-kanak itu berkaitan dengan kumpulan tabligh yang mengamalkan ajaran sesat atau sebaliknya.

"Bagaimanapun, siasatan awal pihak kami mendapati perkahwinan lelaki terbabit dengan pasangan bawah umur itu tidak membabitkan ajaran sesat, tetapi ia lebih kepada unsur-unsur ketaksuban pengikut kumpulan tabligh itu dengan ketuanya," katanya.

Mohd Abdul Aziz berkata, pembabitan lelaki yang dikenali sebagai ahli tabligh itu membabitkan dua kes, iaitu kes membenarkan anak perempuannya di bawah umur dengan anggota kumpulannya di Pasir Mas dan mengahwinkan dirinya sendiri dengan kanak-kanak lain, juga di bawah umur di Kuala Krai.

"Dengan tertangkapnya lelaki terbabit kita percaya dapat menyelesaikan kes perkahwinan itu yang boleh menimbulkan kontroversi dan mengelirukan umat Islam seluruh negara," katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ketika mengulas kejadian itu baru-baru ini menyifatkan alasan pengikut kumpulan tabligh yang mengahwinkan gadis bawah umur itu sebagai mengamalkan sunnah Nabi Muhammad SAW tidak boleh diterima dan mengarut. - Bernama

Komen Anda
Guna Facebook id anda.
Nama :
Emel :
Komen :
 
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersil. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.

Senarai komen

meysa
ramai lagi perempuan dewasa di luar sana tetapi kenapa perlu menjadikan kanak-kanak yang baru nak mengenali dunia untuk dijadikan isteri????
Amat memalukan apabila ahli tabligh melakukan perkara yang bercanggahan dengan agama.Harap pihak yang berkenaan mengambil berat perihal kanak-kanak yang dijadikan mangsa dera.
'Ali baba
Tuan2 yang dimuliakan Allah s.w.t, janganlah kita menjadi orang yang mengkritik tanpa usul periksa kerana sudin ajaib ini umpama kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. tuan2 sedia maklum bahawa bulan 7 lepas, ijtimak tabligh telah diadakan di Nilai, sekiranya Jemaah Tabligh ini mempunyai unsur sesat atau taksub, mengapa Jabatan Agama atau mana NGO tidak menghalang ijtimak ini? Jadi, kita tunggu dan lihat kenyataannya. Makluman terkini, saya dapat tahu bahawa sudin ajaib memang pernah keluar jemaah tabligh, tapi sekarang ini, dia mengalami kekurangan kewarasan akal. Jadi, anda fikirkanlah dahulu sebelum menyatakan sesuatu kerana boleh terjadi fitnah yang akhirnya memakan keimanan sendiri.. WaLLahu 'alam
ACid
Islam itu indah. Perkara yang berlaku tiada kaitan dgn gerakan. Apa yang berlaku cuma kes individu. Saya setuju dgn saudara dzul. Ingat berpeganglah kamu dengan 2 perkara pasti kamu tidak akan sesat. Al-Quran dan Sunnah.
Roti Planta
Kepada Sdr Dzul,
Saya tidak bermaksud kumpulan Tabligh sebagai ajaran sesat. Namun individu yang mengamalkan ajaran sesat ada berselindung dalam pelbagai kumpulan agama, politik, persatuan, ngo dsb.

Hanya Allah yang mengetahui
Dzul
Kepada Roti Planta
'Hanya hukuman yang berat sahaja akan menyedarkan kumpulan ini daripada terus meyelewengkan ajaran Islam yang suci' - mungkin encik tak baca sepenuhnya kenyataan di atas.

Bagaimanapun, siasatan awal pihak kami mendapati perkahwinan lelaki terbabit dengan pasangan bawah umur itu tidak membabitkan ajaran sesat, tetapi ia lebih kepada unsur-unsur ketaksuban pengikut kumpulan tabligh itu dengan ketuanya," katanya.

Bukan gerakan tu yang tak betul, ni kes individu dan terpencil
Hiken No Ace
Jauhilah ajaran sesat, tanyalah ustaz atau ulama kalau ada masalah dlm bab-bab agama
Roti Planta
Hukuman didenda sehingga RM1,000 atau enam bulan atau kedua-dua sekali tidak setimpal dengan kesalahan dan penyelewengan yang dilakukan. Sudin perlu didakwa dibawah kanun keseksaan iaitu melakukan rogol (percubaan melakukan sex) dengan kanak-kanak dibawah umur yang boleh membawa hukuman penjara 20 tahun dan sebatan. Hanya hukuman yang berat sahaja akan menyedarkan kumpulan ini daripada terus meyelewengkan ajaran Islam yang suci

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker