login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:51
13:16
16:22
19:20
20:29
SMS waktu solat
... kawasan lain
Jumaat , 03 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Sultan Perak lantik Raja-Raja Bergelar, Ahli Dewan Negara Perak


2010/03/18

IPOH: Sultan Perak, Sultan Azlan Shah memperkenankan kenaikan pangkat gelaran dan pelantikan baru Raja-Raja Bergelar
dan Ahli Dewan Negara Perak.
Datuk Seri Raja Iskandar Dzulkarnain ibni Almarhum Sultan Idris A'fifullah Shah dinaikkan pangkat gelaran daripada Raja Kechil Tengah Perak kepada Raja Kechil Besar Perak. "Gelaran yang disandangnya sebelum ini diganti oleh Raja Kechil Tengah Perak, Datuk Seri Raja Ashman Shah ibni Sultan Sultan Azlan Muhibbuddin Shah," demikian diumumkan Setiausaha Dewan Negara Perak, Datuk Ayob Hashim dalam satu
kenyataan di sini, hari ini.

Sultan Perak juga berkenan membuat pelantikan Raja Ahmad Nazim Azlan Shah bin Raja Ashman Shah sebagai Raja Kechil Tengah Perak yang baru.

"Semua pelantikan berkuatkuasa 16 Mac 2010," kata Ayob.

Beliau berkata, dua ahli baru Dewan Negara Perak yang dilantik bagi penggal dua tahun mulai 17 Mac 2010 ialah Datuk Seri Dr Jalaluddin Abdul Rahim dan Datuk Seri Ismail Shahudin.
Seramai 10 ahli lain yang dilantik semula ialah Tan Sri Raja Aznam Raja Ahmad, Datuk Yusof Sulaiman, Tan Sri Darshan Singh, Datuk Ismail Shah Bodin, Datuk Abdul Karim Mohd Jamil, Datuk Seri Dr Abdul Shukor Abdullah, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini, Tan Sri Mohd Zahidi Zainuddin, Datuk Zubairi Tajuddin dan Datuk Seri Raja Mansur Raja Razman. - Bernama


Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker