Syor duti  import jentera berat dikurang Dr Judin ketika ditemubual wartawan BH di Kuala Lumpur baru-baru ini.
CIDB hantar cadangan tambah baik industri pembinaan

Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) sudah menghantar kertas cadangan kepada Kementerian Kewangan dan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) membolehkan duti import serta cukai jualan ke atas jentera dan peralatan berat dikurangkan.

Rundingan bagi cadangan yang disasarkan untuk menambah baik industri pembinaan negara serta mengurangkan kebergantungan kepada penggunaan tenaga kerja itu sudah bermula sejak setahun lalu.
Ketua Eksekutif CIDB, Datuk Seri Judin Abd Karim, berkata cadangan itu adalah antara usaha yang dilakukan bagi peralihan industri pembi-naan negara ke arah yang lebih moden, bernilai tinggi serta berorientasikan mekanikal.


“Kita mahu (industri pembinaan tempatan) bergerak ke arah mekanikal, yang mana langkah itu akan dapat dipercepatkan jika cukai ke atas peralatan berat dihapuskan atau setidak-tidaknya dapat dikurangkan.

“Industri memerlukan penggunaan peralatan berat yang moden secara meluas bagi menjadikannya lebih berdaya saing,” katanya da-lam satu temubual bersama BH di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Di Malaysia secara umumnya duti import serta cukai jualan yang dikenakan ke atas jentera, mesin dan peralatan berat seperti jentolak, jentera penggelek jalan, mesin pengorek dan pemampat tanah adalah agak tinggi iaitu antara 10 hingga 30 peratus.

Pasaran antarabangsa
Kertas kerja itu mencadangkan supaya duti import dan cukai jualan jentera, mesin dan peralatan berat pembinaan di samping aksesori dan alat gantinya dikurangkan tidak melebihi lima peratus.

Judin berkata, kadar yang dikenakan oleh Malaysia itu adalah lebih tinggi berbanding negara ASEAN lain seperti Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam dan Singapura.

Justeru, katanya, dengan kadar duti dan cukai yang tinggi maka kebanyakan kontraktor lebih cenderung mengimport jentera, mesin dan peralatan terpakai di pasaran antarabangsa.

“Dalam persekitaran semasa, kontraktor perlu lebih inovatif dan menggunakan teknologi serta peralatan berat yang lebih moden bagi membolehkan mereka menyelesaikan kerja dalam tempoh yang ditetapkan,” katanya.

Pengurangan duti import dan cukai jualan akan membolehkan kontraktor tempatan membeli jentera, mesin dan peralatan baru.

Antara kelebihan membeli peralatan baru ialah jangka hayat penggunaannya yang lebih lama, pengendalian yang lebih mudah dengan teknologi terkini, prosedur kerja lebih selamat, mempunyai tempoh jaminan di samping meningkatkan kapasiti serta keupayaan kontraktor tempatan untuk bersaing dengan kontrak asing.

Sementara itu, Judin berkata industri pembinaan negara yang mencatatkan pertumbuhan dua angka kali pertama sejak 1997 tahun lalu pada 18.5 peratus