Nasional
Syor lesen pertaruhan Piala Dunia dibantah
Oleh Shaarani Ismail, Haika Khazi, Haspaizi Mod Zin dan Norliza Wasilan
mfaizul@bharian.com.my
2010/05/08
Judi beri kesan negatif, imej buruk kepada negara dengan majoriti rakyat beragama Islam
KUALA LUMPUR: Cadangan kerajaan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan khususnya pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 mendapat tentangan banyak pihak termasuk pemimpin Umno kerana ia akan memberikan kesan negatif dan imej buruk kepada negara yang majoriti rakyatnya beragama Islam.
Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi, berkata cadangan berkenaan bukan saja menjejaskan imej kerajaan, malah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan yang mengiktiraf Islam sebagai agama rasmi.
“Kita sepatutnya berusaha untuk mengurangkan gejala judi dan juga pemberian lesen judi, walaupun secara sah atau haram, kegiatan judi ini banyak memberi kesan negatif kepada masyarakat. Sepatutnya kita cari jalan kurangkan budaya judi di negara ini,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Mohd Puad yang juga Timbalan Menteri Pelajaran, bimbang sekiranya perjudian sukan itu dibenarkan ia akan mempengaruhi generasi muda termasuk pelajar kerana ia adalah sukan nombor satu negara.
Semalam akhbar melaporkan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin, berkata kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengeluarkan lesen bagi pertaruhan sukan terutama kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 awal Jun ini, bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram.
Sementara itu, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria, berkata semua bentuk judi termasuk pertaruhan bola sepak sempena Piala Dunia adalah haram dalam Islam.
Harussani berkata, beliau tidak nampak langkah itu mampu membantu kerajaan menyelesaikan masalah penganjuran kegiatan perjudian bola tanpa lesen yang dikatakan akan berleluasa menjelang Piala Dunia.
Tokoh agama yang juga bekas penasihat agama Istana Negara, Datuk Abu Hassan Din al-Hafiz, pula berkata kerajaan tidak wajar meneruskan niat untuk mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama sempena Piala Dunia kerana langkah itu menggalakkan masyarakat termasuk umat Islam terjebak dengan kegiatan perjudian.
Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Mohamad Isa Abd Ralip, dalam kenyataan yang dikeluarkan semalam juga secara tegas membantah cadangan itu yang akan memberikan kesan negatif terhadap masyarakat.
Beliau berkata, sebarang bentuk pertaruhan adalah judi dan matlamat tidak boleh menghalalkan cara walaupun alasannya setiap hasil yang diterima boleh digunakan untuk pembangunan sukan dan ia juga menjadi suatu kesalahan mengikut undang-undang syariah di negara ini.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Nooh Gadut, berkata cadangan terbabit adalah tidak wajar dan bertentangan dengan ajaran Islam sekiranya ingin memperoleh kemakmuran.
Di KOTA BHARU, Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ahmad Shabery Cheek, berkata kementeriannya menyerahkan kepada kebijaksanaan Kementerian Kewangan untuk membuat pertimbangan bagi mengeluarkan lesen pertaruhan sukan terutama bola sepak Piala Dunia.
“Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,” katanya selepas Karnival Bola Sepak Kota Bharu Piala Datuk Fatmi 2010, di Maktab Sultan Ismail di sini, semalam.
Komen Anda
Terima kasih diatas penyertaan anda. Berita Harian berhak untuk tidak memaparkan sebarang komen yang menyentuh isu-isu sensitif dan yang berbentuk iklan komersial. Alamat IP anda akan direkodkan dan mungkin digunakan untuk menghalang penghantaran komen seterusnya jika melanggar peraturan yang ditetapkan.
Senarai komen
fazli puchong
yg haram akan tetap haram... kenapa perlu memberi imej seolah-olahnya judi itu sesuatu yg betul dan perlu digalakkan... sungguh kecewa
LeEpanServ@gmail.com
lesen pertaruhan Piala Dunia!! cukup lah dengan berkata 'INI NEGARA ISLAM'. tak masuk akal lah kalau tiba2 perjudian haram ni di beri lesen...ni cadangan Datuk Ahmad Shabery Cheek ke?
Soleh
Nak kena orang tak setuju baru nak kaji semula. Menteri Islam tak boleh fikir ke? Apa hal pon bukan rakyat di dahulukan. Tetapi Allah didahulukan, Islam didahulukan baru rakyat mendapat rahmat nergara menjadi makmor. Awat tak boleh pikir ke. Menteri Sukan Bukan jawab macam tu. Kata tak boleh. Awat takut kawan marah. Allah Marah tak takut.
adiputera
perjudian haram sebab tak ada lesen.. ada lesen halal lah... sukati dia je halalkan benda yang terang haram.
jangan benarkan pertaruhan beroperasi.ini adalah bentuk perjudian.
muiz abidin
Saya kecewa dgn kata-kata Datuk Ahmad Shabery Cheek, "Saya serah kepada Kementerian Kewangan, ini bukan aspek sukan tetapi pengawalan kegiatan perjudian yang semua tahu kegiatan perjudian adalah sekitar perlawanan bola sepak dan sukan lain,â� kerana beliau orang Islam dan judi itu haram. Sepatutnya beliau pelru membantah kerana kita di bumi Allah untuk menegakkan agama Allah, x kira apa cara sekalipun.
Harus diingatkan, atlamat tidak menghalalkan cara. Kalau niatnya mahu mengurangkan kegiatan perjudian haram, bermakna tindakan yg sepatutnya adalah memmbuat operasi mencari dan menangkap pesalahlah.
Kalau difikir logikpun, jika lesen diberikan, tetapa akan ada yang melaksanakan perjudian secara haram kerana ada premis judi yg x mahu melaksanakannya secara sah kerana tidak mahu bayar cukai premis dan sebagainya. Bermakna, makin bertambahlah tempat berjudi utk rakyat Malaysia.
saya hanya mengeluarkan pandangan berlandaskan Artikel 10 Perlembagaan Persekutuan berkaitan dengan kebebasan bersuara tanpa sebarang niat untuk provokasi dan menimbulkan isu sensitif masyarakat.
hakimi
matlamat tidak menghalalkan cara..
ikut ajaran ISLAM sebenarnya, hidup jadi aman dan tenteram
Hiken No Ace
Tengok je world cup tuh, nak pertaruhan tuh ape pasal. Aku nk tengok Malaysia masuk world cup itu jer.
jeme
bnda haram nk d hlalkan dgn kebenrn brlesen lak.!!!!
Fawid
"bertujuan untuk mengelak kegiatan perjudian haram",judi itu halal ke? cuba fikirkan semula
pemimpin
bantah sekeras2nya!!!!!
ramli
apa punya cadangan!!,cerdik sangat la tu!!matlamat tidak boleh menghalalkan cara!! kalau dah tau perjudian akan berlaku,pihak berkuasa perlulah lebih kreatif untuk membanterasnya!!!
riey
mohon berfikir terlebih dahulu sebelum mengeluarkan usul.. bimbang rakyat akan keliru...
Hazlin
Saya sebagai rakyat Malaysia, tidak setuju sama sekali dengan cadangan mengeluarkan lesen bagi pertaruhan dalam apa jenis sekali pun. Ini tidak wajar malah tidak masuk dek akal. Adakah anda akan sanggup menanggung dosa bersubahat dalam perjudian?? fikir-fikirkan...!