Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata daripada jumlah itu, sebanyak RM3.2 juta pinjaman diberi kepada 369 usahawan Kelantan pada Januari lalu.
“Lebih 5,000 peniaga India turut menjadi pelanggan TEKUN,” katanya selepas merasmikan Himpunan Komuniti Usahawan TEKUN Negeri Kelantan di Sekolah Kebangsaan Machang 2, di sini, semalam.
Seramai 14 usahawan menerima Anugerah Usahawan TEKUN Cemerlang sebagai dorongan, pengiktirafan dan penghargaan kepada usahawan TEKUN yang berjaya pada peringkat domestik dan global. - BERNAMA
