RAIS (kanan) bersalaman dengan peserta Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, semalam.
Jangan terlalu yakin
“RTM adalah hak rakyat dan ia boleh diguna untuk menjelaskan sesuatu perkara, tapi bukan satu saluran saja, ia mesti disertai pihak yang juga ada ilmu, nas dan pengalaman,” katanya kepada pemberita selepas Program Larian Tahun Baru 1Malaysia di Dataran Merdeka di sini, semalam.
Presiden PAS itu, katanya harus bersedia menerima pendapat orang lain dan forum itu akan dibuat dalam suasana yang sesuai.
Rais berkata, Hadi tidak boleh membuat tanggapan bahawa keputusan (Amanat Hadi Awang) yang beliau buat pada 1981, itu adalah muktamad.
Katanya, Hadi bukan ahli jawatankuasa fatwa atau majlis agama Islam negeri, sebaliknya hanyalah seorang ahli politik yang mengeluarkan pandangan sendiri dan pandangan itu pula berasaskan sentimen yang diselubungi politik.
"Sehingga kini, belum ada permohonan rasmi daripada Hadi tetapi segala perancangan untuk menyediakan rancangan berbentuk forum tanpa kehadiran penonton studio itu sedang berjalan," katanya.
Sidang akhbar terbuka
Rais mengulas hasrat Hadi yang mahu muncul di televisyen secara langsung selama sejam untuk menerangkan keadaan sebenar berhubung isu perpecahan umat Islam selepas mengeluarkan amanatnya yang mengkafirkan UMNO pada 1981, di Kuala Terengganu.
Di Putrajaya, Ketua Penerangan UMNO Datuk Ahmad Maslan pula mengesyorkan supaya Hadi mengadakan sidang akhbar terbuka atau melalui web TV mengenai amanatnya tanpa perlu memberi penjelasan secara langsung di stesen televisyen tempatan.
Ahmad berkata, tindakan Presiden PAS itu yang hanya mahu tampil di stesen televisyen tertentu seperti Radio Televisyen Malaysia (RTM) dan TV3, seolah-olah mempunyai agenda tersendiri.
“Mungkin ada tujuan tertentu. Tapi pada saya panggil sidang akhbar lagi ramai boleh datang. Ia boleh disiar secara langsung oleh segala web TV. Nak panggil stesen TV luar negara pun boleh,” katanya selepas merasmikan Kopitiam Killiney Putrajaya di sini, semalam.
Senarai Komen