Komander UPP kawasan Chuping, Asisten Superitendan Md Fawzie Aris, berkata kumpulan pertama yang seramai 38 orang ditahan kira-kira jam 8 malam tadi, manakala empat lagi pada jam 5.30 pagi.
Md Fawzie berkata, beliau percaya walaupun ditahan secara berasingan, mereka memasuki negara ini dalam kumpulan yang sama dengan membolosi kawasan pagar sempadan, iaitu kira-kira empat kilometer dari lokasi tangkapan.
Beliau berkata, kemasukan mereka ke negara ini diuruskan seorang tekong darat yang kemudian melarikan diri selepas menyedari kehadiran UPP di ladang itu.
Sementara itu, salah seorang wanita yang ditahan dan dikenali sebagai Thung Than mendakwa keperitan hidup di Myanmar menyebabkan dia tekad untuk ke negara ini.
Wanita berusia 22 tahun itu berkata, dia ingin bertemu suaminya yang sudah lama di sini bagi mengubah kehidupan melarat di negara sendiri.
Bagaimanapun, hasrat untuk bertemu suami yang bertugas di sebuah ladang di negara ini terbantut apabila ditahan UPP.
Mereka dibawa ke Kompleks UPP Chuping sebelum dirujuk kepada Imigresen untuk disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 kerana memasuki negara ini tanpa dokumen perjalanan yang sah.
- BERNAMA
