Volkswagen India  eksport komponen Vento, Polo Model Volkswagen Vento mempunyai permintaan tinggi di pasaran Asia Tenggara.
Volkswagen India Pvt Ltd akan mengeksport bahagian dan komponen Volkswagen Vento dan Polo ke Malaysia yang akan dipasangkan di kilang DRB-Hicom Bhd untuk pasaran tempatan.

Kilang Volkswagen di Pune mempunyai kecekapan kualiti dan boleh memenuhi keperluan untuk mengeksport bahagian dan komponen ke Malaysia," kata Ahli Lembaga Pengarah Pengurusan Jenama Kereta Penumpang Volkswagen, Hubert Waltl.
Malaysia adalah pasaran utama bagi Volkswagen di rantau Asia Tenggara, kata Waltl yang dipetik oleh Business Standard di New Delhi semalam.

Selain pasaran Malaysia, jika ada permintaan dari wilayah lain untuk bahagian dan komponen, kami sedia menampungnya," kata beliau.

Volkswagen India sudah mengeksport kereta dari kilang di Pune sejak setahun lalu sebagai unit siap dibina (CBU).

Ia dieksport ke pasaran seperti Afrika Selatan, Sri Lanka, Nepal, Bangladesh dan Malaysia.

BERNAMA