login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
6:10
13:30
16:47
19:29
20:39
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 23 Februari 2012
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Mutakhir
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Wanita maut kenderaan terbabas di LPT


2012/01/27

KUANTAN: Seorang wanita terbunuh selepas kenderaan yang dinaiki bersama suami dan anaknya terbabas di Kilometer 224 Lebuh raya Pantai Timur Kuantan-Kuala Lumpur dekat Bukit Goh di sini, hari ini.

Mangsa, Huee Wan Tin, 31, berasal dari Indera Mahkota mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala suaminya, Tan Pang Yoong, 32 dan anak lelaki mereka yang berusia dalam lingkungan setahun, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Pegawai Penguatkuasa Tadbir/Trafik Negeri, Asisten Superintendan Zainalabidin Othman, berkata dalam kejadian jam 1.40 tengah hari itu tiga beranak terbabit dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Kuala Lumpur.
"Kejadian berlaku apabila kenderaan yang dipandu suami mangsa tiba-tiba hilang kawalan lalu terbabas ke kiri sebelum merempuh pembahagi jalan.

"Jip yang dinaiki mangsa sekeluarga berpusing beberapa kali sehingga menyebabkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang belakang cedera parah dan maut di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk bedah siasat. - BERNAMA

SERTAI KAMI DI FACEBOOK
Artikel Lain
iklan iklan
iklan

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2012 - Berita Harian - The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker