Wujud saluran maklumat Lam Thye (kiri) menyerahkan cek kepada Ahmad Najmuddin untuk diserahkan kepada TWLD di Balai Berita, Kuala Lumpur, semalam. - Foto Mohammad Ersyad Jamaluddin
Elak rakyat terpengaruh pelbagai spekulasi

Kuala Lumpur: Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye menjadi antara individu terawal menyumbang kepada Tabung Wira Lahad Datu (TWLD) yang ditubuhkan Media Prima Berhad (MPB), kelmarin.
TWLD bermatlamat membantu meringankan beban dialami keluarga anggota keselamatan yang terbunuh dan tercedera dalam pertempuran dengan penceroboh di Kampung Tandou, Lahad Datu, Sabah, kelmarin.

Lam Thye turut berharap pihak berkuasa memastikan wujudnya satu saluran bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu. “Ia bertujuan memastikan rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan sesetengah pihak mengenai kejadian itu,” katanya.


Lam Thye berkata, beliau mengambil inisiatif memulakan sumbangan kepada TWLD bagi menghargai keberanian anggota keselamatan terbabit dalam memelihara kedaulatan negara.

“Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa begitu tersentuh dengan pengorbanan anggota keselamatan kita dan berharap seluruh lapisan masyarakat di negara ini tampil memberi bantuan kepada keluarga mereka melalui TWLD,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan cek sumbangan peribadi RM2,000 yang disampaikan kepada Pengarang Berita, New Straits Times (NST), Ahmad Najmuddin Ahmad Najib, di Balai Berita di sini, semalam.
Lam Thye turut berharap pihak berkuasa memastikan wujudnya satu saluran bagi membolehkan orang ramai mendapat maklumat tepat mengenai kejadian itu.

“Ia bertujuan memastikan rakyat negara ini tidak terpengaruh dengan pelbagai spekulasi yang ditimbulkan sesetengah pihak mengenai kejadian itu,” katanya

Orang ramai yang berhasrat menyumbang kepada TWLD boleh berbuat demikian menerusi akaun Maybank Sistem Televisyen Malaysia Berhad – 514271339000.