login|daftar
BH Facebook Komuniti ↓
WAKTU SOLAT Kuala Lumpur
SUBUH
ZUHUR
ASAR
MAGHRIB
ISYAK
5:50
13:14
16:16
19:17
20:26
SMS waktu solat
... kawasan lain
Khamis , 09 September 2010
bullet Set BH sebagai Laman Utama bullet Arkib Berita : Seminggu | Sejak 1991
PILIHAN ENJIN CARIAN
BH TwitterBH Facebook
Sukan
Cetak Artikel Cetak . E-mel Rakan Emel Rakan .

Zack bawa misi berbeza


2010/03/12

KETIKA bicara hangat tertumpu ke arah tahap kompetitif kunjungan Harimau Muda di Slovakia, penyerang muda, Wan Zack Haikal Wan Noor hanya mahu menumpukan terhadap misi memperbaiki dirinya di Liga Divisyen Satu negara itu.

Menurut penjaring gol tunggal skuad bawah 21 kebangsaan setakat ini, apa yang penting adalah pengalaman yang diraih dia dan rakan sepasukan ketika berdepan pemain yang lebih kuat daripada segi fizikal dan mental.
“Pasukan di sini memang kuat, bagi adik memang susah untuk mendapat pendedahan seumpama ini.
“Mengenai perkara lain, adik tak mau masuk campur..saya cuma datang ke sini dan bermain dan mencari pengalaman sebaik mungkin..kerana pasukan-pasukan kat sini semuanya kuat dari segi fizikal dan mental,” kata pemain berusia 18 tahun itu.

Tahap kompetitif aksi di Slovakia kini menjadi persoalan berikutan dakwaan anak buah Mohd Azraai Khor Abdullah hanya terbabit dalam siri perlawanan persahabatan dan bukan beraksi dalam liga sebenar seperti didakwa Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Segala persoalan mengenainya akan hanya terungkai sebaik tibanya, Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad ke tanah air dari Slovakia.

Peta Laman

Hak Cipta Terpelihara 2010 - Berita Harian Sdn. Bhd. Emel kami sebarang maklumbalas.
Resolusi paparan terbaik untuk laman web ini adalah 1024 x 768 tracker