TUNIS: Mahkamah Tunisia menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas bekas Presiden, Zine El Abidine Ben Ali didapati bersalah bertindak terhadap penunjuk perasaan di negara berkenaan.
Bekas Menteri Dalam Negeri, Rafik Belhaj Kacem dan beberapa yang lain bersubahat dihukum sehingga 15 tahun penjara tetapi beberapa pemimpin utama lain dilepaskan dan menyebabkan kemarahan di kalangan keluarga mangsa.
Pihak pendakwaraya memohon supaya hukuman mati dijatuhkan terhadap Ben Ali yang meninggallkan negara itu selepas digulingkan dan tinggal dalam buangan di Arab Saudi, didapati bersalah membunuh 22 orang ketika cuba mengetatkan kawalan di bandar tengah iaitu Thala dan Kasserine. - AFP
PUTRAJAYA: Kehilangan 133,000 MyKad dalam tempoh tiga bulan iaitu dari Januari hingga Mac tahun ini menimbulkan kebimbangan kepada kerajaan, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
PUTRAJAYA: Balu pengasas pertubuhan yang diharamkan pada 1994, Al-Arqam, Hatijah Aam atau Ummu Jah dijangka didakwa di Mahkamah Rendah Syariah daerah Gombak, Selangor 22 Nov depan atas pertuduhan memimpin, menyebar dan menghidupkan semula ajaran sesat pertubuhan itu.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) dan parti pakatan pembangkang, masing-masing sedang mengkaji rancangan untuk memfail petisyen atau bantahan berhubung keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) pada 5 Mei lalu.
KUALA LUMPUR: Mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-13 akan berlangsung selama 16 hari bermula 24 Jun, selepas pilihan raya umum ke-13 diadakan pada 5 Mei lalu.
PUTRAJAYA: Ahli Parlimen Pandan, Mohd Rafizi Ramli akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen bagi tuduhan melanggar Akta Bank dan Institusi-institusi Kewangan (BAFIA) kerana didakwa mendedahkan maklumat sulit perbankan berkaitan isu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC).
PUTRAJAYA: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yakin polis mempunyai bukti dan asas kukuh untuk menahan Tamrin Abdul Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim, tengah hari tadi.
PUTRAJAYA: Enam Majlis Agama Islam Negeri dan sebuah persatuan dibenar menjadi pencelah dalam pertikaian berkaitan penggunaan kalimah 'Allah' oleh majalah mingguan Katolik, The Herald.
PETALING JAYA: Bekas Ketua Cabang Puchong Parti Keadilan Rakyat (PKR), S Murali dipenjara 18 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah menghalang tugas seorang guru besar, dua tahun lalu.
KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di ibu negara akan ditutup mulai jam 7 malam hingga 12 tengah malam esok bagi perarakan kereta berhias sempena perayaan Hari Wesak.
BALING: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya Kedah, Datuk Tajul Urus Md Zin hari ini meluahkan rasa kesal atas tindakan Rektor Kolej Universiti Insaniah (KUIN), Datuk Dr Jamil Osman yang meletak jawatan secara mendadak.
KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia ditutup rendah berikutan banyak jualan saham berwajaran tinggi sejajar dengan penurunan di pasaran serantau, kata peniaga.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di Taman Keramat di sini hari ini, mengesahkan perceraian komposer terkenal, Fauzi Marzuki serta pasangannya Hashimah Ramli, dengan talak satu.
KUALA LUMPUR: Semua rakyat Malaysia perlu bekerjasama untuk menjaga dan memulihara keamanan di negara ini, kata Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek.
PUTRAJAYA: Nombor pendaftaran kenderaan bagi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur akan bermula dengan siri nombor baharu iaitu W (nombor 1 sehingga 9999) dan berakhir A, dijangka pada Julai depan, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, hari ini.
KUALA LUMPUR: Pihak polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat punca kematian tahanan ketika berada di lokap Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada 21 Mei lalu.
KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) merampas 2,540 akhbar tabloid pembangkang dalam operasi di seluruh negara semalam kerana melanggar Akta Mesin Cetak dan Penerbitan (Pindaan) 2012.
KUALA LUMPUR: Barisan Nasional (BN) sedang mengkaji untuk memfail petisyen atau bantahan terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang berlangsung 5 Mei lalu.
KUALA LUMPUR: Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh mengesahkan penahanan Tamrin Abdul Ghafar, Tian Chua dan Haris Ibrahim tengah hari tadi mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan.
BEIJING: Malaysia terus menjadi rakan dagang terunggul China dalam ASEAN, dengan peningkatan perdagangan dua hala sebanyak 23.9 peratus tahun ke tahun antara kedua-dua negara kepada AS$33.88 bilion (RM102.21 bilion) dalam suku pertama tahun ini.
KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mahu semua persatuan bola sepak negeri mewujudkan jawatankuasa integriti masing-masing bagi mengekang gejala mengatur perlawanan yang kembali menular.
HULU TERENGGANU: Kementerian Komunikasi dan Multimedia akan mengadakan pertemuan dengan penyedia perkhidmatan telekomunikasi bagi membincangkan peranan lebih besar yang boleh dimainkan mereka.
GEORGETOWN: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa kerajaan Perak mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menceroboh kawasan rizab Tasik Bukit Merah dengan menjadikannya ladang kelapa sawit.
KUALA LUMPUR: Harga saham di Bursa Malaysia meneruskan penurunannya sehingga tengah hari ini berikutan penjualan berterusan dalam saham wajaran tinggi setelah kerugian di pasaran serantau mempengaruhi pelabur.
KUALA KETIL: Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Raya negeri, Datuk Tajul Urus Mat Zain, sahkan Prof Datuk Dr Jamil Osman, serah surat letak jawatan sebagai Rektor KUIN Selasa lalu.
KULIM: Kerajaan Kedah akan menangani masalah bekalan elektrik dan air di kawasan Perusahaan Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dalam masa terdekat, bagi memberi keselesaan kepada pengilang di situ.
IPOH: Dua anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini terhadap dua pertuduhan iaitu meminta dan menerima rasuah membabitkan wang tunai RM15,000.