Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:38 | Subuh 05:48 | Syuruk 07:06 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Selasa , 21 Mei 2013,

BERSIH 2.0


RUANG bagi mengerjakan solat disediakan untuk tahanan BERSIH. - Foto PDRM
  • RUANG bagi mengerjakan solat disediakan untuk tahanan BERSIH. - Foto PDRM
  • PENYOKONG BERSIH bertindak balas berikutan anggota polis melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka pada perhimpunan di Kuala Lumpur hari ini.  - Foto Effendy Rashid
  • MAKANAN disediakan kepada semua tahanan BERSIH. - Foto PDRM
  • PROSES dokumentasi tahanan BERSIH berjalan dalam suasana yang selesa dan profesional. - Foto PDRM
  • RAWATAN disediakan bagi tahanan BERSIH yang kurang sihat. - Foto PDRM
  • KUMPULAN Patriot turut berhimpun bagi menentang perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini. -  Foto Mohd Aneyzam Aiap
  • Proses dokumentasi sedang berjalan. - Foto PDRM
  • ANGGOTA Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) bersiap sedia untuk mententeramkan keadaan ketika perhimpunan BERSIH 2.0 di Kuala Lumpur hari ini. - Foto Mohd Aneyzam Aiap
  • PENASIHAT PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral. - Foto Amran Hamid
  • AHLI Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid
  • PENYOKONG BERSIH tidak berganjak ketika berhimpun berdekatan Puduraya, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Aizuddin Saad
  • PERSIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang ditahan polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid
  • PENGERUSI BERSIH, Datuk S Ambiga dipapah selepas terkena gas pemedih mata ketika menyertai perhimpunan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid
  • SEBAHAGIAN penyokong BERSIH bertindak menyerang kenderaan anggota keselamatan pada perhimpunan di hadapan Menara Maybank Jalan Tun Perak hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • PENYOKONG berasak-asak ketika menyertai perhimpunan BERSIH di sekitar Puduraya, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Intan Nur Elliana Zakaria
  • SEBAHAGIAN penyokong yang berjaya ditahan anggota polis ketika menyertai perhimpunan BERSIH hari ini. - Foto NSTP
  • PENYOKONG BERSIH menendang gas pemedih mata ke arah anggota polis di Jalan Melayu berdekatan Dataran Merdeka hari ini. - Foto Effendy Rashid
  • SEBAHAGIAN penyokong perhimpunan BERSIH melarikan diri selepas anggota polis melepaskan gas pemedih mata di Puduraya hari ini. - Foto Aizuddin Saad
  • SEBAHAGIAN penyokong perhimpunan BERSIH di Stesen Keretapi Tanah Melayu, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Saifullizan Tamadi
  • RIBUAN penyokong BERSIH berarak dari Jalan Bukit Bintang ke Dataran Maybank pada perhimpunan BERSIH 2.0 hari ini. - Foto Supian Ahmad
  • PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari PAsar Seni hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • ANGGOTA keselamatan terpaksa melepaskan gas pemedih mata ke arah penyokong perhimpunan BERSIH 2.0 di Dataran Merdeka berhampiran pejabat majlis Peguam di Kuala Lumpur sebentar tadi bagi mengawal keadaan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PENYOKONG perhimpunan BERSIH 2.0 menuju ke Dataran Merdeka dari Pasar Seni sebentar tadi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KENDERAAN Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) mula menutup laluan dari Dataran Merdeka menghala ke Masjid Negara bagi mengawal penyokong perhimpunan Bersih di sekitar Dataran Merdeka hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • ORANG Kelainan Upaya (OKU) bertanyakan sesuatu pada anggota polis ketika melintasi barisan kawalan polis di Jalan Tuanku Abdul Rahman berikutan perhimpunan BERSIH 2.0 sekitar Kuala Lumpur hari ini. - Foto Abdullah Yusof
  • ANGGOTA polis menahan dan memeriksa kenderaan dari arah Shah Alam menuju ke Subang melalui Lebuhraya Persekutuan sempena perhimpunan BERSIH hari ini. - Foto Intan Nur Elliana
  • SEBAHAGIAN suspek yang dipercayai pelajar IPT cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam stesyen LRT berikutan BERSIH 2.0 di Kampung Baru hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • ANGGOTA polis menahan beberapa suspek yang dipercayai pelajar IPT cuba melarikan diri dengan masuk ke dalam stesen LRT berikutan BERSIH 2.0 di Kampung Baru hari ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • ORANG ramai yang dipercayai penyokong BERSIH keluar dari perkarangan Masjid Negara di Kuala Lumpur hari ini. - Foto BERNAMA
  • ANTARA suspek dipercayai penyokong BERSIH ditahan pihak berkuasa di Jalan Tun Perak hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • ANTARA suspek dipercayai penyokong BERSIH ditahan bersama bahan bukti baju kuning BERSIH di Kampung Baru hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • KESESAKAN jalan raya berlaku di jalan Tun Razak menuju Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) berikutan perhimpunan BERSIH hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANTARA pelajar wanita yang ditahan kerana membawa garam untuk memulihkan mata sekiranya terkena gas pemedih mata dalam operasi perhimpunan BERSIH di hadapan The Mall, Kuala Lumpur hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANTARA suspek yang ditahan dipercayai penyokong BERSIH di hadapan Muzium Negara hari ini. - Foto Syarafiq Abd Samad
  • PESERTA perhimpunan BERSIH melakukan solat hajat di Masjid Negara sebelum diarah bersurai oleh polis. - Foto Yahya Zain
  • PESERTA perhimpunan BERSIH melakukan solat hajat di Masjid Negara sebelum diarah bersurai oleh polis. - Foto Yahya Zain
  • ANTARA suspek yang ditahan dipercayai terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 yang ditangkap di Masjid Negara.  - Foto Saifullizan Tamadi
  • ANTARA suspek yang ditahan dipercayai terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 ditahan di Kampung Baru hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • BEBERAPA suspek dipercayai terbabit dengan perhimpunan BERSIH 2.0 ditahan di Kampung Baru hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • ANGGOTA polis memeriksa tiga orang wanita yang disyaki peserta perhimpunan BERSIH di Jalan Tuanku Abdul Rahman hari ini. - Foto Abdullah Yusof
  • ANGGOTA polis menahan orang ramai yang disyaki terbabit dalam perhimpunan BERSIH sebagai langkah pencegahan di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid
  • ANGGOTA polis memeriksa beg penumpang kereta api sebagai langkah pencegahan perhimpunan BERSIH 2.0 di KL Sentral hari ini. - Foto Amran Hamid
  • PELANCONG terpaksa mengusung beg mencari kenderaan awam untuk ke KLIA ketika melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman selepas kenderaan awam dilarang memasuki pusat bandar berikutan BERSIH 2.0 pagi ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA PGA membuat persiapan meletakkan penghadang jalan dan memasang jaring di jalan yang menuju ke Stadium Merdeka bagi menghalang perhimpunan haram BERSIH 2.0 pagi ini. - Foto Chan Wai Yew
  • PENIAGA pasar Chow Kit mengeluh kerana tiada pelanggan yang datang selepas jalan memasuki pusat bandar ditutup berikutan perhimpunan BERSIH pagi tadi. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA polis menerima arahan memulakan kawalan pada perhimpunan BERSIH di sekitar Kuala Lumpur pagi ini. - Foto Aizuddin Saad
  • HELIKOPTER PDRM meninjau kawasan sekitar Kuala Lumpur berikutan BERSIH 2.0 pagi ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • PIHAK polis menutup jalan di sekitar KLCC bagi menghalang perhimpunan BERSIH 2.0 yang dijangka diadakan hari ini. - Foto Mohd Khairul Helmy
  • ANGGOTA polis menutup semua laluan ke Masjid Kampung Baru di Jalan Raja Alang berikutan BERSIH 2.0 pagi ini. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • ANGGOTA polis mengawal kawasan sekitar di Masjid Kampung Baru berikutan BERSIH 2.0. - Foto Fariz Iswadi Ismail
  • ANGGOTA PGA berdoa sebelum memulakan kawalan di Stadium Merdeka berikutan perhimpunan BERSIH yang dikatakan bakal diadakan di stadium berkenaan hari ini. - Foto Hazreen Mohamad
  • ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui Jalan Tuanku Abdul Rahman sebagai langkah berjaga-jaga menjelang perhimpunan BERSIH sekitar Kuala Lumpur pagi tadi. - Foto Abdullah Yusof
  • KEADAAN di luar Stadium Merdeka tenang tanpa sebarang aktiviti yang membabitkan perhimpunan BERSIH pagi ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • SUASANA tenang di Masjid Jamek awal pagi tadi. - Foto  Supian Ahmad
  • SUASANA tenang di Masjid Jamek awal pagi tadi. - Foto  Supian Ahmad
  • ANGGOTA PGA membuat kawalan di Stadium Merdeka malam tadi berikutan perhimpunan BERSIH yang dikatakan bakal diadakan di stadium berkenaan hari ini. - Foto Hazreen Mohamad
  • ANGGOTA keselamatan memasang palang penghadang di kawasan KLCC malam tadi sebagai langkah berjaga-jaga untuk perhimpunan BERSIH yang akan di adakan hari ini. - Foto Lim Poh Chin
  • ANGGOTA RELA membuat kawalan keselamatan sekitar Lebuh Ampang apabila polis mengumumkan penutupan laluan ke Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi perhimpunan haram BERSIH 2.0 sekitar Kuala Lumpur. - Foto Aizuddin Saad
  • POLIS mula mengadakan sekatan jalan raya selepas tengah malam di simpang Jalan Travers ke Muzium Negara malam tadi. - Foto Yahya Zainuddin
  • KEADAAN lengang di Jalan Istana disebabkan pihak berkuasa menutup laluan kepada semua jenis kenderaan menuju ke Jalan Istana selepas jam 12 malam tadi. - Foto Zulfadhli Zulkifli
  • BERLAKU ketegangan di antara polis dengan pengguna jalan raya yang tidak berpuashati dengan sekatan jalan raya yang dilakukan oleh polis.  - Foto  Saifullizan Tamadi
  • KEADAAN lengang dan tenang sepanjang jalan Tun Perak menuju ke Dataran Merdeka apabila polis mengumumkan penutupan laluan ke Kuala Lumpur sebagai langkah berjaga-jaga menghadapi perhimpunan haram BERSIH 2.0 sekitar Kuala Lumpur tengah malam tadi. - Foto Aizuddin Saad
  • KESESAKAN lalu lintas di jalan hadapan Sunway berikutan anggota polis melakukan pemeriksaan ke atas kenderaan yang melalui Jalan Kemajuan SS19 Subang Jaya malam tadi, sebagai langkah berjaga-jaga menjelang perhimpunan BERSIH sekitar Kuala Lumpur yang bermula esok. - Foto Abdullah Yusof

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.