Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:37 | Subuh 05:47 | Syuruk 07:05 | Zohor 13:14 | Asar 16:29 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Jumaat , 24 Mei 2013,

Banjir 4 negeri


MOHD Farhan, 18 dan Mohd Farid, 20 (dua dari kiri) berusaha menyelamatkan lembunya daripada mati lemas akibat banjir yang melanda Kampung Pogoh 2, hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • MOHD Farhan, 18 dan Mohd Farid, 20 (dua dari kiri) berusaha menyelamatkan lembunya daripada mati lemas akibat banjir yang melanda Kampung Pogoh 2, hari ini. - Foto Sairien Nafis
  • LAUTAN AIR ... Pemandangan kawasan perkampungan yang dilanda banjir di daerah Kluang ketika tinjauan dari udara oleh Skuadron Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) untuk menghantar bekalan makanan ke kawasan yang terputus hubungan, hari ini. - Foto BERNAMA
  • PINDAH...Penduduk sibuk menyelamatkan barang-barang berharga mereka daripada hanyut dibawa arus ketika tinjauan di Kampung Bukit Serok, hari ini. - Foto BERNAMA
  • KEADAAN sekitar pekan dan laluan kereta api yang ditenggelami air sebelum ini sudah kembali pulih selepas air mulai surut dan operasi harian berjalan seperti biasa di Kampung Paya Pulai Segamat, hari ini. - Foto BERNAMA
  • SEBAIK saja tiba daripada lawatan rasmi ke Abu Dhabi, Emiriah Arab Bersatu (UAE), Datuk Seri Najib Razak (gambar kecil) terus memulakan tugas dengan membuat tinjauan udara sekitar kawasan banjir di Segamat dan Labis, Johor, semalam. Najib turut melawat pusat pemindahan banjir dan mengumumkan kerajaan memberi wang ihsan kepada mangsa banjir seluruh negara. - Foto Effendy Rashid/BERNAMA
  • SEBUAH trak tentera yang digunakan untuk memindahkan mangsa dan barangan terbalik ketika meredah banjir di jalan Pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • KEADAAN banjir di Segamat ketika membuat tinjauan udara, baru-baru ini. - Foto Effendy Rashid
  • TINJAUAN dari udara menunjukkan keadaan banjir di sekitar Segamat, Johor, hari ini. - Foto Effendy Rashid
  • KAKITANGAN Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengagihkan bantal kepada mangsa banjir di Sekolah Kebangsaan Asahan, Jasin, berikutan banjir yang melanda seluruh negeri, baru-baru ini. - Foto Rasul Azli Samad
  • HUJAN lebat sejak kelmarin menyebabkan kawasan sekitar Bandar Alor Gajah dilanda banjir kilat mengakibatkan jambatan Sungai Pengkalan di Kampung Pengkalan ditenggelami air. Keadaan itu menyebabkan beribu-ribu pengguna jalan raya yang menuju ke Bandar Alor Gajah, Masjid Tanah dan Bandar Melaka terpaksa berpatah balik selain ramai yang terpaksa mengambil cuti kecemasan. - Foto Shukor Kasim
  • LUMPUH...Aktiviti harian penduduk daerah Segamat terjejas akibat hujan berterusan yang mengakibatkan banjir teruk melanda pekan itu, hari ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
  • HUJAN yang berterusan mengakibatkan paras air sungai meningkat mendadak sehingga ke tahap bahaya dan berlakunya banjir di pekan Segamat, baru-baru ini. - Foto Khairil Faizi Jamian
  • SALAH seorang mangsa banjir, Zainudin Ahmid, 45, berusaha memindahkan barangan elektrik di rumahnya yang ditenggelami air di Kampung Gadek dekat Alor Gajah, baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah Nasri
  • ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan salah seorang penduduk yang terperangkap di rumahnya dalam kejadian banjir yang melanda di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah, baru-baru ini.- Foto Mohd Jamah Nasri
  • ANGGOTA bomba dan penyelamat berusaha menyelamatkan salah seorang penduduk warga emas, Sekdah Mamad, 76  yang terperangkap di rumahnya di Kampung Gadek dalam dekat Alor Gajah, baru-baru ini. - Foto Mohd Jamah Nasri
  • PENIAGA membersihkan premis perniagaan dan mengasingkan barangan yang rosak dan kotor selepas banjir melanda Pekan Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • PEMANDU kereta Perodua Kelisa memberanikan diri meredah air banjir di persimpangan Plaza Kota Tinggi, baru-baru ini. - Foto NSTP
  • ORANG ramai terpaksa menggunakan laluan kereta api untuk ke Pekan Segamat ekoran jalan utama ke pekan berkenaan dinaiki air akibat banjir. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • TENGGELAM...Banjir yang melanda Stesen Keretapi Gemas hari ini lebih teruk berbanding 2006 sehingga menyebabkan sebahagian besar laluan kereta api di sekitarnya ditenggelami air. - Foto Owee Ah Chun
  • KEADAAN Kampung Bukit Asahan yang dilanda banjir selepas hujan berterusan selama dua hari di Bukit Asahan, Asahan Jasin,  baru-baru ini. - Foto Rasul Azli Samad
  • OPERASI menyelamat mangsa banjir yang juga pengundi oleh Jabatan Pertahan Awam di Ladang Voueles pada Pilihanraya Kecil DUN Tenang, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • ANTARA kenderaan yang terperangkap dalam kesesakan akibat jalan di hadapan Balai Polis Tenang dinaiki air selepas hujan lebat berterusan melanda Labis, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • PASUKAN keselamatan membantu memindahkan penduduk menggunakan bot di Kampung Kangkar Tebrau selepas kampung itu dilanda banjir semalam. - Foto Roslan Khamis
  • PELUMBA Le Tour De Langkawi 2011 (LTdL) terpaksa meredah banjir ketika saingan peringkat ke-8 dari Kuala Pilah ke Jasin sejauh 156.5 KM, baru-baru ini.
  • SEORANG pemilik kenderaan menolak keretanya selepas terperangkap di Pekan Labis akibat banjir berikutan hujan lebat turun sejak dua hari lalu. - Foto Hasan Ismail
  • BANJIR... Keadaan pekan Labis agak lengang berikutan banjir yang melanda pekan itu akibat hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu. - Foto BERNAMA
  • ORANG ramai membantu mengeluarkan kenderaan panel Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang tersangkut dalam banjir ketika membuat pemantauan sekitar pusat pembuangan undi di Kampung Sawah Baru, baru-baru ini. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • ANGGOTA keselamatan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan selepas hujan berterusan di Kampung Lembah Bakti pada Pilihanraya kecil DUN Tenang, baru-baru ini. Foto Rosdan Wahid
  • SEBAHAGIAN penduduk Ladang North, Labis terkandas selepas laluan utama ke ladang itu dinaiki air akibat hujan lebat berterusan. - Foto Mohd Yusni Ariffin
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, menyampaikan bantuan kewangan kepada mangsa banjir, Abu Manap, 83, ketika melawat Kampung Lembah Bakti, Tenang, Labis, baru-baru ini. - Foto BERNAMA
  • CALON BN, Mohd Azahar Ibrahim meredah banjir di Kampung Paya Merah Lama ketika berkempen bertemu pengundi di situ. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KETUA Pergerakan Pemuda Umno Johor, Mohd Fadil Muskon (baju merah) bersama pemuda mencuci rumah mangsa banjir di Kampung Lembah Bakti, baru-baru ini. - Foto Zulkarnain Ahmad Tajuddin
  • CALON PAS, Normala Sudirman, bersama suami, Maarof Abd Mutalib, 45, meredah banjir dalam usaha meraih undi daripada penduduk di Kampung Lembah Bakti yang dinaiki air. - Foto Nurul Shafina Jemenon
  • ADUN Sedili, Rasman Ithnain (dua dari kiri) menyerahkan bungkusan makanan kepada Ketua UMNO Cawangan Kampung Lembah Bakti, Ahmad Abdul Rani (tiga dari kiri) untuk diedarkan kepada mangsa banjir di Kampung Lembah Bakti, Tenang Stesen di sini, hari ini. Foto BERNAMA
  • BASRAH Mohamad, 46, menyelamatkan barangan berharga selepas rumahnya ditenggelami air akibat hujan lebat berterusan di Kampung Lembah Bakti, baru-baru ini. - Foto Sairien Nafis
  • NORAINI UJANG, 29 (kiri) menyelamatkan musang peliharaannya daripada lemas selepas banjir melanda Kampung Lembah Bakti akibat hujan berterusan. - Foto Sairien Nafis
  • CALON Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim melawat mangsa banjir di Kampung Lembah Bakti ketika berkempen pada pilihan raya kecil DUN Tenang, baru-baru ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah.
  • PENDUDUK Kampung Lembah Bakti menunggu bantuan tiba selepas kampung mereka dilanda banjir akibat hujan berterusan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PENDUDUK Kampung Lembah Bakti mengharungi banjir akibat hujan berterusan. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PENDUDUK kampung Bukit Asahan terpaksa menggunakan sampan untuk berpindah ke pusat pemindahan banjir ketika banjir melanda Jalan Bukit Asahan, Asahan, Jasin di sini semalam. - Foto Rasul Azli Samad
  • PENDUDUK mengharungi air banjir selepas kawasan Kampung Paya Merah Lama, Labis yang dinaiki air selepas hujan lebat sejak semalam. - Foto Zain Ahmed.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.