Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:37 | Subuh 05:47 | Syuruk 07:05 | Zohor 13:14 | Asar 16:30 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Sabtu , 25 Mei 2013,

Pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi


AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
  • AHLI Parlimen Batu Sapi, Datin Linda Tsen Thau Lin menandatangani buku sumpah Ahli Dewan Rakyat selepas mengangkat sumpah di Parlimen, di Kuala Lumpur, hari ini. - Foto BERNAMA
  • AHLI Parlimen Batu Sapi yang baru, Datin Linda Tsen Thau Lin mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Rakyat di Parlimen, Kuala Lumpur, hari ini. Tsen, 54, yang juga Naib Ketua Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS) menjadi Wakil Rakyat setelah memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Khamis lalu. - Foto BERNAMA
  • CALON Barisan Nasional,  Datin Linda Tsen Tsau Lin yang memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dijulang Puteri Umno yang turut hadir ketika pengiraan undi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (empat dari kiri) bersama-sama penyokong-penyokong BN yang lain mengangkat tangan calon Barisan Nasional (BN), Datin Linda Tsen Tsau Lin (dua dari kiri) di atas kejayaan beliau memenangi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (tengah) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (kiri) beramah mesra dengan  calon SAPP Datuk Seri Yong Teck Lee bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) dan Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah (dua dari kiri) sempat beramah mesra dengan calon Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah bagi pilihanraya kecil Parlimen Batu Sapi ketika pengiraan undi di jalankan di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • DATIN Linda Tsen Thau Lin dari Barisan Nasional mengangkat tangan ketika di umumkan sebagai Ahli Parlimen Batu Sapi oleh Pegawai Pengurus, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kiri) sambil diperhatikan calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan calon PKR, Ansari Abdullah di Pusat Perjumlahan Undi, Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan.  - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR meletakkan peti undi dan dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR membewa peti undi untuk dipamerkan di atas pentas di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • PETI undi dibawa masuk ke Dewan Masyarakat Sandakan bagi proses penjumlahan undi pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
  • CALON PKR, Ansari Abdullah (kiri) tiba di Pusat Penjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON SAPP, Datuk Yong Teck Lee beramah mesra dengan warga emas, Lee Choi Sim, 86, yang datang mengundi di SJK (C) Pei Ying, Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • PENGUNDI menaiki bot yang disediakan Barisan Nasional untuk ke Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof beramah mesra bersama pengundi ketika meninjau Pusat Pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang. - Foto Rosdan Wahid
  • PEGAWAI SPR membantu warga emas, Ansarulah Ajan, 80, dan Sharipha @ Sarif Mene @ Hamarul, 76, ketika proses pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersalam dengan orang ramai sambil disaksikan Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman ketika melawat sekitar suasana pengundian di SJK (C) Pei Ying, Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • PENYOKONG PKR di jeti Kampung Tronglit ketika mengundi di Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA keselamatan dari Unit Khas PDRM memantau suasana di sekitar perairan Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang. - Foto Rosdan Wahid
  • WARGA emas Asiah Basah, 89, di angkat Petugas BN untuk ke kaunter semakan saluran mengundi di Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGUNDI beratur menunggu giliran menyemak daftar pemilih di barung SPR, Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang yang di tutup pada jam 3 petang, lebih awal dari pusat pengundian yang lain pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • HELIKOPTER PDRM meninjau dari ruang udara perjalanan proses pembuangan undi di Sekolah Kebangsaan Segaliud pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
  • PENYOKONG Barisan Nasional mengambil payung yang diberikan petugas BN di luar Pusat Pembuangan Undi Sekolah Kebangsaan GAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENYOKONG parti bertanding berhimpun di luar Pusat Pembuangan Undi  Sekolah Kebangsaan GAS pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGUNDI keluar membuang undi pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud. - Foto Sairien Nafis
  • PENGUNDI beratur panjang menunggu giliran untuk membuang undi pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud. - Foto Sairien Nafis
  • PENGUNDI beratur panjang menunggu giliran untuk membuang undi pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di pusat membuang undi Sekolah Kebangsaan Segaliud. - Foto Sairien Nafis
  • ANGGOTA Pasukan Gerak Am (PGA) memeriksa set radio di Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang yang akan di tutup jam 3 petang, lebih awal dari pusat pengundian yang lain pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR membuat persiapan di Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang yang akan di tutup jam 3 petang, lebih awal dari pusat pengundian yang lain pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PEGAWAI dan petugas SPR membawa peti dan kertas undi keluar dari bot setelah sampai di Pusat Pembuangan undi Sekolah Kebangsaan Pulau Timbang yang akan di tutup jam 3 petang, lebih awal dari pusat pengundian yang lain pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR membawa peralatan mengundi ke Dewan Masyarakat sebelum diagihkan kepada KTM  menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR membawa kertas undi keluar dari lokap IPD Sandakan sambil diperhatikan pegawai polis untuk dibawa ke Dewan Masyarakat sebelum diagihkan kepada KTM  menjelang Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin sempat melihat akhbar Berita Harian yang berkaitan liputan mengenai pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi selepas jamuan makan tengahari di kediaman Ketua Menteri, Sri Libaran. - Foto Sairien Nafis
  • KAKITANGAN Jabatan Penerangan mempamerkan tempat mengundi bagi penduduk Kampung Lupak Meluas Laut untuk pilihan raya kecil Batu Sapi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • KETUA Pemuda BN, Khairy Jamaludin beramah mesra bersama pengundi sambil mengedar risalah rancangan Malaysia ke-10 ketika berkempen di Bandar Nantung menjelang pilihan raya kecil di Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA keselamatan beratur menunggu giliran membuang undi pos di Pusat Mengundi Undi Pos Batalion 15 Pasukan Gerak Am (PGA), Sandakan pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. Seramai 1,615 pengundi pos termasuk petugas pilihan raya akan menunaikan tanggungjawab membuang undi pos. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA keselamatan, Sarjan Abdul Rahman Kassim, 52, membawa bersama anaknya, Nur Izzatul Shuhada, 14 bulan, membuang undi pos di Pusat Mengundi Undi Pos Batalion 15 Pasukan Gerak Am (PGA), Sandakan pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENDUDUK Kampung Gas menerima sumbangan zink menjelang pilihan raya kecil di Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON SAPP, Datuk Yong Teck Lee berteduh kerana hujan sebelum memulakan kempen pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Taman Mawar. - Foto Sairien Nafis
  • ASKAR Wataniah melalui jejantas yang dihiasi bendera parti bertanding di Jalan Leila yang berhampiran Dewan Masyarakat menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman (dua dari kiri) menyaksikan penyerahan replika cek peruntukan khas kepada masjid dan surau di Parlimen Batu Sapi bernilai RM400,000  di Masjid Daerah Sandakan.  - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin bermesra bersama Indah Woh, 36, dan Norliana Darwis, 27, (kanan) penduduk di Taman Mawar ketika berkempen dari rumah ke rumah ketika pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • PEGAWAI Yang Bertanggungjawab (PYP) Leftenan Kolonel Khairil Anuar membawa kertas undi pos sambil diiringi anggota TLDM bersenjata ketika mengambil peralatan undi pos di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • PEGAWAI SPR memasang pelekat keselamatan pada peti undi pos sebelum diserahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab sambil diperhatikan ejen parti bertanding di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • PENOLONG Pegawai Pengurus Bahagian undi Pos, Aliasara (tengah) dibantu petugas SPR, Noor Fazilah Ali Hasan (kanan) memeriksa sampul surat undi pos sebelum di serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR menjalankan proses pemeriksaan peralatan berkaitan undi pos sambil diperhatikan ejen parti bertanding di Pusat Perjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • KETUA Pemuda Parti Maju Sabah (SAPP), Edward Dagul mendekati calon PKR, Ansari Abdullah yang hadir untuk mendengar debat antara calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee dengan Datuk Seri Musa Aman. Walaubagaimanapun tidak menjadi kenyataan apabila Ketua Menteri tidak hadir sehingga sesi ditutup jam 2 petang. - Foto Edmund Samunting
  • CALON SAPP, Datuk Yong Teck Lee ketika berkempen di dewan Hakka di Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin (dua dari kiri) bersama Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil beramah mesra bersama penduduk Kampung Bokara, Syed Karama Syed Omar, 81, dan isterinya Muhibat Nasir, 67, (kanan) ketika berkempen sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • SUKARELAWAN MCA membantu pengundi membuat semakan daftar pemilih di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SAPP di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS Barisan Nasional (BN) Bahagian Beluran bersama jentera BN tempatan menghantar risalah mengenai parti dari rumah ke rumah di Kampung Tanah Merah menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi sepanjang jalan masuk ke pekan Batu Sapi menjelang pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • AJK Kampung Istimewa dan penduduk bersama kain rentang yang melarang parti pembangkang memasuki kampung mereka pada pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENOLONG Pegawai Pengurus Bahagian Undi Pos, Sapiah Aliasara (tengah) menerima kertas undi pos yang dibawa Pegawai SPR dari Miri, Falijah Ahmad (kanan) sambil diperhatikan anggota polis di Lapangan terbang Sandakan sebelum dibawa ke Majlis Daerah Sandakan dan kemudiannya di serahkan kepada pegawai bertanggungjawab. Seramai 1,535 undi pos tidak termasuk jumlah pegawai SPR yang bertugas pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS SPR menyusun poster dan peraturan undi pos yang baru tiba di Majlis Daerah Sandakan sebelum diagihkan kepada pegawai yang bertanggungjawab. Seramai 1,535 undi pos tidak termasuk jumlah pegawai SPR yang bertugas pada pilihan raya kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON SAPP, Datuk Yong Teck Lee bertemu orang ramai di pasar Sandakan sempena kempen pilihan raya kecil Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • PENDUDUK Kampung Gas Baru memperbaiki pelantar pejalan kaki yang roboh ketika dilalui calon PKR, Ansari Abdullah semalam. - Foto Hassan Omar
  • DATUK Seri Mohd Shafie Apdal melawat Tadika Kemas penduduk Kampung Bokara ketika berkempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, hari ini. -  Foto Hasriyasyah Sabudin
  • CALON PKR, Ansari Abdullah memakai anduh di tangan ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi, malam tadi. Semalam, beliau terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas. - Foto Edmund Samunting
  • CALON PKR, Ansari Abdullah bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berkempen di Kampung Gas di Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • REAKSI Rogayah Daud, 73, penduduk di Kampung Tronglit, Pulai Timbang semasa mendengar ucapan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yasin dari rumahnya yang kebetulan bersebelahan padang tempat berkempen pilihan raya kecil Baru Sapi dijalankan. - Foto  Zahari Zakaria
  • ANTARA orang ramai yang hadir pada majlis Mesra Rakyat bersama Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Dewan Kompleks Sukan Sandakan sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. Turut hadir Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dan calon Barisan Nasional, Linda Tsen Thau Lin. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGUNDI bertepuk tangan selepas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman meluluskan peruntukan untuk kemudahan asas ketika majlis perjumpaan bersama penduduk di Kampung Pukat sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah dibantu lima pekerja kempen selepas terjatuh dari pelantar pejalan kaki yang runtuh di sebuah rumah atas air di Kampung Gas di Batu Sapi.
  • KETUA Wanita Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Jamilah Sulaiman memberi ucapan kepada penduduk Kampung Lupak Meluas Darat ketika kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • BENDERA Barisan Nasional berkibaran menghiasi Kampung Tronglit, Pulau Timbang bagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
  • ANGGOTA PGA, Koperal Dioney Jen (kanan) dan Hasnizam Hussin bertugas membuat rondaan harian dalam kawasan pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Tronglit, Pulau Timbang. - Foto Sairien Nafis
  • CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin beramah mesra pesakit Ahmad Ujali, 56, (kanan) dan isterinya, Rupawan Ibnu membuat peperiksaan oleh Doktor Adinin Bachu di Klinik Karamuting ketika berkempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Hasriyasyah Sabudin
  • CALON SAPP, Datuk Yong Teck Lee ketika berkempen di Pasar Mawar Sibuga dekat Sandakan. - Foto NSTP
  • POSTER dan bendera parti bertanding dipasang sepanjang jalan menuju ke pekan Batu Sapi untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Parti Keadilan Rakyat, Ansari Abdullah ketika berkempen di Kampung Batu Sapi dekat  Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • MURID-MURID Sekolah Kebangsaan Segaliud beratur keluar selepas tamat sesi persekolahan. Sekolah ini akan dijadikan pusat mengundi sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan akan di tutup pada jam 4 petang, lebih awal sejam berikutan kedudukannya yang jauh kira-kira 87 km dari Pusat Penjumlahan Undi Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi, Dewan Masyarakat, Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin mencuba alat muzik sambil diperhatikan oleh Salasina Musa, 78, (kanan) pada Majlis Perasmian Program Mengkoperasikan Rakyat Wilayah Sandakan di Sekolah Kebangsaan Karamunting. - Foto Sairien Nafis
  • DOKTOR dari Klinik Kesihatan Sandakan dari kiri; Moiji Yunhoi, Abdul Hamid Awang, Sukaraman Kassin dan Jasni Gindono berjalan kaki masuk kampung ketika program Pemeriksaan Kesihatan percuma di Kampung Nanas. - Foto Rosdan Wahid
  • PETUGAS Parti Keadilan Rakyat (PKR) sibuk menyediakan poster calon mereka untuk di agih-agihkan ke seluruh kampung bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di markas PKR, Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi replika udang galah di bulatan Bandar Nantung sempena pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Datin Tsen Thau Lin ketika berkempen dari rumah ke rumah suku kaum 

Bajau di Kampung Pukat. - Foto BERNAMA
  • BENDERA dan poster parti yang bertanding menghiasi di sepanjang jalan Kampung Gembira sempena pilihan raya kecil 

Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGARAH pilihan raya Parti Keadilan Rakyat (PKR), Fuziah Salleh menunjukkan surat jemputan kepada calon Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee dan calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Tsau Lin untuk mengadakan sesi perbahasan dengan calon PKR, Ansari Abdullah bagi menerangkan agenda masing-masing kepada pengundi pada Ahad ini untuk  pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di markas PKR dekat Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu ketika berjumpa dengan orang ramai di Pasar Batu Lapan, Sandakan 

untuk kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu berjumpa orang ramai di pasar batu lapan dekat Sandakan hari ini 

untuk kempen pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin melihat pemeriksaan kesihatan yang dilakukan doktor kepada pengundi ketika program Puteri Masuk Kampung bersama doktor di Kampung Nanas sempena Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • KETUA Puteri Umno, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin beramah mesra bersama pengundi Kampung Tanah Merah pada Pilihanraya Kecil Parlimen 

P.185 Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Aziz Mohd Yusof  (kanan) berbincang sesuatu bersama petugas SPR ketika melawat kaunter semakan daftar pemilih di Pasaraya Parkwell, Pandan Indah, Sandakan menjelang  Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee yang juga presiden parti itu  berkempen di Kampung Lupak Meluas Darat bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Edmund Samunting
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah menunjukkan tujuh misi perjuangan bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi ketika sidang akhbar di markas PKR dekat Bandar Ramai-Ramai, Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • PEGAWAI Pengurus  Pilihan Raya Batu Sapi, Mohamad Hamsan Awang Supain (dua dari kanan) bersama Penolong Pegawai Pengurus Bahagian Undi Pos, Sapiah Aliasara (tiga dari kanan) dibantu petugas SPR, Noor Fazilah Ali Hasan (kanan) memeriksa peralatan mengundi termasuk peti undi yang baru tiba di Pusat Penjumlahan Undi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan, pagi tadi. - Foto Rosdan Wahid
  • ADUN Sekong, Datuk Shamsuddin Yahya (kanan) bersama penduduk yang menunjukkan sokongan sambil memegang poster calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. - Foto Sairien Nafis
  • Seorang penduduk memegang poster calon Barisan Nasional, Datin Linda Tsen Thau Lin selepas diedarkan bagi kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. - Foto Sairien Nafis
  • Bendera Barisan Nasional menghiasi rumah penduduk pada kempen Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Kampung Gas Tengah. - Foto Sairien Nafis
  • Penyokong PKR bertindak kasar menolak salah seorang jurugambar media bertugas ketika berarak pada hari penamaan calon pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Sairien Nafis
  • Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Ansari Abdullah (tiga dari kanan) bersama penyokong berarak menuju ke tempat penamaan calon pada Pilihanraya Kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Sairien Nafis
  • Penyokong Barisan Nasional datang menaiki lori untuk berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong Barisan Nasional berebut untuk mengambil bendera parti ketika berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Gelagat Penyokong PKR  yang membawa pembesar suara walaupun di larang SPR, cuba memprovokasi penyokong Barisan Nasional  di Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan.  - Foto Rosdan Wahid
  • Gelagat Penyokong PKR  yang membawa pembesar suara walaupun di larang SPR, cuba memprovokasi penyokong Barisan Nasional  di Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong PKR melebihi dari kawasan yang dihadkan ketika menunggu proses penamaan calon di Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Anggota polis mententeramkan keadaan di luar dewan dalam kawasan Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong Barisan Nasional bersorak di luar Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong SAPP bersorak di luar Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Calon SAPP, Datuk Yong Teck Lee  bersama penyokong di Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong Barisan Nasional bersorak di luar Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong Barisan Nasional mengiringi calon, Datin Linda Tsen Thau Lin ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. Turut hadir presiden parti komponen Barisan Nasional dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman. - Foto Rosdan Wahid
  • Calon BN Linda Tsen Thau Lin bersama penyokong ketika berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Penyokong Barisan Nasional berkumpul di Padang Bandaran Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Pegawai pengurus pilihan raya ketika mengumumkan calon yang bertanding di pilihan raya kecil Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis
  • Penyokong Barisan Nasional berkumpul di Padang Sandakan sebelum berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi, Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Rosdan Wahid
  • Pemandangan di luar Dewan Masyarakat Sandakan, iaitu pusat penamaan calon. - Foto Sairien Nafis
  • PENYOKONG Barisan Nasional (BN) yang memenuhi bangunan Gerai Makan dan Minum Sri Intan di depan Dewan Masyarakat Sandakan, yang menjadi pusat penamaan calon bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi. - Foto Sairien Nafis.
  • SUASANA Jalan Ramai Ramai sesak pada hari penamaan calon sempena Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah yang diadakan di Dewan Masyarakat Sandakan, hari ini. Foto Sairien Nafis.
  • PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengibarkan bendera parti pada hari penamaan calon bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah di luar pusat penamaan Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Sairien Nafis.
  • ANTARA gelagat penyokong Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada hari penamaan calon bagi  Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah di Dewan Masyarakat Sandakan, hari ini. - Foto Sairien Nafis.
  • CALON Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee  bersama penyokong di Pusat Penamaan Calon Dewan Masyarakat Sandakan, bagi Pilihan raya Kecil Parlimen Batu Sapi (P185), Sabah hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • DATIN Linda Tsen Tsau Lin calon Barisan Nasional (BN) pada hari penanamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting
  • DATUK Yong Teck Lee (dua dari kiri) calon dan merangkap Presiden SAPP bersama Datin Linda Tsen Tsau Lin calon Barisan Nasional (BN) pada hari penanamaan calon bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. - Foto Edmund Samunting.
  • TIMBALAN Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama penyokong Barisan Nasional mengiringi calon, Linda Tsen Thau Lin ketika berarak ke Pusat Penamaan Calon, Pilihanraya Kecil Parlimen P.185 Batu Sapi di Dewan Masyarakat Sandakan. Turut hadir Presiden- presiden parti komponen Barisan Nasional dan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman. - Foto Rosdan Wahid
  • KAKITANGAN Suruhanjaya Pilihan Raya membuat persiapapan bagi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi di Kota Kinabalu. - Foto Edmund Samunting
  • PENGARAH Pilihan Raya Negeri Sabah, Datuk Mohd Idrus Ismail (kiri) menunjukkan kawasan P.185 Batu Sapi kepada Pegawai Pengurus Sandakan, Mohamad Hamsan Awang Supain selepas Majlis Penyerahkan Writ Pilihanraya bagi Pilihan Raya Kecil P.185 Batu Sapi Sabah di pejabat SPR Negeri Sabah Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Jalan UMS, dekat Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA
  • KETUA Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman ketika sidang akhbar berhubung persiapan Barisan Nasional menghadapi pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi, Sabah di Sri Gaya di Kota Kinabalui.  - Foto BERNAMA
  • TAN Sri Muhyiddin Yassin bersama Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Datuk Seri Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein di sidang akhbar berhubung pilihan raya Galas, Kelantan  dan Batu Sapi, Sabah di Parlimen, Kuala Lumpur. - Foto Ghazali Bujang
  • PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof bersama Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsam Awang Supain melihat peta kawasan Batu Sapi, selepas mengumumkan tarikh pilihan raya kecil pada sidang media di Putrajaya. - Foto Izhari Ariffin
  • PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menyerahkan sijil perlantikan kepada  Pegawai Pengurus Pilihan Raya, Mohamad Hamsam Awang Supain selepas mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Batu Sapi di Putrajaya. - Foto Izhari Ariffin
  • PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof ketika dalam sidang media mengumumkan tarikh pilihan raya kecil Batu Sapi di Putrajaya. - Foto Izhari Ariffin
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Datuk Edmund Chong Ket Wah di Wisma Look Fu Siew, Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. - Foto Datu Ruslan Sulai
  • DATIN Linda Tsen (dua dari kiri) isteri mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah sedang memberi kata semangat kepada ketiga-tiga anaknya Jamie Chong Sin Yi, Charlene Chong Tze Yi dan Steffi Chong Han Yi yang baru tiba dari luar negara di rumah mayat Fook Lu Siew Jalan Tuaran, Kota Kinabalu. - Foto BERNAMA
  • PENGERUSI Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) Datuk Seri Tiong King Sing (empat, kanan) bersama sembilan Ahli Parlimen Barisan Nasional dan seorang Senator, memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah di rumah pengurusan mayat Fook Lu Siew. Turut hadir Timbalan Ketua Menteri Sabah merangkap Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Tan Sri Joseph Pairin Kitingan (tiga, kanan), Menteri Pembangunan Sumber dan Kemajuan Teknologi Maklumat, Datuk Dr Yee Moh Chai (terlindung, kanan) dan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong (dua, kanan). - Foto BERNAMA
  • BEGINILAH keadaan kereta Mercedes Benz yang mengakibatkan Ahli Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut apabila motosikal berkuasa besar yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Aru di Kota Kinabalu. - Foto Fardy Bungga
  • AHLI Parlimen Batu Sapi, Datuk Edmund Chong Ket Wah, maut apabila motosikal berkuasa besar yang dinaikinya terbabit dalam kemalangan jalan raya di Jalan Tanjung Aru di Kota Kinabalu. - Foto Fardy Bungga

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.