Christchurch bergoncang
SEBUAH bangunan runtuh menghempap deretan kenderaan selepas gempa bumi berukuran 6.3 pada skala Ritcher di Christchurch, hari ini. Perdana Menteri, John Key, berkata sekurang-kurangnya 65 terbunuh dalam gempa bumi itu dan jumlah itu dijangka meningkat selepas kejadian berkenaan selepas bencana alam yang sama berukuran 7.0 pada skala Ritcher pernah melanda negara itu pada September tahun lalu. - AFP

