Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:39 | Subuh 05:49 | Syuruk 07:06 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:20 | Isyak 20:31
Isnin , 20 Mei 2013,

Piala Dunia 2010


PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Belanda di peringkat akhir di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Belanda di peringkat akhir di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN Sepanyol meraikan kejayaan menjulang Piala Dunia FIFA 2010 mengalahkan Belanda di peringkat akhir di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN Sepanyol,  Andrés Iniesta meraikan jaringan tunggal perlawanan akhir menentang Belanda di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PENGADIL, Howard Webb (kanan) melayangkan kad merah kepada pemain Belanda, John Heitinga (tengah) ketika perlawanan pada masa tambahan dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMANDANGAN menunjukkan ribuan penonton memenuhi Stadium Soccer City untuk menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN Sepanyol,  Carles Puyol  (kiri) dan pertahanan Belanda, Gregory van der Wiel bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PENJAGA gol Sepanyol, Iker Casillas tangkas menyelamatkan bola ketika keadaan cemas di gawang Sepanyol selepas rakan sepasukan, Carles Puyol terjatuh sambil disaksikan pemain Belanda, Robin van Persie (kiri). - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Belanda, Nigel de Jong (kiri) membuat terjahan keras ke dada pemain Sepanyol, Xabi Alonso dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Belanda, Nigel de Jong (kiri) membuat terjahan keras ke dada pemain Sepanyol, Xabi Alonso dalam perlawanan akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Soccer City, Johannesburg. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Belanda, Demy De Zeeuw tersungkur ke belakang apabila pemain Uruguay, Martin Caceres (bawah), tertendang mukanya, dalam Kejohanan Piala Dunia FIFA 2010, peringkat separuh akhir, di Stadium Green Point, Cape Town, Afrika Selatan. Demy De Zeeuw cuma mengalami kecederaan ringan lalu meneruskan permainan. - Foto AP
  • KAPTEN pasukan Belanda, Giovanni van Bronckhost (kiri) meraikan kejayaan bersama rakan sepasukan apabila menyumbat gol pertama pasukannya menentang Uruguay, separuh akhir Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Green Point, Cape Town, Afrika Selatan. - Foto Reuters
  • GELAGAT penyokong Uruguay ketika pasukan negara mereka menentang Belanda dalam siri separuh akhir, Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Green Point, Cape Town, Afrika Selatan. - Foto AP
  • PEMAIN Paraguay,  Oscar Cardozo (kiri) ditenangkan penjaga golnya, Justo Villar (kanan) selepas berakhirnya perlawanan menentang Sepanyol yang berkeputusan Sepanyol menang 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia di Stadium Ellis Park, awal pagi tadi. - Foto AP
  • PENYERANG Sepanyol, David Villa (dua dari kiri), menjaringkan gol kemenangan menentang Paraguay, perlawanan suku akhir Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AP
  • PEMAIN Jerman, Miroslav Klose (kanan) menyumbat gol keempat menewaskan penjaga gol Argentina, Sergio Romero dalam perlawanan di Stadium Green Point, malam tadi. - Foto AP
  • JURULATIH Argentina, Maradona tertunduk lesu selepas pasukannya dibelasah Jerman 4-0 dalam saingan suku akhir, malam tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (kiri) menjaringkan gol pertama dalam penentuan sepakan penalti menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Uruguay menang 4-2 sekali gus layak ke separuh akhir Piala Dunia 2010. - Foto AFP
  • PEMAIN Uruguay, Luis Suarez (kiri) menampan bola menggunakan tangan ketika keadaan kelam kabut di gawang pasukannya pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 Uruguay menentang Ghana di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Walaubagaimanpun Ghana gagal menyempurnakan sepakan penalti yang diberikan. - Foto Reuters
  • PEMAIN Belanda, Wesley Sneijder (10) menjaringkan gol kedua pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AFP
  • PENJAGA gol Belanda,  Maarten Stekelenburg  menyelamatkan sepakan lambung pemain Brazil daripada menggegar jaring pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto Reuters
  • PEMAIN Brazil, Luis Fabiano (kiri) bersaing untuk mendapatkan bola dengan pemain Belanda,  Mark van Bommel  pada peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto Reuters
  • PEMAIN Brazil, Robinho (kiri) menjerit kepada pemain Belanda, Mark van Bommel dalam perlawanan di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AP
  • PEMAIN Brazil, Kaka terjatuh di atas pemain Belanda, Nigel de Jong dalam saingan peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto Reuters
  • PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg (kanan) hanya mampu melihat pemain Brazil meraikan jaringan pertama Robinho pada minit ke-10 peringkat suku akhir Piala Dunia 2010 di Stadium Nelson Mandela Bay, malam tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN Portugal, Cristiano Ronaldo (jersi putih) di kawal oleh tiga pemain Sepanyol, (dari kiri)  Xavi Hernandez, Andres Iniesta dan Sergio Busquets dalam saingan pusingan kedua Piala Dunia di Stadium Green Point, awal pagi tadi. Sepanyol tewaskan Portugal 1-0. - Foto AP
  • PERTAHANAN Jepun, Marcus tulio Tanaka (kanan), menyelamatkan bola dari dibolosi gawang gol oleh penyerang Paraguay, Lucas Barrios (kiri), dalam perlawanan Piala Dunia Fifa 2010, di Stadium Loftus Versfeld, Thwane, Pretoria, malam ini. - Foto AFP
  • GAYA penyokong Jepun sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Paraguay, di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria. - Foto Reuters
  • PENYERANG Belanda, Dirk Kuyt mengangkat rakan sepasukannya, Wesley Sneijder selepas rakannya itu berjaya menjaringkan gol kedua pasukan pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Moses Mabhida , Durban, malam tadi. Keputusan Belanda menang 2-1.  - Foto AFP
  • PENYERANG Argentina, Gonzalo Higuain meraikan jaringannya ketika aksi perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 menentang Mexico di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, baru-baru ini. - Foto AFP
  • PERTAHANAN England, Matthew Upson (dua dari kiri) terjatuh selepas berjaya menanduk bola menewaskan penjaga gol Jerman, Manuel Neuer (tengah atas) untuk menjadikan kedudukan 1-2 pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Free State, Mangaung/Bloemfontein, malam tadi. - foto AFP
  • PENYERANG Uruguay, Edinson Cavani (kiri) dan jurulatih Korea Selatan, Huh Jung-Moo (kanan) menenangkan pertahanan Korea Selatan, Cha Du-Ri selepas Korea Selatan tewas kepada Uruguay 1-2 dan tersingkir pada saingan Kejohanan Piala Dunia 2010, baru-baru ini. - Foto AFP
  • PENJAGA gol Ghana, Richard Kingson (tengah belakang) menolak bola keluar dari kawasan bahaya ketika diasak penjaga gol Amerika Syarikat,  (depan) pada perlawanan Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, baru-baru ini. - Foto AFP
  • CRISTIANO Ronaldo, dari Portugal (atas), terjatuh di atas Gilberto Silva, dari Brazil, dalam perlawanan Kumpulan G, di Stadium Durban, Afrika Selatan. - Foto AP
  • GAYA penyokong Brazil memperagakan trofi replika Piala Dunia bersama patong bekas penyerang Brazil, Ronaldinho, ketika negara mereka menentang Portugal, dalam perlawanan Kumpulan G, di Stadium Durban, Afrika Selatan. - Foto AP
  • PEMAIN Portugal, Danny (tengah), gagal memanfaatkan peluang menjaringkan gol, dari dibolosi gawang gol Brazil yang dikawal Julio Cesar (kanan), dalam perlawanan Kumpulan G, di Stadium Durban. - Foto AP
  • PEMAIN Korea Utara, Jong Tae Se (tengah), cuba menyumbat ke arah gol Ivory Coast, di Stadium Mbombela, Nelspruit. Afrika Selatan. - Foto AP
  • DIDIER Drogba, dari Ivory Coast, mengawal bola melepasi pemain Korea Utara, Ri Jun II, dalam perlawanan Kumpulan G, di Stadium Mbombela, Nelspruit. - Foto AP
  • FABIO Quagliarella dari Itali (kiri) menyumbat gol kedua menentang Slovakia, pada perlawanan Kumpulan F, di Stadium Ellis Park, Johannesburg. - Foto Reuters
  • PENJAGA gol Jepun, Eiji Kawashima (kanan), berjaya menampan bola sepakan pemain Denmark, John Dahl Tomasson (tengah), dalam perlawanan Kumpulan E, di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, Afrika Selatan. - Foto AP
  • PEMAIN Slovakia meraikan kejayaan bersama penyokong, selepas menumpaskan Itali, dalam perlawanan Kumpulan F, di Stadium Ellis Park, Johannesburg. - Foto Reuters
  • PEMAIN Amerika Syarikat, Landon Donovan (kiri) menjaringkan gol kemenangan pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA, Amerika Syarikat bertemu Algeria di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane/Pretoria, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Amerika Syarikat, Landon Donovan (kiri) meraikan jaringan rakan sepasukannya, Clint Dempsey sementara pemain Algeria mengangkat tangan memprotes gol itu kerana ofsaid. Kedudukan masih 0-0 setakat ini. - Foto AFP
  • PENYERANG Slovenia, Zlatan Ljubijankic (dua dari kanan) bersaing dengan pertahanan England, John Terry pada perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA, England menentang Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PASUKAN Slovenia bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA, England menentang Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PENYOKONG Algeria memegang kad bercetak huruf yang membawa maksud ‘Bebaskan Gaza’ ketika hadir ke stadium untuk menyaksikan perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA,  Amerika Syarikat bertemu Algeria di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane/Pretoria, Afrika Selatan, hari ini. - Foto AFP
  • PENYOKONG Algeria mengibarkan bendera kebangsaan negaranya sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA,  Amerika Syarikat bertemu Algeria di Stadium Loftus Verfeld, Tshwane/Pretoria, Afrika Selatan, hari ini. - Foto AFP
  • PEMAIN England ketika sesi memanaskan badan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010 FIFA, England menentang Slovenia di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan, hari ini. - Foto AFP
  • PEMAIN Argentina, Lionel Messi (tengah) dibentes pemain Greece, Sokratis Papastathopoulos (kanan) dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010 di Stadium Peter Mokaba, Afrika Selatan. Argentina menewaskan Greece 2-0. - Foto AP
  • PERTAHANAN Nigeria, Joseph Yobo (tengah) menghalang bola daripada pemain Korea Selatan, Lee Chung-Yong (kiri) sambil diperhatikan Kalu Uche dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010 di Moses Mabhida dekat Durban, awal pagi tadi. Korea Selatan seri 2-2 dengan Nigeria. - Foto AFP
  • PENYERANG Uruguay, Luis Suarez (kiri), menjaringkan gol kemenangan ketika menentang Mexico di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, malam tadi. - Foto AFP
  • KATLEGO Mphela dari Afrika Selatan (kanan), menyumbat gol kedua, melepasi penjaga gol Perancis, Hugo Lloris (kiri), dan Gael Clichy, dalam perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Free State Stadium, Bloemfontein, malam ini. - Foto Reuters
  • PENGADIL perlawanan Oskar Ruiz, melayangkan kad merah kepada pemain Perancis, Yoann Gourcuff (tengah), atas kekasaran terhadap pemain Afrika Selatan, MacBeth Sibaya (terbaring), dalam perlawanan Kumpulan A, di Stadium Free State, Bloemfontein. - Foto Reuters
  • PEMAIN Perancis, Abou Diaby (kiri), menghalang pemain Afrika Selatan, Bernard Parker, dalam perlawanan Kumpulan A, di Stadium Free State, Bloemfontein. - Foto Reuters
  • KAPTEN pasukan Mexico, Cauhternoc Blanco (kiri) cuba merampas bola dari pemain Uruguay, Maximiliano Pereira, dalam perlawanan Kumpulan A, di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg. - Foto Reuters
  • PENYOKONG Uruguay sebelum sepakmula, perlawanan Kumpulan A  menentang Mexico, di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg. - Foto AFP
  • PERTAHANAN Sepanyol, Carles Puyol (kanan) bersaing dengan pemain Honduras, David Suazo pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Honduras di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • KANAK-KANAK Sepanyol ini bijak bergaya dengan rambut palsu dan kaca mata hitam tertera bendera Sepanyol sebagai tanda sokongan kepada pasukannya sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Honduras di Stadium Ellis Park, Johannesburg. - Foto AFP
  • GADIS Honduras gembira ketika menunggu sepak mula perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA antara pasukan negaranya menentang Sepanyol di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • ESTEBAN Paredes, pemain Chile (kiri), mengelecek penjaga gol Switzerland, Diego Benaglio, sebelum beliau melencongkan bola untuk ditanduk rakan sepasukannya, Mark Gonzales, iaitu gol kemenangan Chile 1-0, dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth, malam tadi. - Foto Reuters
  • PENGADIL dari Arab Saudi, Khalil Al-Ghamdi (dua dari kanan), melayangkan kad kuning kepada pemain tengah Chile, Matias Fernandez (tengah), dalam perlawanan Kumpulan H, menentang Switzerland, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth. - Foto AFP
  • GAYA penyokong Switzerland bersorak meraikan pasukan mereka menentang Chile, dalam perlawanan Kumpulan H, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth. - Foto AFP
  • PERTAHANAN Switzerland, Reto Ziegler (tengah), dicabar pemain Chile, Alexis Sanchez, dalam perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia FIFA 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PENYERANG Portugal, Cristiano Ronaldo (jersi merah) bersaing dengan pemain Korea Utara dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia di Stadium Green Point, Cape Town, malam tadi. Portugal membelasah Korea Utara 7-0. - Foto AFP
  • JARINGAN gol pemain Portugal, Raul Meireles (kanan), menentang Korea Utara, perlawanan Kumpulan G, separuh masa pertama, di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto Reuters
  • PEMINAT wanita ini memegang papan tanda yang ditujukan kepada penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo ketika berlangsung perlawanan antara Portugal menentang Korea Utara dalam saingan Kumpulan G, Piala Dunia di Stadium Green Point, Cape Town. - Foto Reuters
  • PENYOKONG Portugal bersorak sebelum sepak mula, Kumpulan G Piala Dunia 2010 FIFA, menentang Korea Utara. - Foto AFP
  • PENYERANG Ivory Coast, Didier Drogba (tengah) menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Brazil, Julio Cesar (kiri) pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Brazil, Luis Fabiano (kanan) merembat bola melepasi jangkauan penjaga gol Ivory Coast, Boubacar Barry untuk menghasilkan gol pertama perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PERTAHANAN Brazil, Maicon (kanan) dicabar pemain Ivory Coast, Salomon Kalou pada perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Ivory Coast di Stadium Soccer City, Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN New Zealand, Chris Wood (20) bersaing dengan pemain Itali, Gianluca Zambrotta (tengah) di peringkat Kumpulan F, Piala Dunia di Stadium Mbombela. - Foto Reuters
  • MANA BOLA?...Penyerang New Zealand, Rory Fallon (atas, kiri), pertahanan Itali, Fabio Cannavaro (atas, tengah) dan pertahanan New Zealand, Tommy Smith melompat untuk mendapatkan bola ketika saingan Piala Dunia peringkat Kumpulan F di Stadium Mbombela. Keputusan seri 1-1. Foto AFP
  • PEMAIN Itali, Vincenzo Iaquinta (dua dari kanan) meraikan dengan rakan sepasukan selepas menjaringkan gol ketika bertemu New Zealand di Staium Mbombela. - Foto AP
  • PEMAIN Itali, Vincenzo Iaquinta (kanan) menyempurnakan sepakan penalti dalam perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia menentang New Zealand di Stadium Mbombela, malam tadi. Keputusan seri 1-1. - Foto Reuters
  • CRISTIAN Riveros (kanan) menjaringkan gol kedua Paraguay ketika menentang Slovakia dalam perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010  di Stadium Free State, Afrika Selatan. Paraguay menewaskan Slovakia 2-0. - Foto AP
  • GAYA penyokong Denmark ketika pasukan negara mereka menentang Cameroon, di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • AKSI pemain Cameroon, Vincent Aboubakar (tengah), selepas gagal menyumbat ke arah gol Denmark, di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria, Afrika Selatan, awal pagi ini. - Foto AP
  • GOL kedua Denmark dijaringkan Dennis Rommedahl (dua dari kanan), melepasi penjaga gol Cameroon, Hamidou Souleymanou, dalam perlawanan peringkat Kumpulan E, Piala dunia 2010 di Stadium Loftus Versfeld, Pretoria, awal pagi ini. - Foto Reuters
  • PENYERANG Cameroon, Samuel Eto'o (kiri), cuba melepaskan diri dari pertahanan Denmark, Daniel Agger dalam perlawanan peringkat Kumpulan E, Piala Dunia 2010 di Stadium Tshwane/Pretoria, awal pagi ini. Denmark menang 2-1. - Foto AFP
  • HERRY Kewell, pemain Australia (kanan), menampan bola, menyebabkan dia dilayangkan kad merah, manakala Ghana diberi sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan 1-1, dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Royal Bafokeng, malam tadi. - Foto AP
  • PEMAIN Australia, Brett Holman (kanan) menyempurnakan sepakan penalti dalam pertemuan menentang Ghana peringkat Kumpulan D, Piala Dunia di Stadium Royal Bafokeng. Keputusan seri 1-1.  - Foto Reuters
  • PENGADIL dari Itali, Roberto Rosetti (tengah) melayangkan kad merah kepada penyerang Australia, Harry Kewell (kiri) dalam perlawanan peringkat Kumpulan D, Piala Dunia 2010 menentang Ghana di Stadium Royal Bafokeng, malam tadi. Keputusan seri 1-1.  - Foto AFP
  • PEMAIN Ghana, Jonathan (dua dari kiri) melakukan percubaan ke arah gol dalam perlawanan menentang Australia di Stadium Royal Bafokeng di Rustenburg, malam tadi. Keputusan seri 1-1. - Foto AFP
  • WESLEY Sneijder (kanan) diraikan rakan sepasukan, John Heitinga selepas menjaringkan gol tunggal dalam perlawanan menentang Jepun peringkat Kumpulan E, Piala Dunia di Durban. - Foto AP
  • PENJAGA gol Belanda, Maarten Stekelenburg (dua dari kanan) meraikan kemenangan bersama rakan sepasukan selepas menewaskan Jepun 1-0 dalam perlawanan di Stadium Moses Mabhida, dalam perlawanan Kumpulan E, Piala Dunia 2010, malam tadi. - Foto AFP
  • PENJAGA gol England, David James (jersi kuning) menangkap kemas bola dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia antara England menentang Algeria yang berkeputusan seri 0-0 di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN England,  Wayne Rooney (kiri) menarik baju pemain Algeria, Riad Boudebouz dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia di Cape Town, awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AP
  • ZLATAN Ljubijank menolak bola melepasi penjaga gol Amerika Syarikat, Tim Howard, dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PENYOKONG Slovenia bersorak ketika pasukan mereka menentang Amerika Syarikat, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • MICHAEL Bradley (tengah) menjaringkan gol penyamaan Amerika Syarikat ketika menentang Slovenia dalam perlawanan Kumpulan C, Piala Dunia 2010, di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • LANDON Donovan (tengah) menjaringkan gol pertama Amerika Syarikat ketika menentang Slovenia dalam perlawanan Kumpulan C di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PENYOKONG Amerika Syarikat bersorak dengan membawa poster bekas Presiden, George Washington (kanan) dan Abraham Lincoln (kiri) di luar Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan sebelum perlawanan menentang Slovenia. - Foto AP
  • TENDANGAN penalti pemain Jerman, Lukas Podolski, berjaya diselamatkan penjaga gol Serbia, Vladimir Stojkovic, dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AP
  • PENYOKONG Serbia bersorak ketika menonton siaran langsung perlawanan Serbia menentang Jerman di Frankfurt, Jerman. - Foto AP
  • MILAN Jovanovic (kiri) merembat untuk gol kemenangan Serbia ketika menentang Jerman dalam perlawanan Kumpulan D, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto Reuters
  • PEMAIN Jerman, Bastian Schweinsteiger (dua dari kiri) dan Sami Khedira (kanan), membantah keputusan pengadil dari Sepanyol, Alberto Undiano, yang melayangkan kad merah kepada penyerang Jerman, Miroslav Klose (dua dari kanan) dalam perlawanan menentang Serbia. - Foto AFP
  • PENYOKONG Jerman bersorak menanti perlawanan menentang Serbia di Stadium Nelsen Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PEMAIN Mexico meraikan kejayaan menewaskan Perancis pada perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA, Perancis bertemu Mexico di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Perancis, Florent Malouda (kanan) melompat melepasi pertahanan Mexico, Rafael Marquez pada perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • BEKAS bintang bola sepak Perancis, Zinedine Zidane hadir untuk menyaksikan perlawanan yang membabitkan pasukan negaranya bertemu Mexico pada Kejohanan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Mexico, Cuauhtemoc Blanco (kiri) menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Perancis, Hugo Lloris pada perlawanan Kumpulan A, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Keputusan Perancis 0, Mexico 2. - Foto AFP
  • PEMAIN Greece, Vasilis Torosidis menjaringkan gol menewaskan penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama dalam saingan peringkat Kumpulan B, Piala Dunia di Stadium Free State. Greece menang ke atas Nigeria 2-1. - Foto AP
  • PEMAIN Greece, Vasilis Torosidis mengangkat tangan selepas menjaringkan gol dalam saingan peringkat Kumpulan B, Piala Dunia di Stadium Free State. Greece menang ke atas Nigeria 2-1. - Foto AFP
  • PENYERANG Greece, Dimitris Salpingidis (kiri) melompat untuk mendapatkan bola ke atas pertahanan Nigeria, Lukman Haruna dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia di Stadium Free State. - Foto AFP
  • PEMAIN Nigeria, (dari kiri) Dickson Etuhu, Lukman Haruna dan pemain Greece, Fanis Gekas bersaing untuk mendapatkan bola dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia di Bloemfontein, Afrika Selatan. - Foto AP
  • PEMAIN Argentina, (dari kiri ke kanan) Martin Demichelis, Nicolas Burdisso dan Javier Mascherano cuba menanduk bola sambil dicabar oleh pemain Korea Selatan, Lee Jung-soo dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto Reuter
  • PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain (kanan) menolak bola ke gawang Korea Selatan dan melengkapkan hatrik untuk Argentina menang selesa 4-1 dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto Reuters
  • PEMAIN Argentina, Jonas Gutierrez (kiri) bersaing dengan pemain Korea Selatan, Yeom Ki-hun dalam saingan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto AP
  • JURULATIH Korea Selatan, Huh Jung-Moo mengucapkan tahniah kepada, Lee Chung-Yong (kiri) selepas menjaringkan gol dalam saingan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang sedang berlangsung di Soccer City. - Foto AFP
  • PEMAIN Argentina, Gonzalo Higuain (kanan) menanduk masuk ke gawang Korea Selatan dalam perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010, yang berlangsung di Soccer City. - Foto AP
  • PENYOKONG Korea Selatan membentangkan bendera kebangsaan negara mereka sebagai persediaan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan B, Piala Dunia 2010 FIFA, Argentina bertemu Korea Selatan di Stadium Soccer City, Soweto, Afrika Selatan jam 7.30 malam nanti. - Foto AFP
  • DIEGO Forlan menjaringkan gol pertama Uruguay ketika menentang Afrika Selatan, dalam perlawanan Kumpulan A, di Stadium Lotfus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan. - Foto Reuters
  • REAKSI penyokong Afrika Selatan ketika pasukan mereka tewas di tangan pasukan Uruguay, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan. - Foto Reuters
  • PENYOKONG Afrika Selatan bersorak menyokong pasukan mereka ketika menentang Uruguay, dalam perlawanan Kumpulan A, di Stadium Loftus Verfeld, Tashwane, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Switzerland, Gelson Fernandes (tengah) berjaya menjaringkan gol ketika keadaan kelam kabut dihadapan gawang Sepanyol pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, sebentar tadi. Keputusan Sepanyol 0, Switzerland 1. - Foto AFP
  • PENYERANG Switzerland, Eren Derdiyok melompat tinggi mendahului pemain pertahanan Sepanyol, Sergio Ramos (bawah) bagi mendapatkan bola pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PASUKAN Sepanyol sedang melakukan regangan pada sesi memanas badan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan. Perlawanan dijangka bermula jam 10.00 malam ini. - Foto AFP
  • GADIS Sepanyol ini meniup hon bising ‘vuvuzela’ sementara menantikan sepak mula perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol menentang Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, yang dijangka bermula jam 10.00 malam ini. - Foto AFP
  • KANAK-KANAK Switzerland ini tidak ketinggalan memeriahkan suasana Stadium sebelum sepak mula perlawanan Piala Dunia 2010 FIFA, Sepanyol bertemu Switzerland di Stadium Moses Mabhida, Durban, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Chile, Jean Beausejour (jersi merah) menjaringkan gol pertama perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA menentang Honduras di Stadium Mbombela, Nelspruit, sebentar tadi. Keputusan Chile 1, Honduras 0. - Foto AFP
  • AKSI pertahanan Chile, Gary Medel ketika menanduk bola rasmi Piala Dunia 2010 FIFA, ‘Jabulani’ pada perlawanan Honduras menentang Chile di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Chile, Alexis Sanchez (kanan) melarikan bola daripada kawalan pemain pertahanan Honduras, Emilio Izaguirre pada perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, jam 7.30 petang tadi. - Foto AFP
  • GADIS Chile ceria menunggu perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA antara pasukan mereka dan Hoduras bermula di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PENYOKONG Honduras menunggu sepak mula perlawanan Kumpulan H, Piala Dunia 2010 FIFA membabitkan pasukan mereka menentang Chile di Stadium Mbombela, Nelspruit, Afrika Selatan, sebentar tadi. - Foto AFP
  • (DARI kiri) Pembantu pengadil dari Hungary, Gabor Eros, pegawai keempat, Subkhiddin Mohd Salleh (Malaysia), pengadil perlawanan, Viktor Kassai (Hungary) dan pembantu pengadil, Tibor Vamos (Hungary) bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010 FIFA, Brazil menentang Korea Utara di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PERTAHANAN Korea Utara, Ji Yun-Nam dipeluk rakan sepasukan selepas berjaya membolosi gawang Brazil pada minit-minit terakhir perlawanan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PASUKAN Brazil bergambar kenangan sebelum sepak mula perlawanan Kumpulan G menentang Korea Utara di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PERTAHANAN Korea Utara, Jong Tae-Se menangis ketika mendengar lagu kebangsaan negaranya dimainkan sebelum sepak mula saingan Kumpulan G, Brazil menentang Korea Utara di Stadium Ellis Park, Johannesburg, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN Brazil, Kaka bersaing dengan pemain Korea Utara, Ri Kwang Chon dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia di Stadium Ellis Park, Johannesburg, awal pagi tadi. Brazil menang 2-1. - Foto AP
  • SEPAKAN bebas oleh Cristiano Ronaldo dari Portugal (kiri), ke arah benteng pemain Ivory Coast, dalam perlawanan Kumpulan G. - Foto AP
  • DIDIER Drogba, dari Ivory Coast (kiri), menyepak ke arah gol melepasi penyerang Portugal, Cristiano Ronaldo, dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010, di Stadium Nelson Mendela Bay, Port Elizabeth, malam ini. - Foto AFP
  • PEMAIN Portugal, Raul Meireles (kanan) dan Pedro Mendes (kiri), cuba mengekang pemain Ivory Coast, Salomon Kalou (tengah), dalam perlawanan Kumpulan G, malam ini.
  • CRISTIANO Ronaldo dari Portugal  (kanan), mengacah pertahanan Ivory Coast, Guy Demel, dalam perlawanan Kumpulan G, Piala Dunia 2010, di Stadium Mandela Bay, Port Elizabeth, Afrika Utara, malam ini. - Foto AFP
  • PERTAHANAN New Zealand, Winston Reid (dua dari kanan), menanduk masuk untuk gol penyamaan menentang Slovakia, dalam Kumpulan F. - Foto AFP
  • ROBERT Vittek (tengah), menanduk masuk pada minit ke-50 untuk Slovakia mendahului New Zealand, dalam Kumpulan F. - Foto AFP
  • KOMBINASI gambar menunjukkan penjaga gol New Zealand, Mark Paston (kanan),  tersasar menyepak bola dalam Kumpulan F menentang Slovakia. - Foto Reuters
  • PEMAIN New Zealand, Simon Elliott (kanan), mengekang pemain Slovakia, Zdeno Strba (tengah), dalam perlawanan Kumpulan F, di Stadium Royal Bafokeng, Rustenburg, Afrika Selatan. - Foto Reuters
  • PENJAGA gol Jepun, Eiji Kawashima, Yuichi Komano dan pemain Cameroon, Achille Webo berebut bola dalam perlawanan Kumpulan E, yang berlangsung di Stadium Free State, Bloemfontein, Afrika. - Foto Reuters
  • PEMAIN Paraguay, Enrique Vera (kanan) bertembung dengan pemain Italy, Vincenzo Iaquinta ketika perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010 FIFA di Cape Town, Afrika Selatan, awal pagi tadi. Keputusan Itali 1, Paraguay 1. - Foto AP
  • GELAGAT penyokong kedua-dua pasukan ketika perlawanan Kumpulan F, Piala Dunia 2010 FIFA membabitkan Itali dan Paraguay di Stadium Green Point, Afrika Selatan, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • HONDA (kiri) menewaskan pertahanan Cameroon, Stephane Mbia (tiga dari kiri) dan penjaga gol, Hamidou Souleymanou untuk gol tunggal kemenangan Jepun, malam tadi.
  • PENJAGA gol England, Robert Green gagal menahan kemas bola rembatan Clint Dempsey untuk gol penyamaan 1-1 Amerika Syarikat dalam pertemuan Kumpulan C, kelmarin.  - Foto AP
  • PEMAIN Jerman, Sami Khedira (kanan) bersaing dengan pertahanan Australia, Lucas Neill dalam pertemuan Kumpulan D pada pusingan pertama Piala Dunia di Durban, awal pagi tadi. Jerman menang 4-0. - Foto AFP
  • REAKSI penyerang Jerman, Miroslav Klose selepas membolosi gawang Australia dalam saingan Kumpulan D di pusingan pertama di Durban, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Jerman, Miroslav Klose (kanan) menanduk masuk ke gawang Australia dalam saingan Kumpulan D di Durban awal pagi tadi. Jerman menang 4-0 ke atas Australia. - Foto AFP
  • PEMAIN Ghana, Asamoah Gyan (kanan) menyempurnakan sepakan penalti pada minit ke-85 sekaligus menewaskan Serbia 1-0 pada perlawanan peringkat Kumpulan D di Pretoria, awal pagi tadi. - Foto AP
  • PEMAIN tengah Slovenia, Andraz Kirm (kanan) bersaing dengan pemain Algeria, Hassan Yebda pada saingan Kumpulan C Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Peter Mokaba, Polokwane, Afrika Selatan, malam tadi. Keputusan Algeria tewas kepada Slovenia 0-1. - Foto AFP
  • PEMAIN Perancis, Florent Malouda (kiri) dan pemain Uruguay, Diego Lugano bersaing mendapatkan bola dalam perlawanan peringkat Kumpulan A di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto Reuters
  • PEMAIN  Uruguay melompat untuk menghalang tendangan percuma daripada pemain Perancis, Thierry Henry di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto Reuters
  • REAKSI pemain Uruguay, Diego Lugano (L)  selepas dilayangkan kad kuning oleh pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura dalam perlawan Kumpulan A menentang Perancis di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Perancis, Andre-Pierre Gignac (kanan) berasak dengan pemain Uruguay, Alvaro Pereira (kiri) dan Diego Godin dalam saingan Kumpulan A di Stadium Green Point, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYERANG Uruguay, Diego Forlan (atas) bersaing dengan pemain Perancis, William Gallas pada peringkat Kumpulan A, pusingan pertama Piala Dunia di Stadium Green Point , awal pagi tadi. Keputusan seri 0-0. - Foto AFP
  • PENYERANG Afrika Selatan, Katlego Mphela (kiri) dan pemain tengah, Kagisho Dikgacoi (kanan) meraikan jaringan rakan sepasukan, Siphiwe Tshabalala (tengah) dengan menari bersama-sama pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala (kanan) meraikan jaringannya selepas berjaya menewaskan penjaga gol Mexico, Oscar Perez pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, malam tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Afrika Selatan,  Steven Pienaar (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Ricardo Osorio pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
  • PEMAIN tengah Afrika Selatan, Siphiwe Tshabalala (kiri) bersaing dengan pemain pertahanan Mexico, Paul Aguilar pada perlawanan pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, malam tadi. - Foto AFP
  • SEORANG penyokong Afrika Selatan memegang Trofi Piala Dunia yang palsu sambil menjerit penuh semangat sebelum bermulanya sepak mula Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, malam tadi. - Foto AFP
  • PENARI tuan rumah mempersembahkan tarian tradisional mereka pada upacara pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, Afrika Selatan, sebentar tadi. Pasukan tuan rumah akan bertemu Mexico pada perlawanan pembukaan hari ini. - Foto AFP
  • PENYOKONG Afrika Selatan bersemangat dan teruja ketika menyaksikan upacara pembukaan Piala Dunia 2010 FIFA di Stadium Soccer City, Johannesburg, sebentar tadi. - Foto AFP
  • PENYANYI berasal dari Columbia, Shakira menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 2010 FIFA, “Woka Woka” pada konsert perasmian sepak mula Piala Dunia FIFA di Stadium Orlando, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PENYANYI berasal dari Columbia, Shakira menyanyikan lagu rasmi Piala Dunia 2010 FIFA, “Woka Woka” pada konsert perasmian sepak mula Piala Dunia FIFA di Stadium Orlando, Johannesburg, awal pagi tadi.
  • WARGA Afrika Selatan bersorak penuh bersemangat ketika menyaksikan konsert perasmian sepak mula Piala Dunia FIFA di Stadium Oralando, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • ANGGOTA kumpulan Black Eyed Peas, Stacy Ann Ferguson (kanan) dan Will.I.Am membuat persembahan pada konsert perasmian sepak mula Piala Dunia FIFA di Stadium Orlando, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PRESIDEN Afrika Selatan, Jacob Zuma (kiri) memberi ucapan sambil disaksikan Presiden FIFA, Joseph Blatter pada perasmian konsert sepak mula Piala Dunia FIFA di Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PRESIDEN Afrika Selatan, Jacob Zuma (kiri) memberi ucapan sambil disaksikan Presiden FIFA, Joseph Blatter pada perasmian konsert sepak mula Piala Dunia FIFA di Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • PRESIDEN Afrika Selatan, Jacob Zuma (kiri) dan Presiden FIFA, Joseph Blatter melambai tangan kepada khalayak yang hadir pada perasmian konsert sepak mula Piala Dunia FIFA di Soweto, Johannesburg, awal pagi tadi. - Foto AFP
  • JURULATIH Argentina, Diego Maradona ketika mengawal bola pada sesi latihan pasukannya di Pretoria, semalam. - Foto AFP
  • PASUKAN England bergambar kenangan ketika aksi persahabatan Piala Dunia menentang Jepun di Graz pada 30 Mei lalu. - Foto AFP
  • WARGA Afrika Selatan tidak melepaskan peluang berniaga menjual bendera kebangsaan pasukan yang terbabit pada Piala Dunia kali ini di sekitar Johannesburg. Afrika Selatan terpilih menjadi tuan rumah untuk kejohanan Piala Dunia edisi 2010 ini. - Foto AFP
  • PEMAIN Argentina, (dari kiri) Angel Di Maria, Sergio Aguero dan Carlos Tevez berjalan ke terminal sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa O R Tambo, Johannesburg pada 29 Mei lalu. Argentina akan memulakan saingan Kejohanan Piala Dunia 2010 menentang Nigeria pada  12 Jun ini. - Foto AFP
  • PENYERANG Perancis, Djibrill Cisse menunjukkan kepakarannya menimang bola pada sesi latihan di Sousse sebagai persediaan menjelang Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan nanti. - Foto AFP
  • BINTANG Brazil, Kaka melakukan regangan selepas selesai menjalani sesi latihan di Sekolah Tinggi Randburg, Johannesburg 28 Mei lalu. - Foto AFP
  • AKSI pasukan kebangsaan Portugal ketika menjalani latihan taktikal di Kompleks Sukan 

Covilha, Portugal pada Mei 28 lalu. - Foto AFP
  • PEMAIN pasukan kebangsaan Afrika Selatan bergambar kenangan sebelum bermulanya 

perlawanan persahabatan Piala Dunia menentang Columbia di Soweto, Afrika Selatan. - Foto 

AFP
  • PENYOKONG pasukan Afrika Selatan bersemangat menyanyikan lagu kebangsaan negara 

mereka pada perlawanan persahabatan Piala Dunia menentang Columbia di Soweto, Afrika 

Selatan, 27 Mei lalu. - Foto AFP
  • DARI (kiri) Pemain tengah Jerman, Bastian Schweinsteiger bersama jurulatih kecergasan, 

Benjamin Kugel dan tonggak pertahanan, Philipp Lahm menjalani ujian kecergasan dengan 

menunggang basikal sekitar Appiano, berdekatan bandar Bolzano, Itali pada 27 Mei lalu. - Foto 

AFP
  • AKSI pemain Switzerland ketika melakukan regangan pada sesi latihan di Sierre, berhampiran 

pusat peranginan Swiss Apline, Crans Montana pada 27 Mei lalu menjelang Kejohanan Piala 

Dunia 2010 di Afrika Selatan. - Foto AFP
  • PEMAIN Sepanyol ketika mengadakan latihan bersama jurulatih pasukan, Vicente Del Bosque 

(kiri) di Bandaraya Sukan Las Rozas, berdekatan Madrid, Sepanyol. Sepanyol yang menjadi 

pasukan pilihan untuk menjuarai Piala Dunia 2010 nanti akan bertemu Switzerland, Honduras 

dan Chile pada peringkat awal Kumpulan H. - Foto AFP
  • PASUKAN kebangsaan Australia yang menjadi pasukan pertama tiba di Afrika Selatan 

memulakan latihan di padang latihan Sekolah Saint Stithians, Johannesburg 27 Mei lalu. - Foto 

AFP
  • BARISAN pemain pasukan Mexico bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan 

persahabatan Piala Dunia menentang Belanda di  Stadium Badenova, Jerman pada 26 Mei lalu. 

Mexico tewas 1-2. - Foto AFP
  • BARISAN pemain pasukan Belanda bergambar kenangan sebelum memulakan perlawanan 

persahabatan Piala Dunia menentang Mexico di  Stadium Badenova, Jerman pada 26 Mei lalu. 

Belanda menang 2-1. - Foto AFP
  • PRESIDEN Uruguay, Jose Mujica (tengah) menyerahkan bendera kebangsaan negaranya 

kepada ketua pasukan bola sepak kebangsaan Uruguay,  Diego Lugano (kanan) dan 

penyerang, Diego Forlan (kiri) pada perlawanan terakhir di Stadium Centenario, Montevideo 

sebelum berangkat ke Afrika Selatan untuk menyertai Kejohanan Piala Dunia 2010 yang akan 

bermula 11 Jun nanti. - AFP

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.