Waktu solat KL & yang sewaktunya: Imsak 05:39 | Subuh 05:49 | Syuruk 07:07 | Zohor 13:15 | Asar 16:28 | Maghrib 19:21 | Isyak 20:31
Ahad , 19 Mei 2013,

Pilihan raya Sarawak ke-10


LAFAZ ikrar taat setia oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Sarawak pada majlis merai kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya Sarawak ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah, malam tadi. - Foto Nadim Bokhari
  • LAFAZ ikrar taat setia oleh Pergerakan Pemuda Barisan Nasional Sarawak pada majlis merai kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya Sarawak ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja Mukah, malam tadi. - Foto Nadim Bokhari
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta isteri Puan Sri Ragad Al Kurdi Taib memotong kek sebagai simbolik perasmian majlis merai kemenangan Barisan Nasional dalam pilihan raya Sarawak ke-10 di Dataran Pehin Setia Raja di Mukah, malam tadi. Turut di saksikan oleh Timbalannya, Tan Sri Alfred Jabu serta Presiden parti komponen Barisan Nasional. - Foto Nadim Bokhari
  • TUAN Yang Terutama Negeri Sarawak, Tun Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng menyampaikan watikah perlantikan sebagai Ketua Menteri Sarawak kepada Tan Sri Abdul Taib Mahmud selepas Barisan Nasional (BN) memenangi Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak di Astana Negeri di Kuching, malam tadi. - Foto BERNAMA
  • PETUGAS SPR, Ramlan Hussen menutup pintu pagar selepas tamat waktu membuang undi bagi DUN Piasau, jam 5 petang tadi di Sekolah Kebangsaan Sayed Othman. - Foto Afendi Mohamed
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bertemu para pengundi sambil diperhatikan oleh calon Barisan Nasional (BN) kawasan Satok, Datuk Seri Abang Johari Tun Openg di Sekolah Datu Merpati Jepang sempena pilihan raya negeri Sarawak ke-10 di Kuching, hari ini. - Foto BERNAMA
  • KEKECOHAN berlaku di pusat pembuangan undi di Dewan Datuk Merpati Jepang, Satok, Kuching, pagi tadi apabila beberapa individu yang mendakwa diri mereka ejen tempat mengundi dipercayai dari pembangkang cuba mencetuskan provokasi. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud membuang undi di Dewan Datu Merpati Jepang bagi Pilihan Raya Sarawak ke-10, hari ini. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menunggu giliran sebelum membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Merpati Jepang, Kuching, sebentar tadi. - Foto BH Online
  • CALON BN N47 Dun Bawang Assan, Datuk Wong Soon Koh (baru biru), bersama isteri Datin Seri Leong Poh Ling (kanan),  bersalam dengan  Setiausaha Agung Dap, Lim Guan Eng sambil diperhatikan lawannya, calon DAP, Alice Lau Kiong Yieng (tiga dari kanan), ketika tiba di perkarangan Sekolah Jenis Kebangsaan Chung Hua, Sibu untuk membuang undi  dalam Pilihanraya Negeri Sarawak 2011, pagi ini. - Foto Ikhwan Munir
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud diiringi calon BN DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika hadir di Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, Kuching, hari ini.
  • MENTERI Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengiringi calon BN DUN Satok, Datuk Amar Abang Johari Tun Openg ketika membuat lawatan di pusat pengundian Sekolah Kebangsaan Merpati Jepang, pagi ini. - Foto BH Online
  • WARGA OKU, Voon Yuang Foung dibantu petugas SPR ketika hadir untuk membuang undi di pusat mengundi Ibupejabat St John Ambulans, Kuching pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • WARGA OKU yang cacat penglihatan, Tazlan Jen dibantu Ketua Tempat Mengundi saluran 3, Cassie Tong Yui Lin memasukkan kertas undi ke dalam tong undi ketika membuang undi di pusat mengundi Ibupejabat St John Ambulans, Kuching pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGUNDI mengambil giliran untuk membuat semakan daftar pemilih sebelum membuang undi di SMK St Columba, Miri, pagi ini. - Foto Nadim Bokhari
  • PRESIDEN SUPP, Tan Sri Dr George Chan menunjukkan isyarat
  • KETUA Tempat Mengundi, Khalid Zaini (kanan) bersama petugas SPR, Rasman Robinson sibuk membuat persiapan akhir menyiapkan tempat pembuangan undi untuk DUN N49 Nangka di pekarangan SK Perbandaran Sibu, hari ini. - Foto Ikhwan Munir
  • PETUGAS pilihan raya, Marcella Liliy a/k Sapun (kiri) dan Lydia Jabing diiringi anggota polis ketika membawa kertas undi didalam peti undi untuk di bawa ke tempat mengundi di Sekolah Kebangsaan Kuala Medalam yang mengambil masa dua jam melalui laluan sungai. Sekolah Kebangsaan Medalam terletak di dalam kawasan DUN Batu Danau.  - Foto Effendy Rashid
  • PENGERUSI Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof serius ketika menjawab soalan media pada sidang akhbar menjelang Pilihan Raya Sarawak ke-10 yang akan berlangsung esok. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KETUA Tempat Mengundi (KTM) Kitang Madon (kanan) diiringi anggota polis dan petugas SPR membawa kertas undi didalam peti undi terapung yang pertama kali di perkenalkan untuk dibawa ke Pusat mengundi SK Telok Malano, kira-kira sejam perjalanan menaiki bot. Pengundi berdaftar dari Kampung Telok Melano dan Kampung Serabang seramai 134 pengundi akan membuang undi di Pusat mengundi SK Telok Melano yang mula dibuka jam 8 pagi hingga 11.30 pagi esok.  - Foto Rosdan Wahid
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersalam dengan orang ramai ketika melakukan kunjungan mesra di daerah Song, Kapit, hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
  • SEBAHAGIAN penduduk tempatan menunggu untuk bersalaman dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang membuat kunjungan Mesra di daerah Song dalam bahagian Kapit, hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang.
  • PENYOKONG Parti Keadilan Rakyat (PKR) berkempen dari sampan ke sampan di Sungai Rajang dekat Song, Sarawak, pada hari terakhir berkempen hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • SUASANA perang poster antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Barisan Nasional (BN) di saat-saat akhir hari berkempen yang akan berakhir tengah malam ini di pekan Song, Sarawak, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • CALON Barisan Nasional (BN) Pending, Dr Sim Kui Hian dikerumuni murid Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Apong ketika beramah mesra dengan mereka sebelum menyambut ketibaan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Majlis Ramah Mesra dengan Penduduk dan pengundi di sekolah berkenaan di Kuching, hari ini. - Foto Zain Ahmed
  • CALON Barisan Nasional DUN Dudong Tiong Thai King (kiri), bersalaman dengan Pengerusi DAP Karpal Singh, sambil diperhatikan calon DAP bagi kawasan Pelawan, David Wong (baju merah) di Pasar Sentral Sibu, Sibu. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa kira-kira sejam menemui pengundi Cina di Pusat Komersial Pelita, Miri. Ia terletak di DUN Piasau. - Foto Afendi Mohamed
  • DUA anggota polis dari Balai Polis Sentral bersama pengadu membuat pemeriksaan pada poster calon Barisan Nasional (BN) N45 Bukit Assek, Chieng Buong Toon yang di simbah cat merah di Jalan Pedada di Sibu, semalam. - Foto Bernama
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (kiri) merasmikan Kampung Baru Seduku pada Majlis Penyampaian Kunci Rumah Program Bantuan Rumah (PBR) Bersama KKLW di Kampung Seduku, Lingga Sri Aman, hari ini.
  • KANAK-KANAK Tadika KEMAS Sadong Jaya dengan berpakaian tradisional Sarawak melaungkan 1Malaysia ketika menunggu ketibaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika lawatan Mesra Rakyat di Sadong Jaya, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
  • POSTER Calon Bebas bagi N 45 Bukit Assek, Hii Tiong Huat tertera dengan no akaun bank miliknya yang menyeru pengundi untuk menyokongnya dari segi kewangan dan mengundi di Bandar Sibu. Foto Mohd Radzi Bujang
  • ANGGOTA tentera udara membuang undi pos pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10, di Dewan Sri Angkasa, Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Kuching, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA tentera udara pelbagai pangkat menunggu giliran mengambil kertas undi pos sebelum membuang undi pos pada Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10, di Dewan Sri Angkasa, Pengkalan Tentera Udara Di Raja Malaysia (TUDM), Kuching, pagi ini. - Foto Rosdan Wahid
  • ANGGOTA tentera bersama ahli keluarga menunggu giliran sebelum membuang undi pos di  71 Batalion Kor Ordinans DiRaja Kem Pending Kuching, hari ini.. - Foto Rosdan Wahid
  • SUASANA perang poster parti Barisan Nasional dan parti pembangkang di perkampungan jeti nelayan RH Pasang, Sungai Rassau, Mukah, Sarawak. Demam perang poster juga dapat dilihat di perkampungan nelayan yang sebahagian penduduk mendiami rumah panjang di sepanjang persisiran sungai. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama isteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman berbual dengan Salleh Amban, 59 dan Lela Serah (kanan), 44, selepas menghadiri Majlis Rakyat bersama Pemimpin di Bintangor, semalam.
  • MENTERI Kerja Raya, Datuk Shaziman Abu Mansor, (dua dari kanan) melawat jeti feri di Sungai Pandaruan, Sarawak yang menjadi penghubung ke Temburong, Brunei, semalam. - Foto Effendy Rashid
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak bersama-sama turun padang mencuci lantai ketika majlis gotong royong di pasar Jalan Stutong, Tabuan Jaya sempena pilihan raya Sarawak ke-10. Turut kelihatan calon Barisan Nasional Batu Lintang, Sih Hua Tong (tiga dari kanan). - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • MENTERI Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dikawal ketika menghadiri ceramah parti pembangkang di Batu Kawa, Sarawak, semalam. - Foto Chan Wai Yew
  • ORANG ramai memenuhi ruang dalam dewan ketika menyaksikan Majlis Perasmian Transformasi Kedai Runcit Koperasi Kampung Pichin Berhad di Serian, Sarawak, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
  • MENTERI Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Calon Barisan Nasional (BN) DUN N18 Tebedu, Datuk Michael Manyin Jawong menghadiri Majlis Perasmian Transformasi Kedai Runcit Koperasi Kampung Pichin Berhad di Serian, Sarawak, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
  • BENDERA parti yang bertanding diletakkan di sepanjang jalan Satok menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melihat isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib yang memakai pakaian tradisi Orang Ulu ketika melawat ke SK Long Loyang. - Foto Kandau Sidi
  • PENGUSAHA kek lapis Sarawak menghasilkan kek lapis berlambangkan logo Barisan Nasional, bagi menunjukkan sokongan kepada pihak kerajaan sempena pilihan raya DUN Sarawak. - Foto Abdul Rahman Adam
  • PENGARAH Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Sarawak, Datuk Takun Sunggah (kanan) bersama pegawai membuat semakan terakhir pada peralatan mengundi dan buku undi pos sambil diperhatikan anggota polis pengiring sebelum manaiki pesawat ringan dan helikopter di Lapangan Terbang Kuching untuk di hantar ke kawasan yang lebih jauh menjelang pilihan raya Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid
  • KETUA PAS Sarawak yang juga menjadi calon PAS untuk DUN Sebuyau, Adam Wahid berkempen di kawasan Iban yang menentang calon Barisan Nasional, Julahi Narawi. - Foto Ghazali Bujang
  • CALON Barisan Nasional Lambir, Ripin Lamat  (kiri) berjabat tangan dengan suku kaum Orang Ulu pada kempen yang diadakan di Dewan Orang Ramai, Kampung Tungku Abdul Rahman dekat Lambir. - Foto Nadim Bokhari
  • CALON Barisan Nasional Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail (kiri) meninjau Kampung Seberang Kedai ketika berkempen. - Foto Effendy Rashid
  • PEMUDA Barisan Nasional PBB DUN Sadong Jaya memasang kain rentang berbunyi, 'Mereka Sudah Keluar PKR Anda Bila Lagi!!!', bagi memberi sokongan padu mereka kepada calon BN Aidel Lariwoo, hari ini. Fotooleh  Ghazali Bujang
  • KETUA Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud (kiri), disambut pemimpin agama, ketua masyarakat dan rakyat yang mewakili pelbagai etnik dan agama di Majlis Berabih dan Perasmian Bangunan Baru Gereja Sts Peter & Paul Mukah di Mukah, Sarawak, semalam. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • BENDERA dan poster parti bertanding menghiasi simpang Jalan Patinggan menghala ke pusat bandar Kuching, menjelang Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya, Puan Sri Ragad Kurdi Taib bersalaman di majlis perasmian pecah tanah UiTM Sarawak kampus Mukah, Sarawak, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • WALAUPUN memberi khidmat memasang bendera, sepanduk untuk parti Barisan Nasional, PAS dan PKR namun bagi Mohd Fauzi Shafie, 36, undi tetap rahsia di negara kita yang mengamal sikap demokrasi malah suasana pilihan raya di Sarawak sejak dulu lagi pengundi dari pelbagi suku kaum dan agama mengamal sikap rasional. - Foto Ghazali Bujang
  • PENIAGA pulut panggang Hamdan Noor, 35, yang menjalankan perniagaannya di Kampung Hilir, di pinggir bandar Sibu, Sarawak, menghias gerainya dengan mempamerkan poster pemimpin dan calon Barisan Nasional. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • CALON Barisan Nasional N7 Samariang, Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali beramah mesra bersama remaja ketika majlis sembang-sembang belia di dewan Kampung Semariang Batu. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • BENDERA Barisan Nasional di jambatan Batang Sadong, Serian memeriahkan suasana menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • POSTER serta bendera Barisan Nasional yang diletakkan di  replika burung merpati yang menjadi mercu tanda bandar Sri Aman di Bulatan Resek memeriahkan suasana menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menikmati minum petang bersama penduduk di Pusat Penjaja Farley, Sibu, hari ini. - Foto BH Online
  • PRESIDEN Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail (tengah), Penasihat DAP, Lim Kit Siang (kanan) dan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin (dua dari kanan) melancarkan manifesto pilihan raya ke-10 bertema 'Ketuanan Rakyat' yang mengandungi 10 perkara di ibu pejabat PKR dekat Jalan Satok, Kuching, hari ini. - Foto BH Online
  • TUNAI TANGGUNGJAWAB...Phang Jee Wen (dua dari kanan) bersama Michelle Loh membantu penduduk yang ingin membuat semakan di pusat pembuangan undi kawasan Kota Sentosa menjelang pilihan raya Sarawak ke-10 di Pusat Khidmat SUPP Kota Sentosa, Kuching. - Foto Zain Ahmed
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud bersalaman dengan sebahagian pemimpin masyarakat dan penduduk setempat dari pelbagai etnik di majlis Berambeh Jegem Ketua Menteri Sarawak di Dewan Kemas Daro, Daro, Sarawak, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • SEBAHAGIAN penyokong Barisan Nasional menunggu ketibaan Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud pada majlis Berambeh Jegem Ketua Menteri Sarawak di Dewan Kemas Daro, Daro, Sarawak, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • WALAUPUN Suruhanjaya Piihan Raya (SPR) sudah mengeluarkan arahan supaya parti yang bertanding sahaja dibenarkan mengibarkan bendera parti masing-masing, namun mereka tetap melanggar arahan tersebut dengan mengibarkan bendera tersebut dalam tinjauan di Jalan Tanjung, DUN Piasau. - Foto Afendi Mohamed
  • TINJAUAN ceramah anjuran pakatan pembangkang di DUN Piasau malam tadi. - Foto Afendi Mohamed
  • CALON bagi kerusi N,70 Ba'Kelalan dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Baru Bian berkempen di sekitar pekan Lawas, hari ini. - Foto Effendy Rashid
  • PEKAN Kanowit dimeriahkan dengan perang poster antara Parti Barisan Nasional dan PKR menjelang hari pengundian pilihan raya Sarawak 2011. - Foto Ikhwan Munir
  • POSTER Barisan Nasional menghiasi bulatan di Jalan Padungan. - Foto Shahrizal Md Noor
  • PETUGAS dari parti DAP memasang bendera simbol parti mereka berhampiran bulatan di Jalan Padungan,  hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
  • PETUGAS bilik gerakan DUN Santubong menaikkan belon besar berhampiran bilik gerakan mereka di Kampung Boyan, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
  • PETUGAS bilik gerakan DUN Santubong menyusun poster calon Barisan Nasional bagi kawasan DUN Pantai Damai untuk diedarkan kepada petugas di bilik gerakan di Kampung Boyan, hari ini. - Foto Shahrizal Md Noor
  • BENDERA PAS dipasang berhadapan tokong Pekan Lundu, Tanjong Datu untuk menarik perhatian pengundi menjelang pilihan raya Sarawak yang ke-10. - Foto Rosdan Wahid
  • PEMUDA dari parti PBB Kampung Bandarshah dan Haji Mataim bergotong-royong memasang poster bahan kempen bagi memberi sokongan padu kepada calon Barisan Nasional ADUN Satok, Datuk Seri Abang Johari. - Foto Ghazali Bujang
  • PENYOKONG Parti Pakatan Rakyat (PKR) di DUN Batu Lintang memasang bendera parti itu di kawasan Tabuan Jaya, Kuching pada waktu malam menjelang pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Ghazali Bujang
  • PERDANA Menteri, Datuk Seri Najib Razak memerhatikan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilaungkan slogan 1Malaysia ketika bertemu secara kebetulan di Pasar Padungan semasa berkempen bagi menghadapi pilihan raya Sarawak ke-10, turut kelihatan calon DAP N9, Wong Kim Wei. - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • HARI penamaan calon untuk pilihan raya negeri Sarawak yang ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama Calon PAS N3 Tanjong Datu, Nani Sahari, 42, dan suami, Mohd Marzuki Bujang pada sidang media selepas pengumuman calon PAS pada pilihan raya Sarawak. - Foto Rosdan Wahid
  • LIM Guan Eng memperkenalkan barisan calon DAP di Ibu Pejabat DAP Kuching, semalam. Dari kiri, Christina Chiew Wang See, Leon Jimat Donald, Wong King Wei, Violet Yong dan Chong Chieng Jen sambil diperhatikan Lim Kit Siang (dua dari kanan) yang bertanding di lima kawasan Dewan Undangan Negeri Sarawak. - Foto Zain Ahmed
  • DATUK Seri Najib Razak diiringi calon N12 Kota Sentosa, Datuk Alfred Yap membuat tinjauan mesra di Sekolah Jenis Kebangsaan Hap Him ketika bertemu penduduk di Pasar Kota Sentosa, Kuching, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
  • PETUGAS Barisan Nasional (BN) mula memasang bahan kempen calon BN, DUN Pelagus di pekarangan Kapit Town Square menjelang hari pengundian pada 16 April ini bagi pilihan raya Sarawak ke-10. - Foto Ikhwan Munir
  • JENTERA pilihan raya dari parti PAS mula memasang bendera sekitar pekan di Sadong Jaya, hari ini. - Foto Chan Wai Yew
  • PELANCONG dari Afrika Selatan, Cris Venter, 30, merakamkan mercu tanda di Bandaraya Kuching Selatan yang penuh ditampal dengan poster Barisan Nasional (BN) dengan gambar Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta calon BN DUN Padungan, Sim Kiang Shiok dan calon Bebas, Dominic Ng di Pasar Padungan, Kuching, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
  • ORANG ramai menyemak daftar pemilih di pusat penyemakan daftar pemilih oleh petugas Barisan Nasional (BN) di Pasar Central Sibu, hari ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
  • KETUA Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud melancarkan manifesto Barisan Nasional sempena pilihan raya Sarawak berslogankan 'Rakyat Makmur Kehidupan Selesa Negeri Aman' di majlis Berambeh Jegem Ketua Menteri Sarawak di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Jalan Bandong, Sibu, Sarawak, hari ini. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • TUAI Rumah Jalak Kusau , 59, menerangkan manifesto Barisan Nasional kepada anak-anak kecil di Rumah Panjang Jalak, hari ini, 50 kilometer dari bandar Sibu. - Foto Mohd Radzi Bujang
  • PENYOKONG dari parti DAP mula memasang poster ketika tinjauan sekitar kedai di Bandar Baru Parkcity, Bintulu, hari ini. - Foto Azahan Rosli
  • TIDAK BERTANGGUNGJAWAB...Pegawai penyiasat Polis Miri mengambil gambar papan tanda calon Barisan Nasional DUN Pujut, Andy Chia yang di tumbang dan di tanggal serta di koyak oleh orang yang tidak bertanggungjawab. - Foto Nadim Bokhari
  • DAYANG Juliana Awang Tamri, 43, (tengah) mewakili Parti Cinta Malaysia bagi DUN Bekenu N.61 bersama penyokongnya. - Foto Afendi Mohamed
  • ANTARA penyokong PAS yang hadir mengiringi calon parti itu di pusat penamaan calon N.3 Tanjong Datu pada pilihan raya Sarawak di Pejabat Daerah dan Dewan Masyarakat Lundu. - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi kerusi N.70 Ba'Kelalan, Baru Bian (dua dari kanan) diiringi Datuk Seri Anwar Ibrahim (tiga kanan) ke dewan pusat pencalonan. - Foto Effendy Rashid
  • HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • HARI penamaan calon pilihan raya Sarawak ke-10 menjadi meriah dengan gelagat penyokong dari pelbagai parti di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • CALON DAP diiringi penyokong masuk ke dewan pada hari penamaan calon untuk pilihan raya Sarawak ke-10 di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • CALON Bebas DUN N.9 Padungan,  Dominique Ng pada hari penamaan calon di Dewan Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Chan Wai Yew
  • JENTERA pilihan raya dari parti PAS membawa bendera untuk dipasang di tempat strategik menjelang pilihan raya Sarawak di Pekan Lundu. - Foto Rosdan Wahid
  • TAN Sri Abdul Taib Mahmud (dua dari kanan) bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib diiringi Tuai Rumah Panjang Jelani, Jelani Daud (kanan) bersalam dengan penghuni rumah panjang berkenan ketika majlis bersama rakyat di Rumah Panjang Jelani Daud dekat Nanga Lesih, Kanowit, hari ini. - Foto Ikhwan Munir
  • TAN Sri Abdul Taib Mahmud (dua dari kanan) bersama isteri, Puan Sri Ragad Kurdi Taib diiringi Tuai Rumah Panjang Jelani, Jelani Daud (kiri) dan calon DUN Machan, Datuk Gramong Juna (kanan) berjalan masuk untuk ke majlis bersama rakyat di Rumah Panjang Jelani Daud dekat Nanga Lesih ,Kanowit, hari ini. - Foto Ikhwan Munir
  • CALON BN bagi kerusi N59 Kidurong, Bintulu, Henry Ling Kuong Meng (kiri), merupakan muka baru dari Parti SUPP dalam Pilihan Raya DUN ke 10, membuat catatan serta mendengar masalah salah seorang pengundi, yang di temuinya sewaktu berkempen dengan orang ramai yang sedang minum di Pasar Utama, Bintulu, hari ini. - Foto Azahan Rosli
  • CALON BN bagi kerusi N58 Jepak, Bintulu, Datuk Talib Zulpilip (tiga dari kiri),  dalam Pilihan Raya DUN ke 10 ini bersalam dengan calon PKR bagi kerusi N58 Jepak, Abdul Jalil Bujang (dua dari kiri), sewaktu mereka bertembong  ketika berkempen di Pasar Utama, Bintulu, hari ini. - Foto Azahan Rosli
  • DATUK Seri Najib Razak bersama orang salah sebuah gerai peniaga ketika mengadakan Walkabout di Pasar Padungan, Kuching, pagi ini. - Foto Ghazali Bujang
  • PETUGAS jentera piliharaya Barisan Nasional membantu kempen di Kampung Punang Jaya. - Foto Effendy Rashid
  • CALON BN N5 Demak Laut, Dr Hazland Hipni (dua dari kanan), beramah mesra bersama Mohamad Hisham Razali, (duduk), ketika berkempen di Kampung Beradik dan Kampung Sembilang bagi Pilihan Raya Sarawak ke-10, pagi ini.  Turut kelihatan Ketua Kampung Sembilang, Pauji Ameng (kanan). - Foto Mohd Fadli Hamzah
  • PETUGAS Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Evelyn Insik (kanan), Cynthia dan Dydi (tengah) mengawal penyokong parti bertanding di pintu masuk pusat penamaan calon N.03 Tanjong Datu sempena pilihan raya Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ke-10 di Pejabat Daerah dan Dewan Masyarakat Lundu, hari ini. - Foto Rosdan Wahid
  • EMPAT calon yang layak bertanding diwakili oleh Calon Barisan Nasioanal yang mewakili Parti SPDP, Rosey Yunus, 55 (dua dari kanan), Dayang Juliana Awang Tamri, 43 mewakili Parti Cinta Malaysia (kanan), Ishak Mahwi, 34 mewakili PKR dan Thony Anak Badak, 46 mewakil SNAP bagi DUN Bekenu N-61. - Foto Afendi Mohamed.
  • CALON Barisan Nasional, Tan Sri Adenan Satem (kanan), bersama calon BEBAS Gilbert Asson Kulong dan calon PAS, Nani Sahari (kiri) menunggu masa bantahan di Pusat Penamaan Calon N3 Tanjong Datu Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Sarawak di Pejabat Daerah dan Dewan Masyarakat Lundu.  - Foto Rosdan Wahid
  • CALON Barisan Nasional N.49 DUN Nangka Dr Annuar Rapaee, 48, (kiri) bersalaman dengan lawannya, calon PKR Noor Hisham Mohamed Ali, 29, selepas mereka menyerahkan borang pencalonan mereka kepada pengurus pilihanraya DUN Nangka Sahib Abdul di Dewan Kelab Melayu Kampung Nyabor (MUC), Jalan Bandong, Sibu, Sarawak, semalam. Dr Annuar, seorang bekas doktor pakar kardiologi di Kementerian Kesihatan Malaysia, Serdang, Selangor, akan bertanding dengan calon PKR Noor Hisham Mohamed Ali, seorang jurutera petrolium Petronas. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • MENTERI Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bersama calon Barisan Nasional  (BN) bagi kerusi N8 Satok Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg melaung slogan 1Malaysia semasa berarak ke pusat penamaan calon di Sekolah Kebangsaan Datuk Merpati Jepang sempena pilihan raya Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-10, di Kuching hari ini. Turut kelihatan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang juga Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan (tiga dari kiri). - Foto Bernama
  • TAN Sri Alfred Jabu sempat menyeru adat semangat kepada Burung Kenyalang sambil diiringi anaknya di hari penamaan calon di Pejabat Majlis Daerah Betong DUN Layar, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
  • KETUA Menteri yang juga calon Barisan Nasional bagi N 51 Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud menyerahkan borang pencalonan di Dewan Suarah menjadi tempat penamaan calon di Mukah, pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
  • TIMBALAN Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman, mengiringi Ketua Menteri Sarawak yang juga calon Barisan Nasional bagi kerusi DUN N.51 Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, sejauh 2 kilometer dari Masjid Setia Raja ke Dewan Suarah yang menjadi tempat penamaan calon pagi ini. - Foto Mohd Radzi Bujang
  • CALON Barisan Nasional, N56 Baleh,  Presiden Parti Rakyat Sarawak (PRS) Datuk Seri Dr James Jemut Masing (tengah) bersama penyokongnya berarak ke tempat penamaan calon Dun Baleh di Dewan Suarah Kapit, hari ini. - Foto Ikhwan Munir
  • TIMBALAN Perdana Menteri,  Tan Sri Muhyiddin Yassin dan  calon Barisan Nasional DUN Batu Lintang, Sih Hua Tong (kiri)   bersama Roslan Jamain,  40, dan anaknya,  Mohd Rayyan,  6,  menunjukkan lambang  1Malaysia ketika membuat lawatan ke  Tabuan Jaya, di Kuching,  semalam. - Foto Rosdan Wahid
  • PENGERUSI SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (kanan), berbincang sesuatu bersama Pegawai Pengurus SPR N10, Ang Cheng Aik (dua dari kiri), Pegawai Pengurus SPR N9 Law Ted Min dan Pegawai Pengurus N11 Elizabeth Loh (kiri) ketika meninjau kawasan selepas sidang media menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak yang ke-10 di Pusat Penamaan Calon bagi N9, Padungan, N10 Pending dan N11 Batu Lintang, Majlis Bandaraya Kuching Selatan. - Foto Rosdan Wahid
  • TAN Sri Abdul Taib Mahmud dan isterinya Puan Sri Ragad Kurdi Taib bersalam dengan orang ramai setiba di majlis perasmian Komplek Kem Bina Negara Sempadi, Lundu, hari ini. - Foto Ghazali Bujang
  • CALON Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya negeri Sarawak ke-10 bagi kerusi N68 Bukit Kota, Dr Abdul Rahman Ismail disambut oleh penyokongnya sebaik tiba di Lapangan Terbang Limbang. - Foto Bernama
  • TIMBALAN Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Menteri Pelancongan dan Warisan Sarawak, Tan Sri Dr Geogre Chan Hong Nam (dua dari kiri) menandatangani buku Miri
  • KAWASAN sekitar Terminal Penumpang Sibu yang sentiasa sibuk kerana ianya menjadi nadi pengangkutan yang penting di kawasan pekan tepi sungai seperti Kapit, Kanowit dan Song di sepanjang Sungai Rejang dekat Sibu. - Foto Ikhwan Munir
  • BOT ekspres yang menjadi pengangkutan utama dari Sibu ke Kapit turut menyediakan perkhidmatan membawa motosikal untuk ke seberang. - Foto Roji Abdullah
  • HASLINA Umar,22, dari Kampung Sayung menunjukkan isi lokan yang boleh dimasak kari, sup ataupun panggang. Harga bagi selonggok lokan tersebut dijual antara RM10 dan RM15. Lokan adalah makanan kegemaran masyarakat tempatan dan Brunei. - Foto Effendy Rashid
  • NONA Kapang dari Kampung Sayung menjual 'lokan' yang boleh dimasak kari, sup atau pun panggang. Harga bagi selonggok lokan tersebut dijual antara RM10 dan RM15. Lokan merupakan makanan kegemaran penduduk Limbang dan Brunei. - Foto Effendy Rashid
  • TINJAUAN di Pasar Tamu Bekenu, Miri. - Foto Afendi Mohamed
  • ORANG ramai menggunakan perkhidmatan feri yang menghubungkan kawasan Serdeng dan Semop di Pulau Bruit menyeberangi Sungai Paloh dekat kawasan Mukah. - Foto Ikhwan Munir
  • NELAYAN, Hipni Edi, 51, (kiri) bersama Razali Said, 80, dan Narawi Entol, 60, (kanan) memeriksa jaring sebelum turun ke laut di Kampung Sejinjang berlatar belakang Gunung Santubong dalam DUN Pantai Damai. Puteri Santubong dan Puteri Sejinjang adalah cerita lagenda Sarawak yang diketahui umum sejak dahulu lagi. - Foto Rosdan Wahid
  • HAZMI Jamari, 42, (tengah) bersama Yusuf Ramli, 51, dan Zamhari Nor, 40, (kanan) menghabiskan cuti hujung minggu bermain petong di Kampung Pasir Pandak DUN Pantai Damai. - Foto Rosdan Wahid
  • PEMANDANGAN pada waktu petang di Bandaraya Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • SUASANA indah bangunan Ahli Dewan Undangan Negeri di Kuching yang sempat di rakam pada waktu malam. - Foto Chan Wai Yew
  • PEMANDANGAN indah lautan dapat dilihat dari Taman Negara Bako di Kampung Bako. Pelancong mengambil masa 30 minit untuk sampai ke Taman Negara ini dari jeti Kampung Bako. - Foto
  • TAMAN Negara Bako menjadi salah satu tempat pelancongan kerana kehijauan taman di jaga dengan baik. Dari Kampung Bako ke Taman Negara Bako cuma mengambil masa 30 minit. - Foto Chan Wai Yew
  • ORANG ramai terutama pelancong boleh menyewa bot di jeti Kampung Bako untuk ke Taman Negara Bako. - Foto Chan Wai Yew
  • PENDUDUK menggunakan perkhidmatan bot di jeti Kampung Bako untuk ke seberang bagi menunaikan sembahyang Jumaat. - Foto Chan Wai Yew
  • KEHIDUPAN penduduk kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • KEHIDUPAN penduduk kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • KEHIDUPAN penduduk kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • KEHIDUPAN penduduk kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • PENDUDUK menggunakan perkhidmatan bot di jeti Kampung Bako untuk berulang-alik ke seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • KEHIDUPAN kampung nelayan di Kampung Bako Seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • NOR Azar Adam, 42, menjual belacan Bako yang yang terkenal dalam kalangan orang Sarawak dan Semenanjung di Pasar Nelayan Kampung Bako. - Foto Chan Wai Yew
  • NOR Azar Adam, 42, menjual belacan Bako dan hasil lautan di Pasar Nelayan dekat Kampung Bako. - Foto Chan Wai Yew
  • CECILIA Balan, 21, (kiri) dan Vendy Ului, 21, memegang pokok gaharu yang digunakan untuk membuat minyak wangi pada majlis perasmian Program Smart Farming Models untuk orang Penan dan tanah NCR di DLT Institut, Taman Satria Jaya, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • PENIAGA Lo Kien Chai, 41, menyediakan laksa Sarawak yang boleh didapati di Kueh Fah Cafe, Satok, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • PENIAGA Lo Kien Chai, 41, menunjukkan laksa Sarawak yang di jualnya di Kueh Fah Cafe, Satok, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • WANITA berbangsa Bidayuh ini ketika menunggu ketibaan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Sri Michael Manyin Jawong di Majlis Pecah Tanah Projek Jalang Teng Bukap, Kampung Sira, Kampung Nyabet dan Kampung Taiee di Kampung Nyabet, Samarahan, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • WANITA berbangsa Bidayuh ini ketika menunggu ketibaan Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Sri Michael Manyin Jawong di Majlis Pecah Tanah Projek Jalang Teng Bukap, Kampung Sira, Kampung Nyabet dan Kampung Taiee di Kampung Nyabet, Samarahan, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • PENDUDUK Kampung Nyabet bermain Canang sempena kehadiran Menteri Pembangunan Infrastruktur dan Perhubungan Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Mamit di Majlis Pecah Tanah Projek Jalang Teng Bukap, Kampung Sira, Kampung Nyabet dan Kampung Taiee di Kampung Nyabet, Samarahan, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • SALINA Anak Michael Cheng, 12, (kanan) bersama Liza Anak Jiram, 30, memakai pakaian tradisional kaum Bidayuh pada majlis Program Karnival Mesra Belia Sarawak 2011 di Padang Semarak, Gita Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • PERKHIDMATAN perahu untuk menyeberang sungai Sarawak mendapat sambutan pelancong tempatan dan luar negara. Perkhidmatan perahu ini mengutip RM1 untuk ke seberang. - Foto Chan Wai Yew
  • PETUGAS Pusat Hidupan Liar Matang, Winnie Akin melatih dua ekor anak orang utan minum air biasa menggunakan botol susu. Sebelum ini Lingga berusia 1 setengah tahun dan Simanggang berusia 2 tahun dibesarkan dengan minum air susu hampir setiap hari. Kini setelah dilatih oleh Winnie hanya 2 kali sehari saja mereka minum susu. Tujuannya ialah untuk membiasakan mereka dengan persekitaran yang baru bila mereka dilepaskan ke hutan. - Foto Azahan Rosli
  • VENDY Ului, 21, yang berasal dari Baram menunjukkan daun pokok gaharu di majlis perasmian program Smart Farming Models untuk orang Penan dan tanah NCR di DLT Institut, Taman Satria Jaya Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • SEBAHAGIAN pengunjung asyik menonton wayang pacak di Kenyalang Park, malam kelmarin. - Foto Shahrizal Md Noor
  • ENAK...Dawas anak Nasu, 67, menunjukan ulat sagu yang di jual di pasar Satok. Masyarakat pribumi Sarawak terkenal dengan pelbagai jenis sajian dan makanan tradisional yang kebanyakannya diperoleh dari sumber alam semula jadi. Salah satu makanan eksotik yang popular adalah ulat sagu (rumbia) atau turut dikenali sebagai tindoh atau ulat mulong ataupun matar. Nama Saintifik bagi ulat sagu ini dikenali sebagai 'Rhynchophorus Ferruginenus'. Pada masa sekarang, ulat sagu ini mempunyai pasaran dan nilai yang sangat tinggi terutama di pasaran tempatan. - Foto Khairul Ghazali
  • ORANG ramai membeli buah dabai di pasar Satok. Buah Dabai dalam bahasa saintifik dipanggil sebagai Canarium odontophyllum merupakan sejenis buah yang menyerupai buah kurma. Biarpun buahnya keras bagaikan batu namun cukup popular di negeri ini dan dijual pada harga antara RM3 hingga RM30 sekilogram mengikut kualiti. Difahamkan, buah dabai mengandungi protein, lemak dan karbohidrat. Selain isinya yang enak, bijinya juga boleh dimakan namun terpaksa memecahkan lapisan keras terlebih dahulu sebelum mendapat bijinya yang terasa seperti kacang segar. - Foto Khairul Ghazali
  • NASI TSUNAMI...Asparilla Abdul Latif, 41, menunjukkan menu utama di kedainya di Kampung Boyan, Kuching yang mendapat sambutan pelanggan sehingga mencecah jualan 50 pinggan sehari. - Foto Nadim Bokhari
  • WALAUPUN seberat 70 kilogram dan hanya menggunakan motosikal untuk membawa terung emas sejauh 100 kilometer melintasi sempadan ia tetap sampai di pekan Serikin dalam keadaan baik dan segar. Bagi Andan kikim, 34, ia adalah rutin baginya setiap menjelang hari Jumaat ke pekan berkenaan kerana pekan Serikin, Bau akan dipenuhi pelancong dan baginya ia lubuk emas untuk dirinya dan keluarga untuk mencari rezeki. - Foto Azahan Rosli
  • PEKERJA di Jong's Crocodile Farm, Salihin Paee, 35, mengikat mulut buaya untuk memudahkan kerja mengalih buaya yang berumur lebih satu tahun ini ke sangkar yang lebih besar. Terdapat lebih empat ribu buaya di ladang buaya ini. - Foto Azahan Rosli
  • PASANGAN pelancong Australia, Jareth Anderson (kanan) dan Jessica Luttrell (isteri) tertarik dengan kraftangan tempatan di Jalan Main Baazar, Waterfront. - Foto Chan Wai Yew
  • PEMANDANGAN petang di Sungai Sarawak dekat Waterfront, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • BOT besar juga terdapat di jeti Waterfront untuk menbawa pelancong mengelilingi sempadan Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • BOT besar terdapat di jeti Waterfront untuk menbawa pelancong mengelilingi sempadan Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • PERAHU penambang yang menjadi nadi pengangkutan utama di kebanyakan tempat di negeri Sarawak menjadi tarikan kepada pelancong tempatan dan luar. Orang ramai menggunakan sistem pengangkutan ini untuk berulang alik dari beberapa buah kampung yang terdapat di seberang Sungai Sarawak seperti Kampung Boyan, Kampung Gersik, Kampung Soaraya Hulu, Kampung Soarabaya Hilir, Kampung Panglima Seman, Kampung Samarang, Kampung Pulo, Kampung Bintawa Hulu dan Kampung Bintawa Hilir ke bandaraya Kuching. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • SUASANA di jeti Kampung Boyan yang bersebelahan dengan sungai Sarawak dihiasi dengan bendera Barisan Nasional (BN) menjelang pilihan raya Sarawak pada 16 April. - Foto Chan Wai Yew
  • PERKHIDMATAN perahu Sungai Sarawak mendapat sambutan khususnya menjelang pilihan raya negeri Sarawak ke-10, 16 April depan. Tambang yang dikenakan RM1 kepada setiap penumpang. - Foto Chan Wai Yew
  • SEMI Erang, 28, dari suku kaum Kenyah dan berasal dari Long Bulan, Belaga, Sarawak, menyusun lokan di gerainya yang terletak di tepi di Kota Samarahan. Lokan yang sedap direbus, bakar atau digoreng cili itu dilonggok dan dijual antara RM10 dan RM20 mengikut saiz dan jumlahnya. Semi berkata setiap hari dia mampu menjual antara 60 hingga 80 longgok lokan bergantung kepada permintaan. - Foto Mohd Kamil Rahim
  • HASIAH Omar menyambut pelanggan yang datang ke gerai yang menjual biskut, kuih-muih tradisional dan kerepek di Kampung Stunggang Lundu. - Foto Ghazali Bujang
  • NUR Zalina Abdullah, 43, menumbuk udang bubuk menggunakan lesung kayu untuk dijadikan belacan di Kampung Bako, dekat Kuching, hari ini. Dia bekerja dengan Dayang Thariz, 74, (kanan) dan mendapat upah antara RM10 hingga RM15 sehari mengikut jumlah bubuk yang dibekalkan oleh nelayan. -  Foto Azahan Rosli
  • MURID Sekolah Kebangsaan Encik Buyong, Kuching mengenakan pakaian tradisi Melanau,  Orang Ulu, Iban, Bidayuh dan Melayu. -  Foto Azahan Rosli
  • SENI: Ena anak Siman, 40, wanita keturunan Bidayuh yang bekerja membuat pasu Sarawak di Jalan Batu Empat, Kuching bersama dua lagi pekerja. Mereka menerima gaji kira-kira RM20 sehari dan bekerja pada hujung minggu sekiranya menerima tempahan pasu yang banyak. - Foto Azahan Rosli
  • PERKHIDMATAN perahu untuk menyeberang sungai Sarawak mendapat sambutan bukan saja dari orang tempatan dan pelancong di sepanjang Waterfront, Kuching. Perkhidmatan perahu ini hanya mengutip RM1 seorang untuk menyeberang ke Kampung Boyan untuk menikmati makanan tradisional orang Sarawak seperti laksa Sarawak, mi kolok dan ayam penyet. - Foto Chan Wai Yew
  • PELAJAR Sekolah Menengah Kebangsaan Bako menaiki perahu tambang untuk pulang ke Kampung Bako, kira-kira 30 kilometer dari Bandaraya Kuching. - Foto Azahan Rosli
  • MURID Sekolah Kebangsaan Encik Buyong, Kuching mengenakan pakaian tradisi Melanau,  Orang Ulu, Iban, Bidayuh dan Melayu dalam latihan tarian di sekolah mereka. Kelab tarian sekolah itu selalu mendapat undangan untuk pelbagai majlis dan pernah menyertai pertandingan di Semenanjung. -  Foto Azahan Rosli
  • TUDUNG Keringkam adalah pakaian tradisi Melayu Sarawak. -  Foto Azahan Rosli
  • HASIL tangkapan...Awang Sadie Awang Abdullah 65, menunjukkan hasil tangkapan udang galah dengan menggunakan pancing di Sungai Batang Kayan, Lundu, Kuching. - Foto Azahan Rosli
  • PEMANDANGAN indah pada waktu petang di destinasi terkenal yang menjadi tumpuan pelancong di Waterfront, Kuching. - Foto Chan Wai Yew
  • ZAINAL Abidin Zaidel, 33, menyusun cawan yang diperbuat daripada akar herba tongkat Ali yang dijual antara RM30 hingga RM50 di Lebuh Main Bazar, Kuching. Cara menggunakan cawan ini dengan meletakkan air suam dengan cawan tertutup selama lima minit sebelum diminum. Rasanya yang pahit seperti rasa air akar Tongkat Ali yang di rebus. - Foto Mohd Radzi Bujang

Untuk sebarang pertanyaan mengenai iklan teks, hubungi muzainy@mediaprima.com.my untuk maklumat lanjut.